Part 6

4 1 0
                                    

"Camelia" laung Puan Syida dari ruang tamu.

"Ey mana budak ni"

"Camelia"

"Ye puan" dengan tergesa-gesa aku berjalan kearahnya. "Kau pekak ke apa ha! Dari tadi aku panggil" seperti biasa kepalaku menjadi tempat dia melepaskan geram. "Maaf Puan,tadi saya dekat belakang masak" jawapku perlahan.

"APA,KAU BELUM SIAP MASAK! PEMBANTU JENIS APA KAU NI,KAU TAK NAMPAK KE SEKARANG PUKUL BERAPA HA!" rambutku ditarik kuat olehnya.

"Puan sakit puan,saya balik kampus lambat tadi puan" ritihku perlahan,mahu melawan nanti dipecat,berdiam diri terus ditindas. "Tahu pula sakit,habis aku tak sakit hati ke ha,harap je muda tapi lembap,5 minit lagi tak terhidang atas meja siap kau" rambutku dilepas kuat,badanku terdorong kebelakang dan akhirnya aku jatuh kerana kakiku tersandung kaki meja,kepala terhantuk dibucu meja panjang tersebut. Air mata mula merembes keluar membasahi pipiku.

"Ya Allah dugaan apalagi ni Ya Allah,kuatkanlah hati hamba Ya Allah",rintihku didalam hati.

Untung sahaja makananku sudah hampir siap,tinggal tunggu kuahnya seperti kepekatan sahaja. Tidak lama kemudian aku terus memanggil Puan Syida didalam biliknya.

"Puan,makanan dah siap puan" kataku sambil mengetuk pintu.

"Kejap lagi aku turun"jeritnya dari dalam bilik.

Aku tidak menjadi melangkah taktala mendengar namaku dari dalam bilik Puan Syida,ya aku tak berhak untuk mencuri dengar perbualannya tapi ianya membuatku curiga saat mendengar namaku sering disebut berulang kali.

***

"Penatnya"keluhku. Dengan langkah yang malas aku gagahkan diri untuk mandi.

"Aw" kutilik wajahku dicermin,bibir pecah gara-gara dilempang oleh Puan Syida kerana aku tidak membasuh bajunya yang hendak dipakai esok. Dahi pula lebam kerana terhantuk tadi. "Macam mana aku nak pergi kampus esok"keluhku lagi.

Setelah selesai mandi aku segera menunaikan solat kerana kalau dirumah Puan Syida aku tidak dibenarkan buat kerja lain walaupun pergi solat. Setelah selesai menunaikan ibadah aku terus baring diatas tilam empuk milikku,laptop yang terletak diatas meja aku pandang lesu,tidak berdaya sama sekali mahu berfikir apatah lagi menyiapkannya. Lama kelamaan mataku menjadi berat dan aku terlelap.

Cinta CoffeeWhere stories live. Discover now