"menghirup secangkir kopi,sehitam pupil mata dua orang yang dimamah usia ,yang tidak sengaja beradu,manis senyuman terukir dibibir mereka" bibirnya turut ikut mengukirkan senyuman apabila melihat pasangan tadi cukup bahagia di matanya. Betullah orang kata,duit tidak boleh membeli kebahagian,tetapi kebahagian hadir apabila kita dapat meluangkan masa bersama yang tersayang.
Tiba-tiba sahaja keadaan bas tadi huru-hara dibahagian depan,aku yang duduk dibelakang hanya mendiamkan diri, pergaduhan dihadapan masih belum selesai dan bas juga tidak bergerak sejak pergaduhan tadi berlaku,semakin lama aku duduk disini,kepalaku menjadi serabut dan kepala pening,dahi juga berkeringat walaupun didalam bas itu berkeadaan sejuk, tangan menggigil secara tiba-tiba.
Mulut sudah bergerak-bergerak membaca zikir sebagai penenang hati, ya sejak-sejak akhir ini keadaanku menjadi begini,punca? Aku pun tak tahu lah.Mata dipejam,mulut masih membaca zikir,keadaan tadi sudah reda,bas juga sudah bergerak.
***
Nafas ditarik sedalam yang mungkin dan dilepaskan secara perlahan-lahan,rumah dua tingkat duhadapannya membuatkan hatinya berdebar-debar. Rasa takut menyelebungi diri, dia pasti hari ini dia akan kembali ke neraka kembali,apakan daya ini sahaja yang dapat menyara hidupnya.
Pin pin
Bunyi hon kereta menyertakkan lamunganku,semakin menggigil tangan saat melihat kereta yang membunyikan hon kepadanya. Pagar rumah itu bergerak secara perlahan-lahan. "you can do it" bisik hatiku menyakinkan diriku. Aku tidak dapat bergantung kepada sesiapa,mungkin ini ujian sebelum aku merasa kebahagian.
Gerangan yang berdiri dihadapanku hanya menilikku dari atas ke bawah,aku pula hanya menunduk kebawah,rasa takut belum hilang lagi. Gerangan tadi terus duduk di sofa empuk mikiknya. "Aku ingat kau dah larikan diri" kedengaran sinis sahaja.
"Bukan Puan,saya kena tahan wad haritu"bohongku,tapi betullah rumah Airel pun dah macam hospital apa aku rasa. "Ada jelah alasan kau ni,kau ingat kau apa ha! Kau tahu tak kau tu satu-satu tukamg gaji dekat sini!" tipunya. Sebenarnya dia ada sahaja pembantu lain cuma saja menyeksa gadis yang nampak jijik didepannya. Walaupun gadis itu mahupun keluarga gadis itu tidak mempunyai apa-apa dendam,tapi disebabkan duit hitam terus hati perempuan tua ini, tidak kisah mahu menyeksa gadis itu janji duit masyuk.
Teringat pula dia dengan janji seseorang yang akan menaikkan lagi jumlah wang jika dia dapat menyakiti gadis dedapannya. Awalnya tidak diterima tapi setelah mendengar menjelaskan seseorang itu,terus mengangguk laju sahaja.
"Dah kau tunggu apa lagi,masak sana!"aku hanya memandang langkah majikanku dengan sayu,aku pasti banyak kerja yang perlu dilakukan olehku.Kaki terus menuju kedapur,ya sejak awal aku berkerja disini,pertama yang harus aku lakukan adalah masak tengahari. Selepas itu barulah kerja lain dilakukan.
***
"Cak bah" senyuman ceria terukir saat di membuka pintu tetapi kembali muram saat bilik itu kosong. Hujung bilik dilihat,beg sandang gadis itu sudah tiada. Keluhan keluar dari bibirnya,dia sudah menganggak semua ini kerana sejak akhir-akhir ini Camelia hanya berkata ingin pulang berulang kali apabila mereka duduk berbual bersama.
"Takpelah lusa dapat jumpa juga dekat kampus" keluhnya lagi. Kaki terus menuju ke bilik untuk membersihkan diri san berehat. Penat yang teramat kerana hari ini dia banyak bergerak kerana perlu menyelesaikan beberapa masalah,belum lagi dengan berusaha melarikan diri dari Rafael yang sibuk mencarinya. Diberitahu pun tiada guna lagi.
![](https://img.wattpad.com/cover/244530305-288-k841729.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Coffee
RomansaCamelia gadis yang selalu mengaitkan dirinya dengan kopi. Gadis yang tidak mempunyai sesiapa sejak ibunya meninggal dunia sehinggala ia bercinta dengan abangnya sendiri. "Kadangkala pahit kehidupan saya lagi pahit berbanding air coffea tanpa gula" C...