Part 13

2 0 0
                                    

Langkahku semakin laju apabila merasakan orang dibelakangnya semakin menghampirinya. Dia harus mengelakkan diri supaya tiada lagi berita palsu yang tersebar. "ca...." aku masih dengan pendiriaanku untuk mengelak daripada berbual dengannya. Hati sakit tidak dihiraukan. Saat kaki membelok kekiri,tiba-tiba bahuku ditarik dan dipeluk oleh seseorang,saat mendongak melihat gerangan yang berani memelukku akhirnya aku hanya mendiamkan diri.

"ca.." masih kedengaran suara tadi tapi sudah tidak selantang tadi. Kepala ditoleh memandang gerangan dibelakang,tampak wajahnya yang kecewa. "Ya Allah,kalau ini yang terbaik,kau hapuskanlah perasaan diantara kami berdua" bisik hatiku.

"Fara"

"Em ye kenapa?"

"Dari tadi I panggil you,you fikirkan apa?" Aku hanya menggeleng dan tersenyum menunjukkan gigi. "Kita nak pergi mana ni?" Soalku kembali.

"Cafe,kelas lambat lagi" kepala diangguk,kaki mengikuti langkahnya. Pelukkan dibahu sudah dilepas kerana ramai pelajar kampus yang memandang kearah kami berdua.

Disaat ini ada sepasang mata yang memerhatikan gerak-gerinya. Membara hatinya melihat kemesraan diantara mereka berdua,tangan dikepal sekuat-kuatnya. Dendam semakin menebal. "Aku takkan biarkan kau hidup bahagia" desis hatinya.

"Fara,you nak order apa?,I tolong ambilkan" pelawa Rafael hanya dibalas gelengan. "It's okey,saya boleh ambil sendiri" kaki baru sahaja mahu melangkah tangannya sudah dipegang. "No,you duduk sini,cepat you nak makan apa?" Soalnya buat sekian kali.

"Apa-apa je,semua saya telan"kataku sambil tersengih. Rafael hanya mengangguk dan terus pergi. Sejak tadi aku merasakan ada yang memerhatikan gerak-geriku,saat kepala ditoleh ke kanan,mataku telah bertembung dengan sepasang mata yang menjadi idamanku sejak dahulu lagi. Segera aku menundukkan kepalaku sambil bermain dengan jari sendiri. "Im so sorry" bisik hati kecilku. Seorang sudah berjaya aku hindari,tinggal lagi seorang je.

Kepala didongakkan saat terdengar kerusi dihadapanku ditarik. Wajah Rafael yang tersenyum menjadi tatapanku. Secawan kopi serta sebungkus roti sandwish dihulurkan kepadaku. "Thanks"

"Em awak,takpe ke kita duduk semeja?" Soalku dengan nada yang perlahan. "Kenapa pula tak boleh sayang,you girlfriend I kan"

"Tapi..." bicaraku dipotong oleh Rafael. "Abaikan mereka yang lain,dah makan kejap lagi nak masuk kelas pula" anggukkan kecil sebagai balasan.

***

"Em Raf,awak masuklah kelas dulu I nak pergi tandas kejap"

"Boleh ke pergi sorang?" Mukanya kelihatan tidak yakin sahaja. "Apa awak ni,saya pergi tandas je bukan pergi lorong mafia sana,dahlah saya pergi dulu" dia hanya mengangguk dan meneruskan perjalannya menuju kearah kelas kami. Baru sahaja ingin memasuki tandas,tangan kananku disambar oleh seseorang,terkejut melihat gerangan dihadapanku.

"Kau nak apa" soalku selamba sedangkan didalam hati sudah menahan gemuruh. "Ca,kenapa lari dari Ejal?" Soalnya sambil membuat wajah yang tampak kecewa dengan diriku. "Kau dengan aku dah takde pape sejak dulu lagi,so I think kau tak perlu kot nak cari aku lagi" menggigil tanganku saat berbicara sedemikian kali,mulut berbicara lain sedangkan hati menginginkan yang lain.

"Ca...maafkan Ejal,Ejal tahu Ejal salah,Ejal tinggalkan ca saat ca perlukan Ejal,im so sorry sayang,Ejal tak berniat pun,kalau itu yang ca nak,okey Ejal akan buat asalkan Ca gembira,tapi ingat Ejal ada dibelakang Ca untuk sentiasa sokong Ca,Ejal jugalah akan jadi orang yang percaya Ca saat Ca dijatuhkan suatu hari nanti..." tangan menggigil menanti ayat seterusnya,jujur aku rasa kehilangan sekali lagi,tumbir mata sudah menghangat. "Tolong jangan cakap" bisik hatiku.

"Jaga diri dan selamat tinggal Ca" saat gerangan tadi melintasi diriku,air mata terus jatuhmembasahi pipiku. Sebak didada menyebabkan sukar untuk aku bernafas. Bukan ini yang aku mahukan. Aku terus masuk kedalam tandas. Aku hanya memandang diriku diwajah,air mata dikesat kasar dengan belakang tanganku. "tak ini yang aku nak,aku taknak terseksa lagi" paip dibuka tangan menadah air dan mambilas wajahku dengan air bersih itu. Saat membilas wajah,tiba-tiba ada tangan yang menekan kepalaku masuk lebih kedalam singki. Rambutku ditarik kuat kebelakang,nafas diambil sedalam- dalamnya.

Pang

"Aku dah cakapkan,jauhkan diri daripada Rafael!" Tubuhku ditolak kuat kedinding. Pintu tandas ditutup bagi mengelakkan orang lain melihat perbuatannya. "Aku dah cuba,dia yang datang"jawabku selamba menutup rasa takutku. "Oh sekarang dah berani ya" katanya. "Mel isi air dalam singki tu sekarang!" Arahannya diterima baik oleh kawan karibnya. Setelah melihat singki itu penuh,rambutku ditarik kembali. " Mia apa ni ish lepaslah"aku berusaha melepaskan diri tapi apakan daya kawannya yang lagi seorang memegang tangan sebelah kiriku.

Kepalaku dicelup masuk kedalam singki yang dipenuhi air itu,aku berusaha menolak tangan-tangan yang menekan kepalaku. Kepalaku ditarik kembali tidak sempat ingin menarik nafas,kepalaku dicelup kembali. Perbuatan itu berlaku berulang-ulang kali.

Cinta CoffeeWhere stories live. Discover now