Part 23

2 0 0
                                    


"So macam mana kawan-kawan yang baik lagikan suci. Puas hina seseorang yang cukup dikenali dengan sikap pendiamnya,puas menebar fitnah sedangkan awak semua tahu,memfitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh,lainlah orang tu,fitnah dia buat,membunuh,menyakiti perasaan seorang sahabat yang sering mencemburuinya, tetapi sahabat itu tidak sama sekali ingin membalas dendam. Terima kasih yang tidak mempercayai fitnah ini, dan terima kasih kepada mereka yang memfitnah serta membunuh perasaan seseorang, dan terima kasih dengan pihak atasan yang telah membuang pelajar itu dari kampus ini,sungguhnya dia hanya manusia yang dipandang hina dari pelajar kampus yang hidup dalam kaya raya."

"Kepada si dia,maafkan saya membuat anda malu tapi saya cuma nak anda rasa apa yang 'sahabat' anda rasa,dia kehilangan semua orang yang disayang kerana awak dan awak juga telah berjaya membuat abang kandung Nur Camelia Farasya membencinya, salam maaf dari saya"

Titttttt

Keadaan dikampus kini hura-hara dengan apa yang mereka dengari,cukup menyesal kerana telah menambah luka seorang gadis yang sudah lama terluka.

Sementara itu, seorang lelaki bernama Rafael cukup terkejut, air mata lelakinya mengalir,dia pasti abang kandung yang disebut oleh lelaki misteri itu adalah dia. Muka diraup dengan kasar. Kaki terus keluar mencari gerangan yang membongkar rahsia ini,tapi sebaliknya dia menemui gadis yang cukup hina dipandangannya kali ini,menyesal mempercayainya.

Pap

Satu tamparan hebat kena dipipi kanan gadis itu. Air mata yang mengalir itu tidak sama sekali membuat hatinya berasa kesian,semakin membuak-buak rasa marahnya.

"NI SEMUA SEBAB KAU TAHU TAK!" tengkingnya,tidak dihiraukan pandangan pelajar yang berada disitu. Mahu sahaja dia menampar muka gadis itu berulang kali sehingga puas,kalau boleh sehingga adik kandungnya datang dan memberhentikan dirinya.

"Sir...ma...maafkan saya sir"rayunya dalam tangisannya,kini dia sedar semua kesilapannya. Atas apa yang dilakukan kini bagaikan ada cermin yang memantulkan kembali perbuatannya. Dia terlalu egois sehingga tidak mahu melihat senyuman terukir diwajah kawannya itu.

"PERGI MAMPUS DENGAN MAAF KAU SIAL!" Dengan perasaan yang membara dia pergi dari situ,niatnya mahu mencari Airel dan mengetahui keberadaan gadis itu.

***

Pisau ditangannya dimain-mainkan dileher dibantal yang sudah robek itu.

"Arghhh" kepalanya diketuk apabila kenangan lalunya bermain-main difikirannya.

"Ca El, Mia nak pergi beli aiskrim kejap dekat sana"

"jom kitaorang teman"

"eh takpelah,kejap je" budak perempuan itu tidak mahu mengganggu kawannya yang sedang ralit bermain dengan pasir ditama itu. "em okey,tengok kanan kiri dulu tau" pesan dari budak lelaki itu kerana dia lebih besar jika dibandingkan adik dan kawan perempuannya itu.

"EL CA" mereka berhenti bermain apabila mendengar suara seseorang memanggil mereka. Bukan main terkejut budak lelaki itu apabila melihat kawannya dipegang oleh seseorang lelaki.

"abang pergilah tolong mia" adiknya sudah menangis ketakutan melihat agenda itu. Tanpa sebarang kata dia terus berlari meluru ke arah lelaki tadi, tanpa segan silu dia terus menggigit tangan lelaki yang memegang kawannya.

"Mia lari mia" dia menjerit,baru sahaja kakinya mahu mengorak langkah, diri dia pula dicekup, matanya kian memberat apabila menghidu bau kuat dari sapu tangan yang diletakkan dimulutnya.

"ABANG" jeritan dari adiknya adalah suara terakhir didengarinya sebelum matanya terpejam.

"Abanggg" rindu yang lama terperuk akhirnya menguasai dirinya saat ini. Dia berusaha mencari abangnya tapi tidak sama sekali lelaki itu hadir,entah bagaimana rupanya sekarang adalah makin hensem mahupun masih seperti dahulu. Hidup atau mati itu tidak pasti,tapi hatinya kuat mengatakan abangnya sentiasa ada dengannya.

Setitik demi setitik manik hujan turun membasahi bumu seperti mengerti perasaan yang dirasakan dirinya. Cahaya bulan yang memancar kearahnya menarik minatnya. Cantik.

***

"ca,mana awak ni sayang?" saat ini dia seperti berputus asa tapi dibuang jauh perasaan itu. Keretanya diberhentikan di tepi jalan. Hujan yang lebat itu tidak sama sekali mengganggu ketenteramannya. Bulan penuh dilangit dipandang minat. Dia pasti perempuan yang dicintai memandang bulan yang sama. "Huh" satu keluhan keluar dari mulutnya. Rindu.

Cinta CoffeeWhere stories live. Discover now