"AKU YANG BUNUH MAK ENGKAU"
"AKU YANG BUNUH MAK ENGKAU"
"Tak,arghhh kau pembunuh!" Kedua telinganya ditutup dengan tangannya. Keadaan bilik yang gelap tidak sama sekali mengganggu keadaannya malah dia lebih selesa bergelapan begini. Sudah dua hari dia terperuk didalam bilik itu,bilik yang sudah lama ditinggalkannya. Makan tidak,minum tidak,mandi pun tidak. Dia hanya selesa duduk diatas katil ,bila lapar dia akan tidur.
Lantai biliknya penuh dengan serbuk kopi, keadaannya tidak terurus sama sekali sejak kejadian itu. Dirinya dihantui dengan suara-suara gaib yang menyuruhnya buat yang tidak-tidak. Tangan kanannya sudah penuh dengan bekas torehan.
"Hey,dia dah hancurkan hidup kau,takkan taknak balas kot"
"Tak,tak dia tetap kawan aku"air matanya mengalir,penat berlawan dengan perasaannya. Kadangkala dirinya bagai dirasuk,kadangkala dirinya sedar dengan apa yang dilalui.
Jujur,dalam dirinya masih mahu keluar dari bilik gelap ini, tapi dalam masa yang sama terasa ada yang menghalangnya keluar dari sini.
***
"Aku harap kau tak menyesallah lepasni" cukup sinis bagi seseorang yang bernama Rafael. Sudah seminggu dia tidak nampak batang hidung gadis kesayangannya, kadang terselit rasa gelisah,risau. Tapi ada sahaja suara ego yang menahan dirinya daripada mencari gadis tersebut.
"Kau nak aku menyesal apa pula, kau tu sepatutnya menyesal buat anak dara orang macamtu"
"Hahaha,what are you talking about ha! Okey wait and see yeah siapa yang bakal menyesal,aku atau kau" bahu lelaki dihadapnnya ditepuk perlahan.
"Ca,mana awak ni sayang?" Sudah berhari-hari dia mencari keberadaan gadis itu,tapi masih belum ditemuinya. Pergi kerumahnya juga sudah tapi jirannya kata dia sama sekali tidak melihat gadis itu.
"Ejal akan balas dendam,ejal akan buat diirang rasa apa yang ca rasa" telefon ditangannya digenggam kuat. Segala bukti sudah cukup untuk membalas dendam kepada orang-orang yang menyakiti gadis yang dicintainya sejak kecil lagi. Kakinya mengirak langkah menuju kesebuah bilik kawalan.
Titttttt
Bunyi nyaring alat pembesar suara mengganggu pelajar-pelajar kampus yang sedang belajar.
"Pewitt,awek lorong ada dekat sinilah" katanya sambil bergelak bersama dua orang kawannya. Tanpa sebarang kata,aku terus berjalan meluru kearahnya. Aku terus menolak bahunya dengan kuat sehingga dia terundur ke belakang. "Kenapa kau sanggup buat macamni dekat aku hah!" Soalanku hanya dibalas dengan gelak tawanya sahaja.
"Apa salah aku?dari dulu kau buat macam ni sedangkan aku tak pernah buat apa-apa pun dengan kau" cukup sayu aku berkata kepadanya,jujur aku penat hidup dalam dunia yang hitam ini. Dari kecil aku merasakan semua ini.
"Kau nak tau tak sebab apa?" Soalnya sambil menunjal-nunjal kepalaku.
"Sebabnya aku benci tengok kau senyum,macam-macam aku buat tapi kau masih senyum,kau nak tahu tak kenapa aku tetiba nak rapat dengan kau dulu waktu kecil, sebab aku takde kawan sedangkan kau ramai kawan. Aku pergi mana-mana semua cari kau. Aku rimas tahu tak! Semua taknak layan aku bila kau tak datang sekolah, termasuk Airel juga. Naik sekolah menengah aku jeles sebab Airel lebihkan kau,manjakan kau. Aku suka dia yes betul,aku luah dekat dia,tapi kau tahu tak dia tolak aku mentah-mentah semua sebab kau!" Terduduk aku apabila mendengar ceritanya,jujur dia tidak sama sekali perasan kawannya terasa hati dengannya.
" hari-hari cikgu puji kau. Sedangkan aku result sama je dengan kau tapi cikgu tak pernah pandang aku. Dan kalau kau nak tahu,aku memang sengaja lukakan diri aku waktu tu tak sangka pula Airel percaya macam sir Rafael percaya aku sekarang" dia menghadiahkan senyuman sinis kepadaku.
"Oh ya ingat tak majikan kau eh ops bekas majikan kau, diaorang aku yang bayar biar dera kau,pasal hampir kene rogol tu pun aku yang suruh, dan pasal berita kau sekarang ni pun aku yang sebar, panas telinga aku bila orang puji kau,kau duduk dian pun orang puji. Sekarang aku nak diaorang tu tahu kau tu cuma perempuan miskim tak sedari diri je" tumbir mata sudah memanas,tidak disangka yang dulunya kawan kini menyebar fitnah dan seorang pembunuh.
"Kau silap Mia,sepatutnya aku yang berdendam,sepatutnya sekarang kau yang rasa apa yang aku rasa sekarang" tangan mengesat air nata yang mengalir,pandangan dihala keluar jendela melihat hujan yang masih membasahi bumi.
" dulu hari-hari aku kene marah dengan ayah aku, aku dipaksa belajar sampai lewat malam dia kata biar aku ni pandai,tak membazir duit dia hantar aku pergi sekolah. Dan sebab kau,abang aku hilang semata-mata nak selamatkan kau dari penculik tu,kalau aku tahu sekarang kau balas macam ni memang aku takkan suruh abang aku selamatkan kau" Lagi sekali air mata membasahi pipiku,haih penatlah nangis je.
"Ayah aku,papa kau,huh" senyuman kelas terukir.
" dari kecil sampai naik sekolah menengah,ayah aku tak pernah hantar aku pergi sekolah, pagi-pagi lagi dia keluar,nak tahu tak dia pergi mana? Dia pergi rumah kau,dia sarapan dekat sana,dia hantar kau hari-hari. Setiap hari aku fikir, bila agaknya aku nak rasa kasih sayang dari seorang bapa? Bila agaknya aku dapat jadi kau yang sentiasa disayangi oleh seorang bapa, tapi aku masih syukur ibu masih sayang aku. Kau cakap result aku baik,cikgu puji aku, tapi kenapa ayah marah aku,dia pukul aku sedangkan markah aku lagi tinggi dari kau, tapi kau datang-datang sekolah je cakap,papa kau belikan hadiah sebab dapat result yang baik. Ayah tak jamah pun makanan ibu aku,dia balik pun bila dia mabuk,kalau dia mabuk hari-hari ibu aku kena pukul."Mata menjamu pandangan diluar untuk menenangkan diri.
"Aku sedar kau cuba tarik perhatian Airel waktu kitaorang couple,hari-hari kau buat apa yang aku buat lepas aku bagitahu kau. Sampai sutu haritu aiu tahu kau suka Airel aku minta putud dengan dia sebab apa,sebab aku taknak kita berdendam,aku taknak sebab lelaki aku hilang kawan. Tapi tak sangka kau fitnah aku,cakap aku lukakan kau sebab aku kata dekat kau,yang kau nak rampas Airel. Kau nak tahu tak siapa yang selamatkan kau hari last spm, aku yang tolak kau,dan akhirnya aku yang dilanggar motor besar tu,kaki aku hampir patah Mia,semua sebab kau" tangan kuat menggenggam besi tingkap kelas.
"Camelia a... aku"
"Mia kau jangan tertipulah dengan dia,rilex ah benda dah lepas" hasutan dari kawannya menyebabkan Damia mengaku sesuatu yang tidak dijangka aku sama sekali.
"AKU YANG BUNUH MAK ENGKAU!"
YOU ARE READING
Cinta Coffee
Roman d'amourCamelia gadis yang selalu mengaitkan dirinya dengan kopi. Gadis yang tidak mempunyai sesiapa sejak ibunya meninggal dunia sehinggala ia bercinta dengan abangnya sendiri. "Kadangkala pahit kehidupan saya lagi pahit berbanding air coffea tanpa gula" C...