Part 10

2 0 0
                                    

"Ishh,mana dia ni" nombor yang sama ditelefon beberapa kali. Namun masih sama tidak dijawab sama sekali yang kedengaran hanyalah suara seorang wanita yang menyuruh untuk meninggalkan pesanan.
"Em sir"

"ya saya" kepala ditolehkan memandang empunya suara tadi. Wajahnya kelihatan gelisah seperti mahu mengatakan sesuatu. Tangan kanan gadis itu memegang sebuah telefon,kelihatan seperti mahu menunjukkan sesuatu tetapi ragu-ragu. "ada apa ya ?"

Tangannya diangkat perlahan-lahan,kini telefon tadi betul-betul didepan matanya,sebuah gambar dimana telah membuat hatinya hancur. Api kemarahannya naik,tangan digenggam sekuat-kuatnya. Gadis yang disayanginya berpelukkan dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Hasratnya mahu membawa gadis tersebut bertemu keluarganya terbatal. Tapi walau bagaimanapun,dia tetap akan berusaha untuk merapatkan dirinya dengan gadis itu. Tiada yang akan dapat mencuri dia darinya.

Kaki terus melangkah keluar ingin mencari gadis itu. Dia yang menunjukkan gambar tersebut hanya tersenyum menang. "tak lama lagi dia aku punya".

***

Kami berdua hanya mendiamkan diri sambil menikmati makanan yang terhidang dihadapan kami. "Kenapa dia kena hadir saat ini" keluhku.

"Ibu macam mana?" Soalnya memecah kejanggalan diantara kami. Dia sahabat kecilku,arwah ibu juga mengenalinya sejak kami membesar bersama-sama,arwah ibu yang menyuruh dia memanggilnya sebagai ibu. "Ibu dah takda" jawabku ringkas. Kelihatan tangannya terhenti saat aku berbicara sedemikian,mungkin terkejut. "Bila"

"3 bulan lepas"jawabku ringkas. Segera aku menyedut air minumanku bagi menenangkan perasaan yang sedang bercampur baur. "Im sorry"aku terus memandangnya. "Untuk?"

"sebab aku takda waktu tu,mesti kau down sangatkan,maaf aku tak sengaja,maaf juga sebab aku tak tunaikan janji aku dulu" matanya memandang mataku,kelihatan ikhlas. Inilah mata yang selalu menjadi tatapanku saat aku dilanda masalah,mata yang menenangkan. Lama kami bertatapan tiba-tiba aku merasakan tanganku digenggam agak kuat tapi tidak menyakitkan. Aku memandang empunya tangan itu. "Raf" terkejut dengan kehadirannya,mukanya kelihatan merah seperti menahan marah,makin lama kesakitan akibat digenggam semakin terasa saat dia terpandang lelaki dihadapanku. "Raf,I can explain" takut hanya itu yang aku rasakan saat ini. Tanpa berkata-kata dia terus menarik tangan aku keluar dari sini,bangak mata-mata yang memandang kami.

"Raf sakit,please stop" rayuku. Tapi dia tetap tidak mengedahkan rayuanku,kaki terus melangkah menuju ke taman bunga berdekatan dengan tempat letak kereta. Sampai sahaja didepan keretanya tanganku terus dilepas,dia kelihatan kusut,kepalanya diramas sehingga serabut rambut yang tadi terletak elok. "Siapa dia?" Soalnya saat dia sudah dapat menenangkan diri. Aku hanya mendiamkan diri dan menundukkan kepalaku. "siapa dia Fara?" Tengkingnya. "Airel" nama itu meniti dibibirku kerana terkejut. "dia siapa?" tanyanya kembali. "Kawan"

"Kawan apa sampai peluk-peluk!" Terhenjut bahuku saat ditengking kali kedua. "Awak ni kenapa!" Suaraku sudah naik seoktaf,pelik kenapa dia perlu menengkingku sedangkan kami tiada apa-apa hubungan. "Far,I cemburu Fara,kenapa you tak pernah faham I ha" diam itu sahaja yang aku mampu lakukan. "I sayang you,hati I sakit tengok you peluk-peluk dengan lelaki lain, Far please kita kahwin" walaupun hatinya bercampur baur tapi dia tak sanggup untuk melihat gadis didepannya disakiti oleh lelaki lain.

Cinta CoffeeWhere stories live. Discover now