Part 18

1 0 0
                                    

Gemuruh mencengkam jiwa, tangan yang mengemas bilik tidur itu menggigil apabila menyedari ada mata yang memerhatinya,semakin tidak selesa apabila gerangan yang memerhatinya semakin mendekatinya. Bakul yang berisi baju diangkat mahu bawa keluar tetapi langkahnya terbantut saat tangan majikannya memegang lengannya,dia berusaha berfikiran positif,dirinya dipaksa untuk senyum.

"Ye tuan,ada apa-apa yang saya kene bantu ke?" Tanyaku perlahan menahan perasaan takut. Meremang bulu saat merasakan nafas majikanku berada tepat dileherku. "Awak boleh tunaikan ke kalau saya minta tolong awak?"bisik lelaki tua itu. "A..apatu tuan?" Tiba-tiba tangannya menyentuh bahuku,bakul ditangan terlepas kerana terkejut dengan tindakkannya yang sangat berani.

Lenganku diusap perlahan olehnya. Kaki sudah menggigil ketakutan tapi pelik kerana diri aku hanya diam membatu seperti ada yang menyumpahku menjadi batu. Tangannya kini menarik pinggangku menuju ke katil saat itu aku mulai sedar.

"Apa tuan ni" ya aku sedar walaupun dia majikanku aku perlu mempertahankan maruahku sebagai seorang wanita. "hey cuba ikut je apa aku suruh sayang, kau nak kene buang kerja ke ha?" Tanyanya lembut. Aku hanya menggeleng "saya lebih rela kehilangan kerja ni daripada hilang maruah saya lah!" Tengkingku kini aku sudah tidak tahan. " saya berhenti kerja" kaki terus menuju ke pintu tanpa sempat membuka tanganku sudah ditarik kasar oleh lelaki tu itu.

Badanku ditolak ke katil dengan kuat. "Tuan tolong tuan" rayuku. Lelaki tua itu hanya tersenyum sambil tangan lincah membuka bajunya. Aku terus berlari menuju kebilik air, belum sempat menutup pintu tangan tua itu sudah menahannya,pintu itu ditolak sehingga menyebabkan diriku kebelakang dan terhentak di dinding. "Arghh"

Lelaki tua tadi cuma untuk mengoyakkan bajuku,terus aku menjerit dan melempangnya. Mungkin tidak kuat dan disebabkan dirinya dilempang,kemarahannya sudah dipuncak,mukaku dilempang berkali-kali. Rambutku ditarik memaksa diriku untuk berdiri,tangisan sudah pecah dari tadi. Tangannya memegang kedua belah tanganku,leherku menjadi mangsa dicium berulang kali,aku memijak kakinya berulang kali sehingga dia melepaskanku,tanpa menunggu aku terus berlari keluar dari bilik air itu,tiba-tiba diriku ditolak dari belakang dan menyebabkan diriku jatuh ke lantai. Kepalaku juga dihentak berulang kali ke lantai, darah pekat mulai keluar dari kepalaku. Tidak berdaya lagi dan saat itu...

" CAMELIA!"

***

Sejak kelasnya mula lagi, Camelia hanya termenung pakaiannya juga serba hitam hari ini,yang lagi peliknya Camelia mengenakan eyeshadows hitam hari ini,mask hitam juga dipakai olehnya.

"Okey kelas,sampai sini sahaja,mana yang tak faham boleh je jumpa saya" ujarnya kepada pelajarnya. Saat dirinya sibuk mengemas dia mengalihkan pandangannya kearah Camelia dan gadis itu belum beranjak keluar lagi. Semakin curiga dirinya terhadap gadis itu. Kakinya mengorak langkah menuju ke gadis itu,kerusi disebelah gadis itu ditarik dan dilabuhkan punggungnya dikerusi itu. "Fara"

"ah em" aku yang terkejut dengan panggilan tadi terus menoleh kegerangan yang memanggil namaku. "Hey,you kenapa ada problem ke?" Tanyanya prihatin,matanya menatap gadis itu walaupun wajahnya sudah tertutup separuh.

"takde apa,saya keluar dulu" saat itu baru aku sedari tinggal kami berdua sahaja yang berada dikelas ini. Kaki terus keluar,panggilannya juga aku abaikan,aku harus segera pulang.

Ting

Dia mendapat satu mesej dari nombor yang tidak dikenali. Gambar yang dihantar oleh nombor itu dipandang tidak percaya. Dia menggelengkan kepala menidakkan mesej itu.

From 013*******
perempuan ni dah lama buat kerja macam ni, lebam dekat dia selamani pun sebab dia ganas sangat dekat atas katil. Harini pakai mask pun sebab nak cover bibir dia yang membesar kene gigit tu hahaha

From 013*******
Dahlah tak payah terhenggeh dah dekat dia,dia tu dah jadi bekas orang dah hahaha,tapi kalau nak mencuba pun tak salah. Sayangnya orang macam kau diperbodohkan dengan lakonan dia yang polos tu. Jadi orang jangan bodoh boleh tak,silap hari bulan,pelacur tu kikis duit kau je,sekarang memang tak,kau tunggu esok lusa.

Mesej yang diterima dibaca,fikirannya sudah berfikir negetif, entah-entah apa yang dia katakan pada Airel juga benar,dia hanya menjadi perempuan simpanan. Gambar itu betul-betul meyakininya bahawa gadis yang disayanginya membuat kerja terkutuk itu. Telefon digenggam sekuatnya,hatinya sakit diperdayakan sebegitu.

Gerangan yang menghantar mesej tadi hanya tersenyum puas,sebentar lagi apa yang diingini pasti terjadi. Sudah lama dia menyimpan dendam itu dan akhirnya bakal berakhir juga.

Cinta CoffeeWhere stories live. Discover now