Part 24

2 0 0
                                    

"Ayah"

"Hm" lelaki tua yang dihandapannya dipandang pelik. Sejak kebelakangan ini ayahnya dingin sahaja dengan ibu dan dirinya.

"Ayah pergi mana semalam? Kenapa tak balik rumah? Ayah banyak kerja ke?" Soalnya bertalu-talu.

Pang

"Hey budak,kau siapa nak tanya aku macam-macam hah,serabutlah ada anak dengan bini yang suka menyusahkan aku!"

"Abang! Apa abang buat ni ha!" Anak kesayangannya yang baru sahaja dilempang didepannya terus dipeluk,jelas kelihatan anak kecil itu menahan tangisannya.

"Ha kau pun satulah,semak betul. Kau dari mana ha! Keluar dengan jantan mana kau ni ha?"

"Astarfirullahalazim,apa abang ni,saya baru balik dari kerja tahu tak!" Ibu kembali menengking ayah apabila dituduh sedemikian kali. "Oh dah pandai ya kau nak naikkan suara dekat aku,kau sedar tak aku siapa ha! Sini kau"

Lengan ibu dicengkam dan ditarik ke arah bilik. "Argh" suara ibu mengerang kesakitan kedengaran. Dia hanya mampu menangis didepan pintu bilik itu. "Ibu,ayah" pintu bilik diketuk perlahan-lahan. Dia tahu ibunya pasti kesakitan saat ini. Tiba-tiba pintu bilik dibuka dari dalam, badanknya terdorong kebelakang akibat pintu yang ditolak kuat.

Sejak itu,ibu menjadi mangsa pukulan ayah. Ayah juga sering tidak pulang kerumah, apabila pulang pasti dalam keadaan yang mabuk. Dan tanpa angin ayah pasti memukuli ibu didepan mataku. Aku pula hanya mampu menangis dipenjuru melihat ibu yang menahan kesakitan.

***

"Papa" Jerit riang seorang kanak-kanak kecil. Badannya terus dipeluk oleh lelaki yang dipanggil papa. Tidak jauh dari situ sepasang mata hanya memerhatikan hubungan mesra antara bapa dan anak itu.

Secalit sedikit rasa cemburu melihat kemesraan itu. Dia sudah lama tidak merasai kasih sayang dari ayahnya. Dadanya terasa sebak melihat kejadian itu. Kakinya perlahan- lahan keluar melangkah pulang kerumah. Ya dia jalan kaki pulang kerumah. Mahu mengharapkan ayahnya, memang minta pelempang sahaja. Mahu meminta ibunya mengambil dia pulang dari sekolah, terbit rasa kasihan kerana ibunya sibuk kerja pagi hingga lewat petang.

Bunyi bising dari rumah sebelah telah mengejutkanku. Cahaya matahari yang menyelinap masuk dari celah-celah lubang tingkap telah menerangi bilik yang tersedia gelap itu.

"Dani"

"Ya ibu"

"Sini sayang makan,nanti lambat pergi sekolah" terdengar suara dari rumah sebelah. Ya Allah rindunya dengan ibu. Air mata mengalir saat teringat ibu. Solat juga sudah beberapa hari dia tinggal,jangankan makan minum. Aku mengambil sebatang berus yang sudah tersedia tercelup didalam bekas yang diisi air bancuhan kopi. Berus tadi aku ambil dan menulis nombor 11. Ini bererti aku sudah sebelas hari terperap didalam bilik tanpa berbuat apa-apa.

Bada aku semakin lemah kerana sudah lama tidak menjamah sedikit pun makanan. Mata dipejam menahan rasa sakit diperut. Sudah pastilah aku merasakan lapar. Mahu bangun tapi tidak berdaya sama sekali.

"Hey perempuan" bahuku ditolak berkali-kali. Saat ini aku duduk bersendirian sahaja di bus stop. Tiba-tiba ada suara menerjahku.

"Kau nak apa?" Tanyaku lemah. Aku sudah penat dengan kehidupanku. Kerana diri yang lemah aku tidak sedar aku ditolak sehingga ketengah jalan raya.

"Wo wo wo, rilex lu,kau tengok sana" aku terus menoleh ke sebelah kiri. Dan saat itu dia tidak lagi menolak bahuku. Tapi kakiku kaku seperti disimen bersama-sama dengan jalan tar. Kereta yang dipandu agak laju sedang bergerak kearah ku.

"Arghhh"

Skrettt

Apabila tidak merasakan diriku dilanggar,aku terus membuka mata dan melihat kereta tadi betul-betul didepanku. Dan saat ini aku mendengar suara- suara orang menggelakkan diriku.

"Hahaha,kau tengok dia, tolol betullah bukan nak ketepi pun" saat itu aku merasakan sungguh sakit hati diperbodohkan sedemikian kali. Tangan dikepal membetul sebuah penumbuk

"Huh" aku terus mencelikkan mata apabila kejadian itu bermain difikiranku.

"Camelia,kau taknak ke balas dendam. Tengok sekarang diaorang gelak je tengok kau yang lemah ni"

" tak tak tak" telinga ditutup dengan batak sekuat-kuatnya. Aku tak boleh termakan hasutan tu. Tak aku masih manusia yang berperikemanusiaan. Diorang cuma lemah iman sebab itu mereka buat begini.

"Ibu,bila besar nanti,ca nak pukul ayah sebab ayah buat ibu macamni" tangan kecilnya mengusap lembut lebam-lebam dimuka ibu.

"Sayang apa cakap macamtu sayang,dia tu ayah sayang tau, dia yang besarkan ca,ca tak boleh pukul ayah, ca kena hormat ayah macam mana ibu hormat ayah ca sekarang ni" pesan ibu.

"Buat apa kita hormat bu,tengoklah ibu yang sakit sekarang" air mata tidak dapat ditahan,terus mengalir keluar membasahi pipinya yang gebu.

"Sayang,ingat ni tau. Kita kene ikhlas dan redha dengan apa yang berlaku. Kita kena lawan kejahatan dengan kebaikkan,kita doa je baik-baik untuk mereka yang selalu dendam dengan kita,insyaallah, Allah akan makbulkan dia kita lepastu nanti diorang akan baik dengan kita balik" tubuh kecil anaknya ditarik kedalam dakapannya. Dielus lembut sahaja anaknya.

"Okey ibu"

Cinta CoffeeWhere stories live. Discover now