"Camelia"jerit Rafael dari jauh. Segera aku memberhentikan langkahku,keadaan Rafael yang tidak cukup nafas itu aku pandang pelik.
"Sir ni dah kenapa?" Soalku.
"Ish,janganlah panggil sir,kita bukan dekat dalam kelas lagipun,macam tak biasa pula panggil nama"satu jelingan diberikan,mulutnya juga dicebikkan tanda merajuk. "Apalah awak ni,tak kena dengan pangkat,dah tua pon nak merajuk macamtu" geli hati melihat perangai dia yang sedemikian. "Oh ye,ni awak panggil siap tak cukup nafas kenapa?"
"Oh saya nak ajak makan,jom,saya belanja" dengan sahaja perkataan belanja terus aku menganggukan kepala,jimat duit. "Okey jom" kami berjalan santai menuju kearah kereta Rafael,biasalah orang seperti aku mana mempunyai barang mewah begitu,kalau terpaksa sangat pon kena pinjam jiran. Seperti biasa kami berbual kosong sebelum sampai ke destinasi.
"okey kita dah sampai" ujar Rafael sambil mematikan enjin. Sampai sahaja didalam kami memilih untuk duduk dibahagian atas,agak sunyi kerana tidak ramai yang makan dibahagian atas. Aku melihat setiap penjuru seperti mengingati sesuatu. "em saya rasakan,saya macam pernah makan dekat sinilah,cuma waktu tu saya kecil lagi agaknya" ceritaku kepada Rafael.
"Oh ya,sini tempat kegemaran daddy saya,kalau nak makan luar mesti dia pilih sini,dia kata dia dari muda memang suka makan dekat sini,lama-lama tempat ni pun jadilah tempat kegemaran saya,makanan dia pun sedap sedap" terang dia panjang lebar. "wow,jadi dah lamalah kan kedai ni ada" dia hanya menganggukkan kepala sahaja.
"Waiter,order please"
Selepas selesai makan,aku terus mengajak Rafael pulang.
***
"CAMELIA"
"ye puan"jawabku menunduk.
"Buatkan saya air cepat" arahnya.
"Okey kejap ye puan" terus aku mengorak langkah menuju ke dapur,mug aku ambil dengan pantas aku membancuh air 3 in 1. Dengan perlahan lahan aku membawa mug tersebut keruang tamu. "Nah puan" aku menghulurkan air tersebut kepadanya.
"Puh" air yang disembur Puan Syida tepat mengenai mukaku. "Kau gila ke apa ha! Memang sengaja nak kenakan aku ke apa ha budak!" Tanganku ditarik kasar,air minuman buatanku tadi dituang ke tanganku. "Puan panas puan"rintihku,setitik demi setitik air mataku jatuh membasahi pipiku,ya aku berkerja sebagai pembantu rumah di salah satu rumah orang kaya yang tidak jauh dari rumahku,beginilah kehidupan ku setelah pemergian ibuku. Terpaksa berdikari dan mencari duit sendiri.
"Aku nak kau lap semua ni,lepastu kutip baju dekat dalam bilik aku,jangan lupa basuh sekali tapi guna tangan,ingat ye jangan masuk mesin,gaji kau setahun pun belum tentu dapat bayar!" Terselit sedikit amaran didalam ayatnya,kepala aku turut ditunjal olehnya. Tanpa kata aku hanya menganggukkan sahaja. "Ya Allah,kau kuatkanlah hati hamba Ya Allah"doaku didalam hati.
"Aww" tangan yang disiram air panas tadi menyukarkan ku untuk membasuh baju tersebut,nasib baik hanya dua helai sahaja. "Camelia oo Camelia" jerit Puan Syida dengan lantangnya. Aku segera berlari kearah ruang tamu.
"Ye puan"sahutku lembut. "Aku nak keluar,tak payah masak makan malam,dah siap boleh balik" tuturnya. Aku hanya menganggukkan kepala.
Setelah selesai menyidai pakaian yang baru sahaja aku basuh,aku kedengaran suara jiran Puan Syida menjerit-jerit , pada awalnya aku hanya membiarkan sahaja,tapi setelah melihat satu kejadian terus aku bergerak ke arah pakcik tua yang ditolak anaknya sebentar tadi.
"Pakcik,pakcik okey ke?" Tanyaku lembut. Dia hanya memegang perutnya sambil membuat muka simpati kearahnya. Aku yang faham dengan perilakunya terus aku mengajaknya makan. "Pakcik tunggu sini kejap ye,saya kemaskan barang lepastu kita keluar pergi makan ya" sambil tersenyum ramah aku mempersilakannya duduk dibangku belakang rumah milik tuanku.
Dengan mengemas barangku dengan segera,pintu rumah aku kunci semuanya. "Okey jom pakcik" aku memegang erat tangannya,kami makan disebuah kedai kecil yang tidak jauh dari rumah milik pakcik tersebut. "Makcik order makcik" panggilku.
"Ya nak,nak makan apa?"
"Bagi saya nasi ayam dua, teh o panas satu,sirap ais satu"
Tidak lama kemudian makanan kami berdua sampai,pakcik didepanku dengan lahapnya terus makan makanan tersebut,kasihan aku lihat seperti sudah lama tidak makan.
"Pakcik,nama pakcik apa?"soalku lembut.
"Adam" jawabnya perlahan.
"Oooo pakcik Adam"
"Nak terima kasih ye" tatapannya nampak sayu sekali,butiran jernih turun membasahi wajahnya yang sudah dimakan usia.
"Pakcik,janganlah nangis,pakcik ada apa-apa nak cerita dekat saya ke?" tangan tuanya aku genggam,cuba mendalami perasaannya,dari tadi aku sedar dia seperti mahu memberitahu sesuatu kepadaku. "pakcik nak cakap terima kasih je sebab dah belanja pakcik makan,makanan sedap pula tu" segaris senyuman terbentuk diwajahnya.
"Pakcik dah berapa hari tak makan?" Soalku prihatin.
"dah dua hari, kalau dibagi makan pun cuma nasi kosong, lauk pun tinggal kuah je" pandangannya ditundukkan.
"Ya Allah pakcik,kenapa anak-anak pakcik buat macamtu" tanpa kata aku terus menekup mulutku,tak sangka didunia realiti masih ada anak yang seperti itu. "Diaorang jaga pakcik sebab nak harta je, setiap dua minggu pakcik akan dihantar ke rumah anak pakcik yang sulung,nanti dua minggu lagi pakcik dihantar kesini semula" air matanya disekat dengan tangan tua miliknya.
"Okeylah nak,pakcik kena balik sekarang,takut anak pakcik cari" tuturnya perlahan. "okey jom saya tolong hantarkan" walaupun dirinya sudah tua tapi masih gagah untuk berjalan agak jauh,melihat dirinya aku berasa kasihan. Betullah orang kata, seberat berat ujian yang menimpa kita,lagi berat ujian yang ditimpa oleh orang lain,kita cuma perlu bersabar dan melawan setiap kejahatan dengan kebaikkan.
YOU ARE READING
Cinta Coffee
RomansaCamelia gadis yang selalu mengaitkan dirinya dengan kopi. Gadis yang tidak mempunyai sesiapa sejak ibunya meninggal dunia sehinggala ia bercinta dengan abangnya sendiri. "Kadangkala pahit kehidupan saya lagi pahit berbanding air coffea tanpa gula" C...