Airel yang sedang berjalan sambil mendengar lagu tiba-tiba dirempuh seseorang. "Hey"
"Maaf maaf" gadis dihadapannya dipandang pelik,termengah-mengah sahaja. "Kau kenapa macam nampak hantu je?" tanyanya. "Em" gadis dihadapannya kelihatan gelisah seperti teragak-agak untuk berbicara. "Hey cakaplah!" Tengkingnya,memcabar kesabaran betul. "Ada orang kene buli dalam tandas perempuan" mulutnya terus ditekup. "Siapa?"
"Saya rasa Camelia..." tidak sempat gadis itu menghabiskan ayatnya,Airel terus lari menuju kearah tandas.
***
"Mia jom,aku rasa dah ada orang tahu,jom sebelum ramai yang datang" ajak kawannya yang berambut tocang itu.
"Betul jomlah aku takut ni,lagipun nyawa budak tu dah nyawa-nyawa ikan dah" Damia yang masih belum berpuas hati terus menolak kepalaku dengan kuat. Nasib malang menimpa diriku lagi,kepala yang ditolak sebentar tadi terhantu dibucu tempat membasuh tangan,pening kepalaku dibuatnya. Sebelum mataku terpejam aku sempat melihat kelibat seorang lelaki yang aku amat kenali dan suaru tu. "CAAA" semuanya terus gelap.
***
Tok tok tok
"Yes" pelajar yang baru mengetuk pintu kelasnya dipandang pelik,bukan budak kelas ni.
"Sir can I talk with you?" pandangan pelik diberikan. Rafael hanya mengangguk dan melangkah keluar. "Ya kenapa?"
"Camelia kena buli" jawapnya pendek tapi cukup difahami olehnya. Patutlah sejak tadi perasaannya tidak sedap hati. Kaki terus berlari kearah tandas wanita. Saat dirinya sampai dihadapan tandas,gadis kesayangannya sudah dicepung oleh lelaki lain. "Bagi Camelia dekat aku" kedua tangannya dihulurkan sedia untuk mendukung gadis yang sudah tidak sedarkan diri lagi. "Tak akan,semua ni jadi sebab kau tau tak!" tengkingan Airel tetap diabaikan,dia berjalan mendekati lelaki dan gadis itu,tangannya berusah mengambil gadis itu kembali.
"Kau jangan dekat dengan dia lagi" satu ayat cukup tegas tapi tidak dihiraukan oleh Rafael. Bahunya dilanggat kasar oleh Airel.
"ca,bangun sayang" air mata lelakinya akhirnya nenitik,bukan ini maksud dia saat dia melafazkan selamat tinggal. Dia hanya ingin gadis itu menenangkan dirinya,tapi tidak disangka ini yang bakal berlaku. Kakinya laju membawa gadis itu kearah keretanya. Keretanya dipandu laju tanpa menghiraukan lampu isyarat. Yang penting baginya,keselamatan serta kesihatan Camelia sekarang.
***
"Sampai sini sahaj kelas kita,saya terpaksa pergi" Rafael mengemas segala barangnya dengan terburu-buru. Damia yang baru memasuki kelas terkejut kerana kelas sudah habis. Setelah semua orang diyakini sudah keluar,dia terus membaling kerusi milik dirinya. "Mesti sebab perempuan tak guna tu"
"Cuba bawa bertenang,kau dah buat perempuan tu hampir jumpa malaikat izrail kan,kau chill je" kawannya mengambil dan membetulkan semula kerusi yang baru dibaling oleh Damia. Apabila kawannya berkata sedemikian,bibirnya terukir senyuman sinis,dia pasti perempuan itu bakal takut dengannya. Dan sekejap lagi dia akan buat gadis itu mati tapi atas sebab bunuh diri.
YOU ARE READING
Cinta Coffee
Lãng mạnCamelia gadis yang selalu mengaitkan dirinya dengan kopi. Gadis yang tidak mempunyai sesiapa sejak ibunya meninggal dunia sehinggala ia bercinta dengan abangnya sendiri. "Kadangkala pahit kehidupan saya lagi pahit berbanding air coffea tanpa gula" C...