"Hanya secangkir kopi menyajikan rasa manis,bukan janji-janji dari bibir yang manis" bibir dikemam menahan tangisan daripada didengari oleh lelaki yang dicintainya.
" jangan berjanji saat bahagia, jangan mengkhianati kerana duka, siasat dahulu sebelum menuduh, lihat bukti baru percaya" jujur hatinya sangat sakit dikhianati kawan baiknya sendiri, dan bulat-bulat kekasih hatinya mempercayai segala tuduhan yang dikenakan. Air mata yang cukup mahal mengalir tanpa dikesat. Cukup. Dia sudah letih dengan semua ini.
"Kalau itu yang awak nak, I will go from your life and never come back to you" tanpa melihat gerangan yang dibelakang,kakinya laju mengorak langkah pulang kerumah.
"Sariyah binti Ahmad, aku ceraikan engkau dengan talak satu"
"Abang"
"Ayah!" Air mata yang sempat kering kembali membasahi pipinya
"Apa ayah buat ni ha!" Dada ayahnya ditunbuk berulang kali. Kenapa pada hari yang sama kami ditinggalkan dengan orang yang bergelar lelaki. Lelaki yang telah menabur segala janji. Dan semua ini adalah angkara orang ketiga. Perempuan yang tidak tahu malu.
"Apa! Kau dengan mak kau pergi merempat sanalah" ibu yang memeluk kaki ayah merayu dengan ayah. Ibu lantas ditarik kepelukkanku .Cukup. Aku sudah penat. Cukuplah diri kami diseksa mental dan fizikal.
"Ayah sekarang keluar,pergi dengan bini kau yang kau dah halalkan dia 9 tahun lalu" jari telunjuk diarahkan kearah pintu. Ibu pasti terkejut dengan apa yang aku katakan. Tetapi aku hanya hiraukan pandangan darinya.
"Argh"
"caa"
"Ibu sudahlah,jangan nangis sebab lelaki macamtu, ni semua takdir,ibu kan ada cakap dekat ca kita kena redha dengan apa yang terjadi. Jadi mungkin ada hikmah dari semua ini,lepasni ibu tak kena pukul dengan ayah lagi"
Air mata mengalir mengingati semua itu.
Gelang yang dipakaiku dipandang lama. Gelang itu merupakan hadiah pertama yang diberi si dia. Dan sampai sekarang aku masih menyimpannya. Kaca yang dipecahkanku dua hari lepas dipandang sayu. Mungkin begini takdirku. Dan mungkin pengakhiran hidupku tidak sebahagia mereka diluar sana.
Tangan mencapai serpihan kaca cermin tadi. "Maafkan hamba Ya Allah" dengan perlahan-lahan kaca tadi diletakkan dipergelangan tanganku. Dicucuk dalam,cukup dalam bagiku, perlahan-lahan ia mengoyak kulit pergelanganku. Bibir dikemam,mata dipejam menahan perit. Sebelum keadaan menjadi gelap gelita, cahaya bulan yang menjadi tatapan terakhirku.
"Selamat tinggal dunia"
"CA"
"FARA"
Tanpa banyak bicara, Airel terus pergi ke gadis itu. Dicempung badan kurus kering itu, walaupun keadaan cukup gelap tapi dia yakin badan gadis itu sudah semakin susut dan seperti tiada daging sahaja.
"Raf, bawak kereta cepat"
"Ya Allah Ya Tuhanku,kau panjangkanlah umurnya Ya Allah" disaat itu, air mata lelakinya mengalir untuk seseorang yang bergelar wanita. Cukup susah untuk dia menangis, tapi bila air matanya mengalir itu bererti orang itu betul-betul mendapat tempat dihatinya.
Cukuplah dulu dia merasai kehilangan ini, kini dia tidak mahu merasai perasaan itu. Cukup kesal dengan dia yang dulu dan dia yang sekarang. Jika boleh diputar waktunya,mahu sahaja dia memeluk erat gadis ini waktu dia difitnah.
Tidak disangka Rafael turut membawa keretanya laju persis dia tadi. Pergelangan yang tertoreh digenggam kuat bagi mengelakkan darah keluar dengan lebih banyak. Tetapi ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Gelang. Itu gelang pemberiannya. Dia sangka gadis itu sudah membuangnya kerana benci dengannya tapi dia silap, gadis itu masih menyimpannya bererti gadis itu masih menyayanginya. Ya Allah apa dia buat dahulu adalah satu kesalahan yang besar. Jika tidak pasti mereka sedang bahagia menjalani satu kehidupan diantara suami dan isteri. Belajar sama-sama,pergi ke kampus sama- sama.
"Ca,ca bangun sayang" muka yang kelihatan cengkung itu dilihat sayu.
YOU ARE READING
Cinta Coffee
RomanceCamelia gadis yang selalu mengaitkan dirinya dengan kopi. Gadis yang tidak mempunyai sesiapa sejak ibunya meninggal dunia sehinggala ia bercinta dengan abangnya sendiri. "Kadangkala pahit kehidupan saya lagi pahit berbanding air coffea tanpa gula" C...