"Dok,kenapa dengan dia ya?" Soal Rafael kepada doktor yang merawat Camelia.
"Boleh saya tahu awak siapa ya kepada Cik Camelia?"
"Saya tunang dia" tipu Rafael. "Oh,Cik Camelia cuma kekurangan air didalam badan,dia juga kurang berehat jadi saya harap encik dapat menyuruh tunang encik untuk berehat dan makan ubat yang disediakan" senyuman ikhlas diberikan oleh doktor itu. "Oh terima kasih doktor" doktor tersebut mengangguk dan terus meminta diri. Kaki terus melangkah memasuki wad yang diduduki Camelia.
"emm ibu"
"hey Camelia"bahu ditepuk perlahan oleh Rafael. Mataku cuba buka perlahan lahan,cahaya lampu yang menyelinap masuk menyukarkan aku untuk membuka mata,selepas dapat menyelesakan mata dengan keadaan sekeliling,muka Rafael yang menjadi tatapanku sekarang. "eh awak buat apa dekat sini?" Soalku perlahan. "I yang hantar you pergi sini,sebab tulah I ada dekat sini" aku hanya membalas dengan anggukkan.
"Awak ada air tak?hehehe" setelah sekian lama kami mendiamkan diri akhirnya aku mengutarakan soalan kepadanya,tekak terasa kering,entah berapa lama aku pingsan. "Ada,jap eh" tangannya lincah menuang air kedalam gelas, aku menyambut air yang dihulurnya dengan tangan kanan. "Nah" setelah habis meneguk air aku pulang kembali gelas kepadanya,badan masih lemah untuk meletakkan gelas tersebut dimeja yang berada tidak jauh dari katil milikku.
"Em I nak pergi solat ni,you ada nak apa apa lagi ke?" Soalannya dibalas dengan anggukkan. "Ada,saya pon nak solat juga" jawapku sambil tersenyum. "Oh kejap eh,I panggilkan nurse" aku hanya mengangkat jari berbentuk okey.
***
Tangisan kanak-kanak kecil itu telah meriuhkan keadaan taman bunga yang agak sepi didalam hospital ini, setelah kami berdua selesai solat,Rafael telah mengajakku ke taman,katanya biar dapat udara segar,aku hanya mengiakan sahaja. "Awak,terima kasih tau"ucapku tanpa menoleh kearahnya. "Untuk?"soalnya ringkas. "Sebab faham keadaan saya dan bawa saya kehospital,saya tak tahu nak balas budi awak macam mana"terangku sambil menunduk memainkan jari jemariku yang runcing. "Oh,it's okey,lagipun I buat dengan ikhlas"
"Saya ingat kisah kita cuma bertemu sekali,tapi tak sangka sekarang kita masih berhubung dan awak menyelamatkan saya pula kali ini,terima kasih berikan saya nasihat haritu" kepala ditoleh menghadapnya,senyuman manis menghiasi wajahku.
"Takdelah masatu I ada terfikir dia ni tak penat ke nangis,dua tiga kali juga I lalu depan you haritu,dan I rasa you tak sedar pon kan,so I belikanlah air macam nak habis je air mata you tu hahaha"
"Amboi amboi amboi, air mata mana boleh habis ish awak ni" dengan pantas aku mencubit lengannya yang berlapik baju kemeja. "Aduh aduh sakit,okey okey I tak gelak dah" adunya. Gelaknya masih bersisa.
"Oh ye,macam mana awak boleh ada dekat kampus saya eh?" Pandangan pelik aku berikan kepadanya. "Hehe I sebenarnya lecturer baru dekat situ,baru dipindahkan" terangnya ringkas. "Oh patutlah"
"Dahlah jom kita masuk bilik,dah nak maghrib ni"
"Em" aku hanya menganggukkan kepala dan Rafael segera menolak kerusi rodaku,dia tak benarkan aku jalan lagi,aih pelik betulkan pingsan je pun tapi kemain macam orang baru lepas operation.
***
Beberapa hari yang lepas aku telah dapat keluar dari wad,akulah orang paling gembira,siapa je yang tak gembira selepas dua tiga hari terperap dalam hospital tu. Dan seperti biasa aku dapat hadir ke kampus hari ini,sejak aku masuk perkarangan kampus ini,aku sedari banyak mata yang memandang kearahku,ada yang menjeling dan ada yang memandang sayu,tapi aku hanya mengangkat bahu sahaja.
Sesampai dikelas,aku terus meletakkan kepalaku diatas meja,tidak dihiraukan sama sekali dengan pandangan rakan sekelasku. "Oi perempuan"
"Oi,bangunlah" aku masih menghiraukan suara tersebut,selama ini tidak pernah ada yang menegur aku." Ish perempuan ni kan" tanpa sebarang tanda -tanda rambut aku yang lurus ditarik kuat kebelakang. "Argh" aduhku perlahan.
"Apani main tarik-tarik rambut,ish lepaslah" muka merah padam milik Damia aku jeling.
"Kau ni kan,tak pernah sedar dirilah,kau ingat dengan kisah kau tu kau boleh tarik perhatian semua orang ke,dari dulukan kau suka sangat meminta simpati dari orang lain" rambutku yang digenggam olehnya dilepaskan dengan kasar.
"Kau ni nak apa lagi Damia,aku malaslah nak bergaduh,tak puas lagi ke dengan apa yang kau dah buat dekat aku ha"dengan nada yang sayu aku berbicara kepadanya. "Memang,memang aku tak puas lagi,semua salah kau,dendam aku masih belum terbalas" giginya diketap dengan kuat,mukanya yang putih kelihatan merah menahan marah.
"Tak sangka kau masih menyimpan dendam,patutlah air sejernih air putih boleh hitam rupanya air putih tu dimasukkan serbuk coffee,Mia kau kene masukkan susu kedalam coffee tersebut barulah hidup kau tenang.
"Ish apa kau cakap ni,dari dululah tak habis-habis pasal coffea kau"
"Maksudnya,patutlah hati awak yang suci bersih tu boleh hitam rupanya awak dah letak dendam didalam hati awak,awak kene ikhlaskan semua tu baru hati awak tenang" satu suara garau telah menjelaskan dengan betul maksud ayat tersebut.
"Ye betul tu,eh"setelah sedar terus aku menoleh kearah suara tersebut. "Eh Encik Rafael" senyuman manis aku nerikan kepadanya,dia juga membalas senyuman aku kembali.
"Okey class please sit down,saya Muhd Rafael menggantikan Encik Syamsul,awak semua boleh panggil saya Sir Rafael"
YOU ARE READING
Cinta Coffee
RomanceCamelia gadis yang selalu mengaitkan dirinya dengan kopi. Gadis yang tidak mempunyai sesiapa sejak ibunya meninggal dunia sehinggala ia bercinta dengan abangnya sendiri. "Kadangkala pahit kehidupan saya lagi pahit berbanding air coffea tanpa gula" C...