"Ups"kertas yang dibasahi air mineral itu aku pandang tajam. Jari yang menggenggam pen aku genggam sekuat-kuatnya,aku dah penat tapi aku tiada daya untuk melawannya. Aku terus buat-buat mengabaikannya dengan terus menyambung tugasku dikertas yang lain. Dari sisi mataku,kelihatan dia duduk disebelahku. Terasa tangannya memeluk bahuku.
"kau nak apa?" soalku bersahaja. "Aku cuma nak cakap sorry sebab tak nampak pula ada kertas atas meja ni"
"ouh okey,aku cau lu" tangan lincah mengemas segalanya dari yang basah sehingga yang kering.
"wow sabarlah,laju-laju nak kemana?kau ingat aku datang jumpa kau ni saja-saja ke hah!" Rambutku yang diikat kuda ditarik lembut olehnya.
"apa" sabarku masih dapat dibendung.
"macam aku cakap,jauhkan diri kau dari Sir Rafael" rambut tadi yang digenggam kini bertukar menjadi elusan yang sangat lembut. "bukan aku tak cuba,dia yang datang dekat"jawabku tanpa secebis rasa takut pun.
"What do you mean,ha!" Rambut aku ditarik kuat olehnya,merintih pun tiada guna,dua orang kawannya hanya tersenyum sinis memandangku tanpa secebis rasa kasihan. Pelik,macam mana diorang boleh lahir tanpa rasa kasihan.
"Nothing,kau taknak masuk kelas ke,nanti sir kesayangan kau tu marah pula" ujarku.
"argh,ingat ya,sekali lagi aku nampak kau dekat dengan sir Rafael hidup kau memang bawah aku tapak kaki aku kejap lagi!" ugutan yang aku tidak sama sekali aku ambil berat,masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tanpa sebarang kata,kakiku dipijak dengan kasut tumitnya yang setinggi 5 inci.
"okeylah bye bye,jangan sampai masuk lambat ya" dia dan kawan-kawannya hanya gelak dan pergi meninggalkan aku keseorangan di taman bunga yang terletak ditengah-tengah kolej.
"Arghh,sakitnya"rintihku,jam ditangan dipandang sekilas tinggal lagi berapa minit sahaja sebelum kelas dimulakan. Dengan lafaz basmallah aku memulakan langkah dengan perlahan-lahan,terpaksa menahan sakit kerana tidak mahu masuk ke kelas lambat untuk sekian kalinya.
"Hey,awak okey?" Suara garau dari arah belakang memeranjatkan ku.
"Suara tu.."
YOU ARE READING
Cinta Coffee
RomanceCamelia gadis yang selalu mengaitkan dirinya dengan kopi. Gadis yang tidak mempunyai sesiapa sejak ibunya meninggal dunia sehinggala ia bercinta dengan abangnya sendiri. "Kadangkala pahit kehidupan saya lagi pahit berbanding air coffea tanpa gula" C...