Aku membuka dan menutup semula berulang kali kotak baldu yang dipegangku sejak dari tadi. Fikiranku menerawang kembali saat Rafael melamarku.
"Kawan apa sampai peluk-peluk!" Terhenjut bahuku saat ditengking kali kedua. "Awak ni kenapa!" Suaraku sudah naik seoktaf,pelik kenapa dia perlu menengkingku sedangkan kami tiada apa-apa hubungan. "Far,I cemburu Fara,kenapa you tak pernah faham I ha" diam itu sahaja yang aku mampu lakukan. "I sayang you,hati I sakit tengok you peluk-peluk dengan lelaki lain, Far please kita kahwin" walaupun hatinya bercampur baur tapi dia tak sanggup untuk melihat gadis didepannya disakiti oleh lelaki lain.
"kenapa awak nak kena marah saya,awak belum dengar pun kan penjelasan saya,dan lagi satu saya bukan sesiapa dalam hidup awak jadi saya berhak untuk berkawan mahupun berpelukkan dengan orang lain"Kaki yang sakit aku abaikan,aku menatap matanya dengan tajam. Tiba-tiba dia melutut dihadapanku,tangan dikeluarkan dari poket,tangannya kini memegang sekotak baldu yang berwarna merah sambil dihalakan kepadaku.
"Marry me" terkejut. Aku menekup mulutku,perasaanku bercampur baur,aku tidak tahu mahu memberi jawapan apa. "Bagi saya masa" jawabku ringkas. Wajahnya yang tadi terpancar cahaya kegembiraan kini bertukar menjadi keruh,tanpa kata dia mengangguk dan berdiri semula,tanganku dicapai kotak tadi bertukar tangan. "Kalau you terima you pakai kalau you tak terima you boleh pulangkan balik,tapi buat masa ni you jadi girlfriend I titik.Jujur diakui aku terkesan dengan semua perbuatan Rafael kepadaku,yang sentiasa mengambil berat tentangku,tetapi perasaan jatuh cinta itu tiada seperti terhalang dengan sesuatu tapi sesuatu yang tidak diketahui oleh diriku,mahu mengatakan diriku masih mencintai kekasih lamaku sebab itu aku tidak mencintai Rafael itu mustahil. "Haih"keluhku. Gambar tiga orang anak-anak kecil dimeja hujung bilik,ku pandang sepi. Kenapa dia sentiasa mahu menjatuhkanku sedangkan kami berkawan sejak kecil. Penat berfikir tanpa ku sedar mataku terlelap.
***
Aku meneguk perlahan secangkir kopi latte yang dihidangkan oleh pelayan cafe sebentar tadi. Hari ini aku tidak mempunyai kelas jadi sebelum masuk ke kerja semula aku membawa diriku ke cafe yang menjadi tempat kegemaranku pada saat aku masih bersekolah menengah,dulu berteman kini bersendirian. "Kopi yang baik,pasti menemui penikmat sejatinya" ujarku tenang saat melihat seorang pelanggan yang membuat muka saat meneguk kopi yang baru ditempahnya.
Baru sahaja ingin bangun untuk membayar air kopi tadi,tiba- tiba ada seseorang yang melanggar bahuku. Air yang dipegangnya tumpah terkena bajunya. Dengan segera aku meminta maaf atas kecuaianku. "Eh maaf maaf saya tak sengaja"
"ey apani,buta ke apa" tengkingnya sambil menyapu bajunya yang terkena tumpahan kopi tadi. Nasib menyebelahiku kerana saat ini tidak ramai jadi aku juga kurang malu apabila ditengking oleh gadis yang mungkin sebayaku. Saat gadis itu mengangkat wajahnya aku terkejut kerana dia, Damia. "oh kau rupanya patutlah dari dulu lagi butakan" katanya sinis,aku masih menyabarkan hatiku. "Maaf,aku tak sengaja" tuturku sopan.
"Macamtu je kau minta maaf,kau tahu tak baju ni mahal,lagi mahal dari yuran kampus lah!" Tanpa sempat aku mengelak air kopi yang berada ditangannya disiram kearahku,aku terus menutup wajahku dengan tanganku,tanganku kini merasakan panas. Air mata mengalir tanpa aku sedar. Tangan yang mulai memerah aku kibas dengan tanganku yang sebelah. "Woi!" Kedengaran suara seorang lelaki yang amat aku kenali. Semakin dia merapat dengan kami semakin gelisah wajah Damia.
"Kau ni tak habis-habis nak sakitkan Fara,kau sedar tak dia tu siapa,dia tu kawan dari kecil kau tau tak!"Airel melepaskan amarahnya yang lama terbuku,disebabkan perempuan di hadapannya dia kehilangan orang yang dia sayang,dia pun tidak tahu mengapa perempuan itu selalu menyakiti gadis pujaan hatinya sedangkan mereka bertiga bersahabat baik sejak kecil. "Dia kau kata kawan,kau tak tau apa yang aku rasa rel,heh okeylah i need to go,meet you again perempuan jalang" tangan Airel yang mahu menampar Damia akan tahan. Dengan pantas dia memegang tanganku yang terkena air kopi yang panas tadi,segera dia menarik tanganku keluar menuju ke keretanya.
"Kau tunggu sini kejap" aku hanya mengangguk dan melihat langkahnya sehingga hilang disebalik pintu kedai runcit itu. Tidak lama kemudia dia keluar dengan menjinjit beg plastik yang kecil. "Bak tangan kau" katanya sebaik sahaja masuk ke dalam kereta,tanpa banyak bicara aku terus menghulurkan tanganku kerana aku tahu dia mahu menyapu ubat gigi katanya bagi mengelakkan melecur semakin melarat,sejak kecil lagi kalau terkena air mahupun minyak panas pasti kami akan menyapu ubat gigi,ibu yang ajar.
"Thanks" ucapku setelah dia selesai menyapu ubat gigi ditempat melecur itu. "Jom aku hantar balik"
"eh tak payah"segera aku menolak pelawanya,bukan apa aku tidak ingin dia tahu bahawa aku berkerja,pasti akan dibebel olehnya. "Tapi..."
"Takpe kau hantar je dekat bus stop" pintasku.
"em okey"
YOU ARE READING
Cinta Coffee
RomanceCamelia gadis yang selalu mengaitkan dirinya dengan kopi. Gadis yang tidak mempunyai sesiapa sejak ibunya meninggal dunia sehinggala ia bercinta dengan abangnya sendiri. "Kadangkala pahit kehidupan saya lagi pahit berbanding air coffea tanpa gula" C...