Part 20

3 0 0
                                    

"Jadi betullah,perempuan tu perempuan simpanan kau" dia sama sekali tidak menoleh,masih leka membersihkan sabun ditangannya.

"Tak sangka eh,perempuan macam tu perempuan murahan,rasa jijik pula sebab pernah dekat dengan dia heh" dia masih menyabarkan diri dengan setiap ayat yang dikeluarkan oleh gerangan di belakangnya.

"Ada orang offer kalau nak rasa pergi je tapi takpelah macam sia-sia pula sebab dia dah jadi bekas orang"

"woi kau mulut tu jaga sikit eh!" Kesabarannya sudah ditahap terakhir,koler baju lelaki yang mencabarnya di genggam. "Ingat sikit eh,kau tu lecturer,kau kene jaga adab kau,ni tak sakit hati fitnah-fitnah,hei bro ingatlah sikit dunia dah moden orang pandai je edit gambar cuma orang bodoh macam kau je percaya bulat-bulat" genggamannya dilepaskan,kaki terus meluru keluar. Takut tidak dapat menahan tangannya yang gatal,dia sudah berjanji dengan seseorang yang dia tidak akan memukul lagi lelaki itu.

Kepala ditutup dengan hoodie yang dipakaiku,tidak lupa juga mask sebagai keselamatanku. Aku sedar dari tadi ramai yang memerhatiku sejak aku melangkah kedalam kampus ini lagi. Dan sudah tentu aku tahu fitnah itu sudah tersebar.

"wo wo wo,tengoklah perempuan jalang tu,pakai bukan main tertutup,asal badan penuh dengan lovebite ke?" Tali beg sandangku genggam kuat. Masih meneruskan perjalananku ke kelas.

Sampai sahaja didalam kelas aku terus meluru ke tempat dudukku dan meletakkan kepala keatas meja. Tidak sampai beberapa minit belakang badanku ditepuk tapi aku masih mengabaikannya.

"ish aku dengarkan Camelia jual diri,betul ke? Entah-entah fitnah je tu"

"entahlah,kau tak payahlah fikir,biarkan je nanti kita pula yang kene macam macam" bisikkan antara dua gadis didepanku melegakan hatiku,masih ada yang masih mempercayainya dia tidak berbuat demikian.

"CAMELIA" badanku terus menegak kerana terkejut namaku diseru dengan begitu lantang sekali. Setelah melihat gerangan yang memanggilku aku hanya mengeluh dan mengeluh.

"Ya sir"

"Kalau dah murah tu tak payahlah nak jual badan dekat kampus pula,siap tampal macam-macam dekat papan kenyataan" jujur aku terkejut, dada terasa sebak,malu tak usah dicakap,cukup malu aku rasakan. "Dahlah pergi keluar dari sini,kamu buang kertas yang kamu tampal tu!"

Terus aku berlari keluar,air mata juga ikut turun seperti hujan yang membasahi bumi saat ini. "Eh kejap-kejap" kaki yang melangkah tadi terus berhenti.

"Tak cukup ke papan tanda dekat sekolah ni sampai nak tampal dekat belakang badan sendiri" cukuo sinis dipendengaranku,tangan menggepal satu tumbukkan.

Gambar yang terlekat di papan kenyataan semuanya aku cabut,tangisan sudah pecah,malu apabila divuat seperti ini,yang lagi memalukan apabila ada gambar yang menyerupaiku turut terlekat dan gambarnya cukup besar dan jelas. Saat mencabut gambar-gambar itu ada satu tangan yang menggenggamku. "Ejalll" badannua dipeluk kuat olehku,aku sudah tidak tahan,penat hidup begini. "shuhh,takpe ca,nangislah okey,Im here for you sayang"

"Ejal,ca malu" aduku.

"Yeye Ejal tahu,nanti Ejal cari ya dalang dalam semua ni" tangannya mengusap lembut belakang badanku.

Setelah puas menangis,kami bersama-sama mencabut segala gambar yang berkaitanku. Jujur aku bersyukur sangat Airel datang kembali kehidupku walaupun dia pernah menyakiti diriku.

"Em Ejal,ca nak pergi kelas,ca tertinggal beg" ujarku kepadannya.

"Jom Ejal teman lepastu kita makan dekat luar nak?" Aku hanya menganggukkan kepalaku. Kami berdua hanya mendiamkan diri saat berjalan bersama-sama.

Cinta CoffeeWhere stories live. Discover now