"Rel" langkah lelaki didepannya dikejar. Semakin lama semakin pantas kaki orang handapannya.
"Airel" termengah-mengah dirinya mengejar langkah orang hadapannya. Bukannya apa dia tu perempuan,kalau nak dibandingkan dengan lelaki yang dikejarnya memang taklah. Stamina pun tidaklah kuat mana. Entah dari mana batu besar ni ada di situ,habis tersungkur dia dibuatnya.
"Aduhh" sempat juga dia menoleh kehadapan,tapi hampa lelaki tadi sudah hilang daripada pandangannya. Syukur kakinya tidak apa-apa, cuma lututnya sakit sedikit kerana terhentak dijalan tar itu.
"Huh" keluhan keluar dari mulutnya. Bukan dia tidak tahu apa mahunya perempuan yang kejar dia dari tadi. Nasib baik dia dapat lari dari perempuan tadi. Kepala disandarkan dikerusi kereta, penat menguasai diri. Di setiap pelusuk dia sudah berusaha mencari gadis kesayangannya,tapi hampa seperti sia-sia sahaja.
Tok tok
Terserentak dirinya apabila pintu keretanya diketuk dari luar,saat menoleh melihat gerangan yang menganggu dirinya, satu keluhan keluar juga.
Cermin kereta diturunkan dengan malas. Walaupun sudah tahu apa yang diingini gerangan tadi,dia tatp mengutarakan soalan yang agak bengap. "Apa kau nak?"
"emm... kau dah jumpa dia?" Soalan dibalas soalan. "Belum" wajahnya diusahakan untuk menunjuk riak dingin.
"Aku rasa aku tahu dekat mana" matanya terus memandang lelaki sebelahnya. "kenapa kau tak pergi sana terus?" Soalnya pelik. Ialah kalau dia tahu lebih baik di pergi tanpa memberitahunya. Jadi dia dapat jugalah menyimpan adik kesayangannya tanpa pengetahuannya.
"Aku bukan macam kau nak simpan dia sebab taknak kau jumpa dia" seperti tahu sahaja apa yang difikirannya.
"Then?"
"Aku lupa jalan pergi sana" riak wajahnya meyakinkan dirinya yang dia benar-benar lupa. Tapi yang peliknya, tempat apa yang dikatakan. Menipulah kalau tidak tahu selok belok sini.
"Rumah lama aku" tanpa menunggu soalan dari Airel, dia terus mengungkapkan jawapnya. Bagaikan ada renjatan elektrik, badannya terus tegak mendengar jawapan dari Rafael. Bagaimana dia tidak terfikir sekali dengan tempat itu. "Jom" pintu kereta terus dibuka manakala Rafael pula terpinga-pinga dengan ajakkan Airel.
"Ish cepatlah" enjin kereta sudah dihidupkan menandakan dia perlu segera kesana. Rafael tanpa banyak bicara terus berlari masuk duduk disebelah tempat pemandu. "Aik kereta kau mana?"
"Tu minyak habis hehe, nasib baik kau dekat sini" Rafael hanya tersengih menampakkan gigi. Airel pula sudah tergeleng-geleng mendengar jawap tadi.
Kereta dipandu laju, habis semua lampu isyarat merah dilanggarnya. Apa dia kesah, malam sudah tua ma, jalan pun sudah kosong.
"Wey Rel agak-agaklah, ya tahu nak ajal sama-sama dengan aku tapi nantilah tunggu aku minta maaf dengan adik aku lu" kecut perutnya melihat kereta yang dinaikinya bergerak laju membelah jalan.
"Waktu tuduh takde pula nak fikir semua ni"
Deep
Tersenyum sinis dia apabila orang disebelahnya terus diam. Nasiblah bakal abang ipar kalau tak dah lama humban dalam gaung sana.
Tidak lama selepas itu, mereka telah sampai kedestinasinya. Mereka berdua terus keluar dari kereta melihat keadaan rumah yang agak usang dan gelap gelita, tidak dapat menyakini mereka yang Camelia duduk menginap disitu.
"Haih, ca macam tak duduk sini je" hampa. Itu yang dirasainya, baru sahaja tangannya mahu membuka pintu kereta, tangan Rafael sudah menghalangnya. " kau tengok tingkap bilik Camelia dulu,terbuka"
"Jadi"
"Aku yakin ca ada dekat dalam bilik dia,jom"
Airel sudah redha sahaja,dia mengikuti langkah Rafael yang menuju ke pintu utama. Terkunci. Matanya mengikuti sahaja pergerakkan Rafael yang tertunduk-tunduk seperti mencari sesuatu.
"Aha" dawai yang dipegang Rafael dipandang pelik.
" kau nak buat apa....""Shuhhh, kau diam je,nanti jiran dengar karang" dipotong persoalan yang terpancuk dari bibir Airel, tidak sampai beberapa minit pintu yang terkunci tadi sudah terbuka. Berjaya.
Kakinya perlahan-lahan masuk menaiki tangga menuju ketingkat atas. Airel pula sibuk menyuluh disetiap penjuru dengan cahaya lampu dari telefon bimbitnya.
"Bismillah" tangannya agak menggeletar untuk membuka pintu didepannya, hatinya sejak tadi tidak merasa sedap dan semakin kurang sedap bila tangannya mahu membuka pintu bilik itu.
Tap
Dirinya berusaha mahu membuka lampu bilik itu tapi hampa, tiada sebarang elektrik yang ada. Agak merasa aneh kerana kakinya terasa seperti ada pasir yang memenuhi ruangan ini.
"Ada tak?" Sergah Airel. Dan saat itu terbeliak mata mereka berdua melihat seorang gadis yang terbaring kaku diatas katil di sebelah mereka. Yang lagi mengejutkan gadis itu adalah Camelia.
YOU ARE READING
Cinta Coffee
RomanceCamelia gadis yang selalu mengaitkan dirinya dengan kopi. Gadis yang tidak mempunyai sesiapa sejak ibunya meninggal dunia sehinggala ia bercinta dengan abangnya sendiri. "Kadangkala pahit kehidupan saya lagi pahit berbanding air coffea tanpa gula" C...