Part 9

2 0 0
                                    

"ca ooo ca,tunggulah ejal,ca" kaki terus mengorak langkah mengikuti langkah gadis dihadapannya. Tangan kiri yang dihayun kedepan kebelakang disambar oleh tangan besar milik dia.

"ish kau ni nak apa?" Bentakku.

"ca ni kenapa ,nak elak diri bagai,kaki kan tengah sakit tu nanti lagi teruklah,mari sini" tegas sahaja suara yang dilontarkan,genggaman tangan dikemaskan ditarik lembut tangan kecil milik aku menuju ke bangku kayu di tepi koridor.

Beg hitam dibawa keluar dari be sandang miliknya. Terkejut aku melihatnya,tidak disangka beg itu masih disimpan olehnya walaupun sudah beberapa tahun kami tidak bertemu mahupun bercontact. Dia melutut dihadapanku,kaki yang dipijak dibawa naik keatas lututnya. "Ada luka ni,aku sapu minyak tau" tanpa menunggu jawapanku tangannya laju menyapu minyak serta membalut kakiku katanya bengkak mungkin gara-gara terpelecok saat aku lari darinya. Tumbir mata terasa panas saat ini, aku rindu kami yang dulu. "Okey dah siap" ucapnya. Dengan segera aku terus menggosok mataku.

"ca oo ca"

"Ha"

"awat kau ni,mata masuk habuk ke?"soalnya kepadaku. "Em ah" bohongku.

"ish dia ni kan,sini aku tiupkan" tanganku ditarik,mata ku ditiup lembut olehnya. Makin laju air mataku mengalir. "Eh eh kenapa ni" tanpa kata aku terus ditarik kedalam pelukkannya. Ye aku rindu yang tersangat rindu sahabat kecilku,yang ada disaat aku susah mahupun senang,yang menyapu air mataku saat aku menangis,yang menutup mulutku saat tawaku seperti hantu, yang memaksaku makan ubat saatku sakit. "Rindu" sepatah kata yang cukup membuatkan dia sedar yang aku tidak boleh hidup tanpanya.

"I miss you too,sayang" makin kuat esakkanku taktala dia mengucapkan itu. Dulu aku mengingati dirinya sangat membenciku hingga sanggup pergi meninggalkan diriku sendiri. Saat itu hidupku kosong,tapi syukur ibu sempat pulih saat itu.

Namun disaat kami sedang melepaskan rindu diantara satu sama lain,ada sepasang mata yang telah menyaksikan kami tapi disedari. Kamera phone dibuka,gambar berpelukkan ditangkap olehnya,senyuman sinis menghiasi wajahnya.

"Ish tepilah,sekarang dah pukul berapa?" Tanyaku kepadanya.

"Pukul 10:25"jawabnya ringkas.

"What!!"

"Ey kau ni rilex ah,asal?"

"Wey wey aduh,dah nak habis waktu dah ni,nanti sir aku marah siot" jelasku gelisah. Bukan boleh agak mood orang tu.

"Alah kau ponteng jelah,lagipun bukan sengaja,nah tisu" tangannya menghulurkan beberapa helai tisu ke arahku.

"Banyaklah kau ponteng,kau pun ponteng juga ah ni eh?"

"Hehe,takpe aku budak baru lecturer pun belum cam muka aku" mukanya menunjukkan lagak sombong kerana boleh skip kelas tanpa dimarah.

"Ish tak aci betullah" rajukku.

"Dah dah kau buat selamba je,jom makan aku lapar ni" mukanya dibuat-buat comel seperti dahulu.

"Kau ni makan je keje,entah entah perut tu dah buncit dah"aku menjongkey kedua-dua belah keningku.

"eh eh eh,jaga sikit mulut kau tu,dah jom"tanpa sebarang kata dia terus memegang bahuku untuk memberikan bantuan. "Kaki tu letak macam biasa"

"Tapi.." dia terus memandangku tajam,dengan teragak-agak aku meletakkan kakiku yang dibalut keatas kakinya sebelah kiri. Aku hanya menahan malu saat bertembung dengan orang lain.

Cinta CoffeeWhere stories live. Discover now