Part 15

3 0 0
                                    

Kakinya dari tadi tidak berhenti berjalan,sibuk mundar mandir dihadapan bilik itu. Dia terpaksa membawa Camelia kerumahnya kerana dia pasti Rafael akan pergi kehospital mencari Camelia. Nasib baik doktor peribadinya berada dirumahnya saat saat gentinh begini. Pintu dibuka dari dalam,Airel terus meluru kearah doktor peribadinya.

" macam mana dengan dia dok?" Soalnya tidak menyabar. " dia baik-baik sahaja,nasib baik awak sempat membawanya kesini, atas pemeriksaan saya Camelia bukan sahaja terhantuk tetapi dia juga hampir lemas mungkin ada yang cuma melemaskannya,dan lagi satu banyak bekas-bekas seperti didera" panjang lebar doktor itu menjelaskan keadaan Camelia.

Terkejut Airel saat terdengar perkataan didera,setahunya Camelia tinggal bersendirian. "Oh okeylah terima kasih dok" kami berdua bersalaman sebelum doktor peribadinya pergi. Pintu bilik dibuka perlahan-lahan,wajah pucat gadis itu dipandang sayu,punggungnya dilabuhkan dikerusi kecil disebelah katil yang menempatkan Camelia. Tangan kanan gadis itu diambil dan digenggam lembut olehnya.

"Ca,what happen to you ca,kenapa banyak sangat yang Ejal tak tahu ni ca,im so sorry sebab tinggalkan ca dulu" tangan yang berada digenggamannya dicium.

"jal,tak manis nak berdua-duaan didalam bilik,Ejal pergilah rehat dulu sana" satu teguran telah menyedarkan Airel yang sibuk termenung,kepalanya dianggukkan. Sebelum dia keluar sempat juga dia mencium ubun-ubun milik Camelia. Dicium penuh kasih sayang,kasih sayangnya sejak dulu tidak pernah berkurang.

***

Stereng kereta dihentak dengan kuat,tangannya mengusutkan rambutnya yang elok terletak. Nombor telefon yang sama didail berulang kali,tetapi tetap sama tidak diangkat sama sekali.

"Airel" bibirnya diketap menahan amarah,dia pasti Airel menyorokkan Camelia agar dia tidak dapat bertemu dengannya. Setelah amarahnya berkurang dia memutuskan untuk pulang kerumah. Dia akan mencari Airel sehingga jumpa. Telefonnya berdering saat dia menghidupkan enjin keretanya. Terukir senyuman diwajahnya kerana disangka yang menelefonnya Camelia. "Hello" wajahnya kembali muram apabila mendengar suara disebalik sana, ditilik namanya.

"assalamualaikum papa,ada apa call ni?" Tanyanya sopan,anak mithali kan. "oh okey kejap lagi Raf balik" talian dimatikan. Semakin kusut fikirannya apabila papanya menelefon dirinya kerana ada hajat. Hajat yang sangat besar dan memerlukan pengorbanan Rafael. Hatinya gusar,masih bingung dengan perasaan dirinya. Dia tidak mencintai Camelia tetapi ada satu perasaan yang muncul saat dia dekat bersama Camelia. Perasaan yang lama dia pendam dan kini ia datang kembali. Kepala digeleng bagi menghilangkan keserabutan yang difikirkannya. Kereta dipandu laju olehnya menuju kerumah.

Cinta CoffeeWhere stories live. Discover now