Part 16

3 0 0
                                    

Kepala digeleng-geleng berulang kali,peluh membasahi dahinya walaupun keadaan dibilik itu agak sejuk kerana penghawa dingin di hidupkan. Mimpi yang menerjah masuk tidurnya membuat dirinya merasakan kesengsaraan yang dialaminya sejak kecil. "NO!" Mata terbuka besar, sebak didada tidak dapat ditahan. Telinga ditutup dengan kedua-dua telapak tangannya. Esakkan kecil mulai memecahkan kesunyian ditengah malam.

"Ca..." pintu dibuka dari luar. Dek terkejut dengan jeritan tadi,pantas dia berlari mendapati gadis di kamar sebelahnya. "Jal" mata yang berair bertatapan dengan mata yang baru bangun tidur. "hei kenapa ni" punggung dihenyakkan duduk bersebelahan dengan Camelia. Tanpa sebarang kata,Camelia laju memeluk tubuh Airel yang duduk disebelahnya. Pada awalnya Airel agak terkejut tapi lama kelamaan tangannya mulai mengelus lembut kepala gadis itu. Itu yang sering dilakukan jika gadis itu menangis. Pelukkan yang sudah lama dia rindukan.

"Ca,kenapa ni sayang?" Tanyanya lembut. Dagu gadis itu dipegang dan didongakkan agar matanya dapat menatap wajah itu. " ca takut" esakkan kecil masih kedengaran,bahu terhinjut-hinjut mengikuti irama tangisan. "Hey, kau cuma mimpi buruk je,tenang je okey,jangan risau takkan ada sesiapa yang dapat sentuh kau lagi" aku hanya mengangguk sahaja,terasa lega walaupun belum meluahkan segalanya. "Okey sekarang,ca tidur balik okey" selimut ditarik sehingga ke perutku. Tangan kasarnya aku pegang, "teman ca" sayuku berbicara.

"Okey,sekarang baca doa tidur dulu then pejam mata".

***

Seminggu berlalu dan kelibat Camelia masih belum kelihatan,apatah lagi kelibat Airel di kampus. Makin risau dibuatnya apabila tidak mendengar langsung khabar angin tentang Camelia. Hendak bertanya dengan kawan-kawan Camelia macam mustahil sebab Camelia mana mempunyai kawan.

File yang berterabur segera dikutip,semasa dia berjalan tiba-tiba sahaja ada yang merempuhnya dari belakang. "Er sorry saya tak perasaan tadi" lelaki yang berhoodie didepannya dipandang tajam,seperti kenal. Tudung hoodie yang menutup wajah itu ditarik kebelakang. "Airel"

"Okey saya gerak dulu" Airel terus memulakan langkah,menyesal dia berhenti kalau tahu itu Rafael sudah lama dia biarkan sahaja,cara bala betullah.

"Airel,cakap dengan aku sekarang mana kau sorok Camelia!" Bergema suara Rafael dilorong itu, asib baik tidak mempunyai sesiapa disini. "Manalah aku tau,dah aku cau" tangannya kembali digenggam. "Seminggu kau sorok dia,kau tak puas lagi ke,entah-entah kau buat dia jadi perempuan simpanan tak ye" sinis sahaja kedengaran ditelinga Airel.

"oi kau agak-agaklah nak tuduh,kalau betullah kau kenal Camelia,kau takkannya cakap macamnilah bodoh!"suaranya sudah meninggi,cukup pantang baginya apabila ada yang merendahkan maruah seorang perempuan,kalau diri dia yang dituduh pasti dapat dikawal lagi sebab dia lelaki.

"Kalau macamtu bagitahu lah aku apa susahnya"

"heh,kau ingat aku bodoh ke,mana tahu lepasni bila kau jumpa Camelia kau sakitkan hati dia dengan mulut kau yang tak insurans pula" sindiran dibalas kembali. Melihat keadaan lelaki didepannya mendiamkan diri,dia terus berlalu pergi,malas mahu menghadapnya lagi.

***

Sudah seminggu dia menginap dirumah ini,naik bosan sudah. Mahu pulang tidak sama sekali dibenarkan oleh Airel. Difikirannya sekarang,bagaimana dengan kerjanya serta kerja dikampus,pasti sudah banyak yang dia ketinggalan. Pintu bilik dibuka untuk mengintai sama ada nenek Airel dudum diruang tamu ataupun tidak.

Jam didinding dikerling tinggal lagi dua jam sebelum Airel balik. Dengan perlahan-lahan dia mencuri keluar dari rumah ini. "hemmm huh"lega hatinya dapat menghirau udara segar, kebetulan pada waktu itu ada bas yang berhenti diperhentian bas yang dia duduki,tanpa ragu-ragu segera dia menaiki bas itu.

Cinta CoffeeWhere stories live. Discover now