Part 21

5 0 0
                                    

"Eh ca,Ejal nak pergi belakang kejap eh" aku hanya membiarkan dia dan mengemas apa yang patut,barangku berselerak atas meja walaupun tadi aku meninggalkan begku tanpa mengeluarkan sebarang barang mahupun buku.

Pintu yang dibuka dari luar aku pandang pelik,kerana selalunya hari selasa kelas kami hanya diguna sekali sahaja,apabila melihat gerangan yang membuka pintu,membara terus api kemarahanku. Aku yakin dia yang membuat fitnah ini.

"Pewitt,awek lorong ada dekat sinilah" katanya sambil bergelak bersama dua orang kawannya. Tanpa sebarang kata,aku terus berjalan meluru kearahnya. Aku terus menolak bahunya dengan kuat sehingga dia terundur ke belakang. "Kenapa kau sanggup buat macamni dekat aku hah!" Soalanku hanya dibalas dengan gelak tawanya sahaja.

"Apa salah aku?dari dulu kau buat macam ni sedangkan aku tak pernah buat apa-apa pun dengan kau" cukup sayu aku berkata kepadanya,jujur aku penat hidup dalam dunia yang hitam ini. Dari kecil aku merasakan semua ini.

"Kau nak tau tak sebab apa?" Soalnya sambil menunjal-nunjal kepalaku.

"Sebabnya aku benci tengok kau senyum,macam-macam aku buat tapi kau masih senyum,kau nak tahu tak kenapa aku tetiba nak rapat dengan kau dulu waktu kecil, sebab aku takde kawan sedangkan kau ramai kawan. Aku pergi mana-mana semua cari kau. Aku rimas tahu tak!  Semua taknak layan aku bila kau tak datang sekolah, termasuk Airel juga. Naik sekolah menengah aku jeles sebab Airel lebihkan kau,manjakan kau. Aku suka dia yes betul,aku luah dekat dia,tapi kau tahu tak dia tolak aku mentah-mentah semua sebab kau!" Terduduk aku apabila mendengar ceritanya,jujur dia tidak sama sekali perasan kawannya terasa hati dengannya.

" hari-hari cikgu puji kau. Sedangkan aku result sama je dengan kau tapi cikgu tak pernah pandang aku. Dan kalau kau nak tahu,aku memang sengaja lukakan diri aku waktu tu tak sangka pula Airel percaya macam sir Rafael percaya aku sekarang" dia menghadiahkan senyuman sinis kepadaku.

"Oh ya ingat tak majikan kau eh ops bekas majikan kau, diaorang aku yang bayar biar dera kau,pasal hampir kene rogol tu pun aku yang suruh, dan pasal berita kau sekarang ni pun aku yang sebar, panas telinga aku bila orang puji kau,kau duduk dian pun orang puji. Sekarang aku nak diaorang tu tahu kau tu cuma perempuan miskim tak sedari diri je" tumbir mata sudah memanas,tidak disangka yang dulunya kawan kini menyebar fitnah dan seorang pembunuh.

"Kau silap Mia,sepatutnya aku yang berdendam,sepatutnya sekarang kau yang rasa apa yang aku rasa sekarang" tangan mengesat air nata yang mengalir,pandangan dihala keluar jendela melihat hujan yang masih membasahi bumi.

" dulu hari-hari aku kene marah dengan ayah aku, aku dipaksa belajar sampai lewat malam dia kata biar aku ni pandai,tak membazir duit dia hantar aku pergi sekolah. Dan sebab kau,abang aku hilang semata-mata nak selamatkan kau dari penculik tu,kalau aku tahu sekarang kau balas macam ni memang aku takkan suruh abang aku selamatkan kau" Lagi sekali air mata membasahi pipiku,haih penatlah nangis je.

"Ayah aku,papa kau,huh" senyuman kelas terukir.

" dari kecil sampai naik sekolah menengah,ayah aku tak pernah hantar aku pergi sekolah, pagi-pagi lagi dia keluar,nak tahu tak dia pergi mana? Dia pergi rumah kau,dia sarapan dekat sana,dia hantar kau hari-hari. Setiap hari aku fikir, bila agaknya aku nak rasa kasih sayang dari seorang bapa? Bila agaknya aku dapat jadi kau yang sentiasa disayangi oleh seorang bapa, tapi aku masih syukur ibu masih sayang aku. Kau cakap result aku baik,cikgu puji aku, tapi kenapa ayah marah aku,dia pukul aku sedangkan markah aku lagi tinggi dari kau, tapi kau datang-datang sekolah je cakap,papa kau belikan hadiah sebab dapat result yang baik. Ayah tak jamah pun makanan ibu aku,dia balik pun bila dia mabuk,kalau dia mabuk hari-hari ibu aku kena pukul."Mata menjamu pandangan diluar untuk menenangkan diri.

"Aku sedar kau cuba tarik perhatian Airel waktu kitaorang couple,hari-hari kau buat apa yang aku buat lepas aku bagitahu kau. Sampai sutu haritu aiu tahu kau suka Airel aku minta putud dengan dia sebab apa,sebab aku taknak kita berdendam,aku taknak sebab lelaki aku hilang kawan. Tapi tak sangka kau fitnah aku,cakap aku lukakan kau sebab aku kata dekat kau,yang kau nak rampas Airel. Kau nak tahu tak siapa yang selamatkan kau hari last spm, aku yang tolak kau,dan akhirnya aku yang dilanggar  motor besar tu,kaki aku hampir patah Mia,semua sebab kau" tangan kuat menggenggam besi tingkap kelas.

"Camelia a... aku"

"Mia kau jangan tertipulah dengan dia,rilex ah benda dah lepas" hasutan dari kawannya menyebabkan Damia mengaku sesuatu yang tidak dijangka aku sama sekali.

"AKU YANG BUNUH MAK ENGKAU!" Cukup lantang dan cukup jelas dipendengaranku. Aku terus meluru dan melempang wajahnya,turun naik nafasku apabila mendengar ayat itu. "Kau pembunuh,kau pembunuh,kau pembunuh" berulang kali aku mengulang ayat tersebut sambil menolak badannya. Segala yang bermain difikiranku menyebabkan aku menolaknya kuat sehingga dia jatuh tersembam kelantai,kakinya juga seperti terseliuh kerana dia mengenakan heels. Dan pada waktu yang sama Rafael memasuki kelas tersebut.

"CAMELIA"

"Ca jom" tanganku segera ditarik oleh Airel yang entah dari mana dia datang. Wajahnya tampak kemerah-merahan tidak tahulah sebab apa. Aku tidak sama sekali menoleh kebelakang memandang Rafael yang menolong Damia.

Cinta CoffeeWhere stories live. Discover now