"Aduh" kepalaku mulai memening,terasa seperti ada cecair yang mengalir dari dahiku,darah. Pandangan mulai kabur perkara terakhir yang aku nampak adalah Puan Syida tampak gelisah.
"Hello"
***
"Doktor,macam mana dengan tunang saya?" Soalnya gelisah.
"Dia tidak apa-apa cuma ada benda yang pelik berlaku dekat dia ke encik?" doktor Amin menyoal semula. "Benda pelik?"
"Ya betul,badannya terdapat beberapa kesan lebam,mukanya kalau diperhatikan betul-betul pun encik dapat sedar ada beberapa kesan luka seperti digores pisau" terang doktor Amin panjang lebar.
"Ya Allah saya tak sedar pula,sebab kami sudah lama tidak bersua muka"
"Oh begitu,okeylah encik saya pergi dulu ya,kalau ada apa-apa panggil je" doktor Amin terus melangkah pergi,keadaannya yang kemas tadi kini tampak serabut. Kaki dituju kearah gadis yang sedang terlantar diatas katil itu. Mukanya ditilik,ya betul apa yang doktor Amin katakan,mukanya terdapat kesan seperti dipukul dan digores.
"sayang,kenapa sampai macamni sekali"suaranya kedengaran kendur sahaja,tidak sanggup menatapi lagi wajah gadis yang amat disayanginya. Ya dia sayang akan gadis tersebut tapi perasaan itu berbelah bagi,kadangkala keputusannya mahu mengahwini gadis tersebut seperti salah tapi dia tidak sanggup melihat gadis itu terus terseksa.
"Saya ingat kehidupan saya macam coffee,gelap,pahit. Tiada seorang pun yang boleh memahami nikmatnya minum air pahit itu,penat si pembancuh seperti sia-sia" ayat yang pernah diluahkan oleh gadis itu telah membuatkan dirinya lemah. "You ada I,I akan cuba fahami diri you,I cuma nak you sabar je,kehidupan you tak gelap seperti yang you sangka pun sayang" kepala gadis itu dielus lembut olehnya.
***
"Em nak"
"Ya ayah" lembut sahaja bicara si anak.
"Kita pergi hospital boleh?" Pandangannya masih memandang kearah lebuh raya yang sibuk itu.
"Kenapa,ayah sakit ke?" nadanya sudah bertukar cemas.
"Bukan,ayah cuma nak lawat seseorang je,bolehkan?"
"em kalau macamtu,bolehlah" signal diberi,stereng dipusing belok kekiri.
"Ayah turun dulu,Niel nak cari parking dulu"
"Okey"
Pakcik Adam terus mengorak langkah menuju kearah wad seseorang,saat berjalan tidak sewena-wenanya dia terlanggar bahu seseorang saat dia sibuk memerhatikan keadaan sekeliling.
"Eh pakcik,maaf maaf" walaupun bukan salah anak muda itu,ia tetap meminta maaf,mungkin sekadar menghormati mereka yang sudah tua.
"Tidak mengapalah nak,eh anak ni yang ambil Camelia tadi ke?" Terpancul soalan tersebut apabila dapat mengecam anak muda yang barusan dilanggarnya.
"Oh ye haah,pakcik yang angkat call saya ya tadi?"
"Ya betul,ni pakcik nak melawat dia" senyuman masih menghiasi wajah tuanya.
"Oh,jomlah jalan dengan saya,saya pon nak pergi jenguk dia ni"
Pakcik Adam hanya mengangguk dan mengikuti langkah anak muda tersebut. Saat melangkah masuk kedalam wad,sayu hati tuanya melihat keadaan gadis yang sentiasa menolongnya dalam keadaan lemah,lagi lemah hatinya apabila mengingati keadaan dimana sebelum gadis itu tidak sedar diri lagi. Begitu kejamnya orang tua pada zaman sekarang,bagaimanalah orang yang lebih muda mahu menghormati mereka yang lebih tua kalau mereka yang lebih tua pun tidak menghormati yang lebih muda. Kadangkala apabila mengingati anaknya yang bongsu itu,dia sendiri sedih mengapa anaknya tidak menhormatinya sedangkan dulu saat anaknya masih kecil diberi penuh kasih sayang,kemahuannya turut diikuti,adakah dia kurang bertegas sehingga anaknya tidak menghormati yang lebih tua. Paling ditakuti adalah apabila cucu mereka melihat apa yang berlaku,takut apa yang berlaku sekarang bakal berlaku pada masa hadapan.
YOU ARE READING
Cinta Coffee
RomanceCamelia gadis yang selalu mengaitkan dirinya dengan kopi. Gadis yang tidak mempunyai sesiapa sejak ibunya meninggal dunia sehinggala ia bercinta dengan abangnya sendiri. "Kadangkala pahit kehidupan saya lagi pahit berbanding air coffea tanpa gula" C...