CAPÍTULO TRES 👠

21.2K 1.1K 27
                                    

"Be my partner."

Terjungkit kening Hunter sebelah apabila gadis itu menyuakan hasratnya.

"Why?"

"Sebab papa I suruh I pergi ke majlis kahwin sepupu I dan I tak boleh pergi ke sana sendirian.. Papa I selalu tanya pasal kahwin so I need you to pretend as you are my partner. Sehari je. I janji." Kata Quinn Davieka sambil mengangkat sebelah tangannya.

"Heh, semalam bukan main kasar harini pandai pula cakap lembut lembut." Perli Hunter. Quinn Davieka merengus.

"Hei.."

"Apa yang aku akan dapat kalau aku ikut kata kau? Dan dalam ramai ramai orang atas bumi ni, kenapa aku?" Soal Hunter sambil menjongketkan keningnya. Quinn Davieka berdecit.

"You know who I am, Hunter. You ingat papa I akan izinkan I bercinta dengan orang biasa biasa? Semua family I pun orang bangsawan. So, please?" Soal Quinn Davieka separa merayu.

"I repeat, apa yang aku akan dapat kalau aku ikut kau?" Soal Hunter.

"Apa apa sahaja yang you nak. Duit?" Soal Quinn Davieka. Hunter tergelak kecil dan memeluk tubuh. Kepala digelengkan perlahan. Naif juga gadis panas baran ni rupanya.

"I want..." Tubuh Quinn Davieka dipandang atas bawah.

"You." Ujar Hunter. Quinn Davieka tercengang.

"What?" Soal gadis itu. Hunter nak dia? Untuk apa? Untuk bunuh dia ke?

"Lembab juga kau ni. Ingatkan bijak sangat." Ujar Hunter sambil bangun dan melangkah pergi. Quinn Davieka tercengang. Perlahan lahan nafasnya dihela.

Namun bibirnya tersenyum sinis.

"Play hard to get, I see. Tapi aku Quinn Davieka lah. Apa yang aku nak, tak ada sesiapa berani tolak." Ujar Quinn Davieka sebelum beg tangannya diambil.

***

"Arghh!" Jerit Hunter terkejut apabila melihat seorang gadis sedang santai berbaring di atas katil suitenya.

"How did you get in here?" Soal Hunter pelik. Quinn Davieka menyilangkan kaki.

"Because I'm Davieka." Kata Quinn Davieka sambil tersenyum nipis. Hunter mengeluh dan melangkah ke almarinya. Rambutnya yang basah dilap. Gila lah perempuan ni. Main masuk je bilik lelaki. Nasib baik dia tidak berbogel sewaktu keluar dari bilik air.

"But you said you're Quinn. Not Davieka." Hunter memandang si gadis sekilas.

"Dua dua nama I. Tapi dekat Spain nanti you panggil I Davieka. Sebab orang yang rapat semua panggil I Davieka."

"Habistu yang tak rapat panggil apa?" Soal Hunter. Dia memakai t shirt hitam dan mencari seluarnya.

"Madrina." Kata Quinn Davieka. Hunter angguk.

Madrina adalah nama panggilan untuk ketua. Pastinya gadis ini adalah ketua yang dihormati.

Quinn Davieka menoleh kepalanya ke arah lain apabila Hunter dengan selamba badaknya memakai boxer dihadapannya.

"Tahu takut." Ujar Hunter sinis. Seluarnya dipakai dan dia menyangkut tuala tadi. Quinn Davieka kembali menoleh ke arah Hunter yang melabuhkan punggung di atas katil sebelahnya.

"Why are you here? In my room." Soal Hunter sambil merenung wajah Quinn Davieka. Wajah mereka dekat dan nafas mint kedua duanya hampir bersatu.

1 |   QUEEN'S   [C]Where stories live. Discover now