CAPÍTULO VEINTIDÓS 👠

13.8K 976 27
                                    

"RUKUN Islam?" Soal Hunter pelik sambil melihat buku di tangannya.

"Rukun ni apa?"

"Rukun ni adalah ibadah yang wajib dilaksana kan oleh semua orang Islam mengikut syaratnya untuk menggambarkan imej muslim sejati." Terang atuk.

Terangguk angguk dua anak muda itu.

"Mengucap dua kalimah syahadah.. Solat lima waktu.. Banyaknya." Ujar Franky. Hunter meneliti buku itu sehingga ke muka surat seterusnya tanpa mempertikaikan sebarang fakta.

"Zakat?"

"Zakat ni ibadat dengan cara mengeluarkan harta dengan kadar dan syarat tertentu. Zakat ni ada dua, zakat fitrah dan zakat harta." Ujar atuk.

"Atuk." Hunter memandang lelaki tua dihadapannya.

"Macamana atuk boleh yakin Allah tu wujud sedangkan kita tak nampak dia?" Soal Hunter.  Atuk tersenyum nipis.

"Sebab turunnya Al Quran menceritakan semua tentang Allah dan para nabinya. Allah juga dah cerita tentang masa depan bumi di dalam AlQuran dimana suatu hari nanti akan berlaku hari yang paling digeruni iaitu Hari Kiamat. Kamu berdua tahu baca AlQuran?" Soal atuk. Serentak Hunter dan Franky menggeleng. Atuk tersenyum nipis dan mengambil AlQuran di atas almarinya kemudian dia kembali bersila di hadapan mereka.

"Ini, AlQuran. Istimewanya Al Quran ini ialah dia hanya boleh dipegang jika seseorang itu berwudhu'."

"Wuduk?"

"Wudhu'. Cuba tengok dalam buku panduan yang atuk bagi tu. Ada maksud wudhu dan cara cara melaksanakannya."

"Oh.."

***

HUNTER menghirup air teh suamnya sambil duduk di atas buaian kayu yang dibuat sendiri oleh atuk. Matanya memandang sekeliling namun apa yang dia nampak hanya satu.

Quinn Davieka.

Kepala ditundukkan dan nafas kecil terhela. Air matanya bertakung dan mula menitis perlahan.

"How can I go through this without you?" Bisik Hunter. Sakit. Kenapa Quinn Davieka perlu pergi seperti ibunya? Lama kelamaan, tangisannya mula bertukar esakan.

Tiba tiba bahunya digosok perlahan. Hunter mengangkat kepala.

"Bro.. Janganlah macamni." Ujar Franky. Hunter mengelap air matanya dan memandang ke arah lain.

"Setiap benda atas dunia ni takkan kekal. Kau kena belajar untuk melepaskan."

"I can let go everything, but not her." Bisik Hunter sebelum air matanya kembali turun. Franky tersenyum nipis. Siapa sangka, seorang Hunter boleh jatuh cinta sehingga begini? Jika dahulu, air matanya tidak pernah menitis walau setitik pun di hadapan sesiapa, tetapi sekarang Hunter hanya menangis.

Kerana seorang gadis yang dicintai.

"I'm tired." Ujar Hunter sambil bangun dan melangkah longlai ke dalam rumah. Franky mengeluh. Dia tidak suka abangnya menjadi murung sebegitu. Tetapi untuk menceriakan Hunter kembali itu tidak mungkin kerana penyebab Hunter ceria sudah tiada.

Hunter melihat suasana rumah pula.

"Hunter.." suara lembut itu kedengaran. Hunter tersenyum nipis. Tidak dinafikan bayangan Quinn Davieka selalu hadir seolah olah hologram. Tapi dia tahu itu hanya imaginasinya sahaja.

"Queen."

"You rindu I kan? I rindu you juga." Suara itu berbunyi lagi. Hunter melihat Quinn Davieka yang semakin mendekat dengannya.

1 |   QUEEN'S   [C]Where stories live. Discover now