CAPÍTULO VEINTIOCHO 👠

13.9K 803 53
                                    

SUHU pendingin hawa yang rendah membuatkan Quinn Davieka masih diulit mimpi. Hunter melihat si gadis yang lena dan dia menaikkan suhu pendingin hawa itu.

"Davieka.. Wake up." Bisik Hunter sambil menarik lembut selimut yang menyelimuti tubuh Quinn Davieka. Gadis itu merengek apabila lenanya diganggu dan kembali memejam mata.

"So cute." Gumam Hunter sambil melepaskan tawa kecil apabila Quinn Davieka yang lena dalam keadaan meringkuk seperti koala yang berlindung dari musim sejuk.

"Davieka, hey. Wake up. Aku kena pergi kerja ni." Ujar Hunter lagi. Jam ditilik. Sudah pukul 7.59 dan mungkin dia akan lewat ke pejabat.

Quinn Davieka menggeliat dan membuka mata. Terkelip kelip dia memandang muka Hunter.

"Kenapa you ada disini?" Soal Quinn Davieka.

"Kau pengsan semalam. Don't worry, aku tak tidur dengan kau. Ada bilik lain dalam rumah aku ni." Ujar Hunter.

Quinn Davieka bingkas bangun dan melihat seluruh bilik yang diduduki sekarang.

"Aku belikan breakfast. Nanti panaskan je." Hunter bersuara. Quinn Davieka angguk. Kemudian dahinya berkerut.

"Apa you panggil I tadi?" Soal Quinn Davieka. Hunter mengerutkan dahi.

"Davieka. That's your name, right?" Soal Hunter. Quinn Davieka menunduk seketika sebelum mengangguk. Bibirnya mengukir senyum nipis dan dia mula bangun.

Quinn Davieka ingin keluar dari bilik itu namun Hunter berdiri dihadapannya.

"Petang nanti kita jumpa lagi." Ujar Hunter.

"Kenapa you nak jumpa I?" Soal Quinn Davieka. Hunter tersenyum.

"Because I would be missing you later. Bila aku jumpa kau, rindu aku pun terubat."

"Merapu." Ujar Quinn Davieka sambil menolak lelaki itu dan berlalu keluar. Nasib baik Hunter tidak menghalangnya untuk keluar.

***

"LATE, huh?" Soal Franky sambil tersenyum nakal melihat Hunter yang agak kelam kabut menyediakan bahan untuk mesyuarat sebentar lagi. Itulah, datang lewat lagi.

"Kau ada buat apa apa ke dengan dia?" Soal Franky teruja apabila mendapat tahu Hunter membawa Quinn Davieka pulang bermalam di kediaman jejaka itu semalam. Hunter menghela nafas.

"Stop being an asshole and help me to prepare this." Ujar Hunter. Franky mencebik dan menolong Hunter. Mereka masuk ke dalam bilik mesyuarat 15 minit lewat.

Selepas mesyuarat, Hunter menyandarkan kepala di kerusi pejabatnya. Otaknya melayang mengingat wajah Quinn Davieka.

"Betul ke nama dia Davieka? Kenapa lidah aku kekok nak sebut nama tu?" Soal Hunter sendirian. Dan dia juga perasan wajah Quinn Davieka agak berubah apabila dia memanggil gadis itu dengan panggilan Davieka.

"Davieka.." Gumam Hunter perlahan kemudian dia menggeleng.

"Its really unfamiliar to me." Ujar Hunter lagi. Jangan jangan Franky berbohong padanya? Tetapi kalau Franky menipunya, bagaimana pula dia boleh rasa selesa dengan gadis itu?

"Shit. She really is. What the fuck is wrong with me?" Ujar Hunter sambil ketawa memikirkan bagaimana dia boleh mencurigai Quinn Davieka sedangkan sejak semalam hanya gadis itu sahaja di dalam kepalanya sehingga susah dia ingin tidur.

"Someone is in love again, huh?" Soal Franky sambil memanjat meja kerja Hunter dan duduk di situ.

"How was last night? Great?" Soal Franky. Hunter menjeling.

1 |   QUEEN'S   [C]Where stories live. Discover now