EPILOGUE

23.2K 891 326
                                    

TUKSEDO berwarna hitam itu dibetulkan. Bibirnya tersenyum di hadapan cermin. Rambut blonde miliknya juga dibetulkan agar kelihatan sedikit messy tetapi masih rapi.

Tangan mengambil telefon di atas meja apabila dentingan mesej kedengaran. Bibirnya tersenyum melihat nama yang terpapar di skrin.

From : Wife garang nak mampus (T▽T)

You berani buat hal masa wedding kita nanti macam dulu, I cari you sampai lubang cacing dan I akan tetak you.

Hunter tergelak kecil lalu mesej itu dibiarkan bluetick olehnya. Kakinya mula melangkah ke arah koenigsegg CCXR Trevita miliknya sebelum kereta mewah itu dipandu ke dewan gah yang akan menjadi majlis resepsi mereka.

Ya, mereka sudah sah menjadi suami isteri.

Kenapa pengantin lelaki memandu sendiri ke tempat resepsi? Itu adalah permintaannya kerana dia rimas jika dikelilingi ramai orang. Kasut kulit miliknya mula keluar dari kereta dan dia berjalan masuk ke dewan sambil dikelilingi cahaya flash kamera para wartawan dari pelbagai media.

Mata Hunter memerhati dewan yang mewah itu sebelum semua tetamu berdiri apabila nampak kelibatnya di dalam dewan itu.

Tiba tiba bunyi piano menarik perhatiannya.

[ INDILA -DARNIERE DANSE (01:40) ]

J'remue le ciel, le jour, la nuit
Je danse avec le vent, la pluie
Un peu d'amour, un brin de miel
Et je danse, danse, danse, danse, danse, danse, danse

Kamudian si gadis bergaun kembang mula bangun dan berjalan ke arahnya.

Et dans le bruit, je cours et j'ai peur
Est-ce mon tour ? Revient la douleur
Dans tout Paris, je m'abandonne
Et je m'envole, vole, vole, vole, vole, vole, vole

Hunter hanya memerhati langkah gadis itu berjalan ke arahnya. Stunning.

Dans cette douce souffrance
Dont j'ai payé toutes les offenses
Écoute comme mon cœur est immense
Je suis une enfant du monde

Lampu di dewan turut bertukar malap dan hanya lampu hitam putih dinyalakan seraya membuatkan dewan menjadi mendung.

J'remue le ciel, le jour, la nuit

Kaki gadis itu dihentak ke lantai serentak itu cahaya berwarna jingga menghiasi latar belakang si gadis.

Je danse avec le vent, la pluie
Un peu d'amour, un brin de miel
Et je danse, danse, danse, danse, danse, danse, danse

Hunter memaut pinggang si gadis yang sedang berpusing di tengah dewan lalu gadis itu mendekatkan wajah mereka.

Et dans le bruit, je cours et j'ai peur
Est-ce mon tour ? Revient la douleur
Dans tout Paris, je m'abandonne
Et je m'envole, vole, vole, vole, vole, vole, vole

Tepukan bergema serentak Quinn Davieka mencium bibir Hunter. Mereka berbalas pandangan seketika sebelum gadis itu tersenyum.

"My husbaby."

Hunter melakarkan senyum nipis lalu hidung Queen Davieka dicium dan mereka berjalan ke arah pelamin yang berhiaskan kristal bersama kek pengantin. Mata Quinn Davieka mula bersinar melihat kek itu.

"Are you hungry?" Soal Hunter apabila mereka duduk di atas pelamin itu. Quinn Davieka menggeleng.

"Tapi I nak kek." Jari ditunjukkan kepada kek berwarna putih itu. Sangat sedap di matanya. Hunter tergelak dan hidung gadis itu dicuit.

1 |   QUEEN'S   [C]Where stories live. Discover now