CAPÍTULO DIECINUEVE 👠

15.8K 858 24
                                    

KAKI yang bersarung kasut tumit tinggi jenama Stuart Weitzman itu melangkah masuk ke dalam dewan yang bergantungkan kristal dan matanya memandang sekeliling dewan itu dan dia tersentak apabila ada tangan menggenggam tangannya. Quinn Davieka menoleh ke tepinya.

"You good?" soal Franky. Gadis itu mengangguk. Franky membawa Quinn Davieka ke sebuah meja dan kerusi ditarik untuk gadis itu.

"My highness." ujar Franky. Quinn Davieka tergelak dan duduk di atas kerusi. Matanya tiba tiba terpandangkan kelibat pasangan yang berpakaian sedondon masuk sambil bergelak ketawa. Franky turut memandang Hunter dan Stella yang sedang berjalan sambil Stella memeluk lengan Hunter.

Quinn Davieka mencarut perlahan apabila mereka datang duduk di meja yang sama dengannya dan Franky.

"Hi Franky. Hai, Davieka." sapa Stella sambil tersenyum. Quinn Davieka turut tersenyum manakala Franky hanya angguk. Mereka dipersembahkan dengan pelbagai pertunjukan seperti api dan badut serta permainan alat muzik. Quinn Davieka ralit memerhati sebelum dia berpaling apabila ada sesuatu dicoletkan di hidungnya. Pantas dia memandang Franky.

"Ralit sangat sampai tak peduli dah I dekat tepi ni." Ujar Franky sambil tersenyum. Quinn Davieka tersengih dan menggigit cupcake di tangan Franky. Aising di hidungnya dilap oleh Franky.

Franky tergelak dalam hati melihat Hunter yang sudah tidak senang duduk.

"Nak lagi." Pinta Quinn Davieka sambil melirik matanya ke arah Hunter dan sangkaannya tepat, tajam mata Hunter merenung dia. Quinn Davieka tersenyum dan membuka mulut apabila Franky menyuapkan cupcake ke dalam mulutnya.

"Nah." Stella turut menghalakan kek tiramisu ke arah Hunter. Hunter mengalihkan pandangannya ke arah Stella dan senyum nipis diukir.

"Thanks."

Stella tersenyum. Kemudian Hunter menyapu kesan kek di tepi bibir Stella. Quinn Davieka memandang ke arah lain namun dagunya tiba tiba dipegang oleh Franky.

"Wanna dance?" soal Franky. Quinn Davieka membulatkan mata.

"Nak!" Ujarnya teruja. Franky tersenyum kacak dan tangannya menggenggam tangan Quinn Davieka kearah para tetamu yang sedang menari. Pinggang gadis itu dipeluk.

"Jealous?" Soal Franky. Quinn Davieka mendengus.

"Let's not talk about them. By the way, you look so mature and full of charisma tonight." wajah Franky dipandang. Lelaki ini memang kacak, sama seperti abangnya walaupun mereka adik beradik tiri. Yang penting, mata mereka sama. Berwarna amethyst.

"You too. Stunning, patutlah Hunter pandang macam taknak lepas." Ujar Franky sambil tersenyum. Gadis itu tergelak. Kemudian dia memandang Stella yang sedang bergelak ketawa dengan Hunter. Tangan Hunter memeluk pinggang Stella.

"Makin tengok, makinlah cemburu." Ujar Franky. Quinn Davieka mengeluh perlahan dan mereka mula menari.

"I nak ke toilet jap." ujar Quinn Davieka sambil memandang Franky. Lelaki itu melepaskan pelukan di pinggang Quinn Davieka dan mengangguk. Franky memandang Stella dan Hunter yang sedang berbual itu.

"Hey miss, would you come dance with me?" soal Franky kepada Stella sambil menghulurkan tangan ke arah gadis itu. Stella memandang Hunter dan lelaki itu hanya angguk membenarkan. Stella menyambut tangan Franky dan mereka berdua berlalu pergi. Franky memandang Hunter.

"Toilet." ujar Franky sepatah dan dia membawa Stella pergi menari bersamanya. Hunter terus bangun dan berjalan ke tandas. Dalam perjalanan, bibirnya tersenyum melihat kelibat gadis yang sedang berjalan ke arah makanan yang terdapat di dewan itu. Cepat betul ke tandas budak ni.

1 |   QUEEN'S   [C]Where stories live. Discover now