CAPÍTULO CATORCE 👠

15.8K 876 93
                                    

5 BULAN KEMUDIAN

Bibirnya mengorak senyum nipis apabila sampul berisi wang 10 ribu euro itu dibuka. Kemudian matanya memandang lelaki yang memberi duit tersebut.

"Let me lead you to the room." Ujar Quinn Davieka sambil berjalan ke arah salah satu bilik dan dibuka. Di dalam bilik itu kelihatan seorang lelaki sedang nyenyak selepas 'permainan' tadi.

"Have fun." Bahu jejaka itu ditepuk perlahan dan dia berlalu pergi. Kemudian dia memandang sekeliling. Bibir tersenyum nipis apabila melihat meja di hujung bar.

Hunter D'Ezekiel

Di situ lah lelaki itu berada sewaktu pertama kali mereka bertemu di dalam kelab malam miliknya. Menurut Franky, Hunter pulang ke Italy sewaktu hari pernikahan mereka.

Stupid Hunter.

Sehingga hari ini, dia tidak berhubung dengan Hunter lagi. Apabila dia telefon, nombor itu sudah tidak aktif.

Dia pun tak tahu apa salahnya sehingga Hunter tiba tiba menghilangkan diri darinya tanpa sebarang berita.

"Davieka." Satu suara menegurnya. Quinn Davieka terus menoleh dan tersenyum.

"Hai, Leo. You buat apa dekat sini?"

Bibir Leo tersenyum manis.

***

"Hey."

Kepala ditolehkan ke arah suara itu. Bibir merah milik jejaka itu menguntum senyum.

"Hi babe. Awal datang?" Soal Hunter sambil menarik gadis itu duduk di atas ribanya. Bibir mula mencium leher gadis itu dan mata memandang komputer riba di atas mejanya meneruskan kerja yang tergendala tadi.

"I bosan sangat. Tadi I pergi spa and then I pergi shopping but still, I bosan. Sebab you tak teman I." Ujar gadis itu manja sambil memeluk leher Hunter. Lelaki itu tersenyum nipis dan menutup komputernya. Tangan mulus gadis itu digenggam dan dicium.

"Let's go for a shopping." Ujar Hunter sambil menarik tangan gadis itu keluar.

"Really?!" Soal gadis itu teruja. Hunter mengangguk dan mereka terus berlalu pergi dari bangunan Ezekiel Invest Holdings.

Mereka meluangkan hampir empat jam membeli belah sebelum hari hampir menginjak ke malam di bumi Italy itu.

Kereta diberhentikan di hadapan rumah si gadis.

"Thanks. I'm so happy." Ujar gadis itu sambil merenung Hunter yang turut memandangnya. Hunter menyelak rambut perang gadis itu dan diselitkan di belakang telinga.

"Anything for you, Stella."

Gadis bernama Stella itu tergelak dan dia memeluk leher Hunter. Bibirnya dirapatkan ke bibir Hunter namun baru beberapa inci ingin bersentuh, Hunter melarikan wajahnya. Riak wajah Stella turut berubah.

"You selalu tolak I. Ada benda yang tak kena ke?" Soal Stella. Hunter menggeleng dan tersenyum lalu dahi Stellah dicium.

"Pergi masuk. Dah malam ni nanti parents you marah." Ujar Hunter sambil keluar dan membuka kan pintu untuk Stella. Gadis itu tersenyum dan berlalu masuk. Hunter menghantar pemergian Stella dengan pandangan mata dan dia kembali masuk ke dalam keretanya.

Kepala disandarkan ke stereng dan mindanya mula memikirkan satu nama.

Quinn Davieka.

Bibirnya tersenyum sinis dan dia kembali meneruskan pemanduan. Kenapa wajah gadis itu yang selalu bermain di dalam mindanya? Kereta dipandu ke sebuah kelab malam dan kereta diberhentikan di hadapan pusat hiburan itu. Kepala disandarkan ke kerusi kereta dan mata dipejam.

1 |   QUEEN'S   [C]Where stories live. Discover now