Bunyi derapan tapak kasut mewah itu dikelilingi oleh pengawal peribadi disekelilingnya. Penuh megah. Mata amethyst yang terlindung di sebalik RayBan hitam itu melindung ketajaman mata yang mampu menghunus ke dalam jiwa sesiapa sahaja.
"Here's your suite, Capo Hunter." Ujar seorang lelaki sambil menunduk dan tangannya menolak pintu suite mewah itu. Lelaki itu masuk dan pintu ditutup dari luar.
Cermin mata hitamnya ditanggalkan dan dia memandang cermin. Seperti biasa, mata amethyst yang menjadi kegilaan gadis gadis itu kelihatan beku.
Tubuh direbahkan di atas katil dan mata dipejam.
"Siapa gadis itu?" Bisiknya perlahan.
***
"Heh ingat aku hadap sangat teddybear ni? Aku boleh beli sendiri lah! Guna taik gigi aku je untuk aku beli benda ni! Jantan tak guna! Kau dah buntingkan betina lain lepastu terhegeh hegeh nak kan aku?"
Kakinya berhenti melangkah apabila terdengar suara makian dari seorang gadis. Hunter menoleh dan memerhati di sebalik dinding. Kelihatan seorang gadis sedang memijak teddybear berwarna putih sehingga bulunya kotor berwarna kehitaman.
Tiba tiba gadis itu menoleh apabila terasa diperhatikan.
"Kau apahal pandang aku macamtu?! Nak teddybear ke?!" Marah gadis itu kepada Hunter. Hunter hanya diam. Gadis itu terus mengambil teddybear dan dicampak ke arah Hunter.
"Ambik teddybear buruk ni! Jijik! Lelaki semua sama!" Marah gadis itu dan terus melanggar bahu Hunter untuk berlalu pergi. Perlahan lahan dia memandang baju nya yang sudah kotor dengan teddybear itu.
"Are you period?" Soal Hunter. Langkah gadis itu terhenti. Kemudian dia menoleh memandang Hunter yang berkaca mata hitam itu.
"Kalau aku period pun kenapa? Susahkan nenek kau ke? Ke aku tak boleh period?" Soal gadis itu dengan nada marah. Hunter melihat teddybear di tangannya.
Hunter mengerutkan dahi. Gadis ini.. Tak kenal dia? Duduk dalam gua ke apa?
"Thanks. For the bear." Kata Hunter sambil menjatuhkan teddybear itu ke atas tanah dan berlalu pergi.
Gadis itu memandang kelibat Hunter yang menjauh. Nafas dihela.
"Wait." Kata gadis itu. Hunter terhenti.
"Sorry." Pintanya. Kemudian dia mendekati Hunter.
"I cuma stress. By the way nama I Quinn. Quinn Davieka." Kata gadis itu sambil menghulurkan tangan. Hunter mengerutkan dahi.
"Queen?"
"No. Quinn. Q. U. I. N. N. Quinn."
"Oh. Hunter."
"Pemburu?"
"No. Hunter is my name." Kata Hunter. Quinn mengangguk perlahan kemudian dia memandang keseluruh tubuh Hunter. Bibirnya tersenyum sedikit.
"Boleh kita berkawan?" Soal Quinn tiba tiba dengan lenggok manja.
***
"Franky. Panggil dia." Ujar Hunter melalui telefonnya. Tidak lama kemudian, bunyi pintu diketuk mengalih tumpuan Hunter.
"Just get in you idiot." Ujar Hunter geram. Kedengaran hilaian tawa garau dari luar sebelum pintu dibuka. Susuk tubuh tegap Franky kelihatan.
YOU ARE READING
1 | QUEEN'S [C]
Acción"Because that evil man.. got a bitch, as a Queen." . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU