CAPÍTULO TREINTA Y UNO 👠

14K 797 42
                                    

QUINN Davieka mengeluarkan seutas rantai emas dari dalam beg yang diberi oleh Franky. Matanya menilik rantai itu sebelum bibirnya perlahan lahan tersenyum. Teringat kembali bagaimana dia boleh tercicir rantai ini di lapangan terbang dulu.

Namun senyumannya kembali pudar apabila memikirkan keadaan mereka sekarang. Quinn Davieka menghela nafas.

"You deserves better, Hunter. I love you." Bisik Quinn Davieka sambil mencium rantai tersebut. Air mata yang mengalir dibiarkan menitis.

"No."

Quinn Davieka pantas mengelap air matanya dan mendongak.

"Tak reti minta izin dulu ke?" soal Quinn Davieka sambil menjeling Hunter yang masuk ke dalam pejabatnya. Lelaki itu menarik kerusi di hadapannya dan melabuhkan duduk di situ.

"Kenapa?" Soal Hunter. Quinn Davieka berpura pura sibuk dan tidak mengendahkan Hunter.

"Davieka." panggil Hunter lagi. Quinn Davieka mengeluh lalu dia memandang Hunter.

"Kenapa apa?" soal gadis itu geram.

"Kenapa kau rumitkan keadaan? Kenapa kau susahkan kita berdua? Kau ingat dengan cara kau buat buat hilang ingatan ni mampu selesaikan masalah ke? Tolonglah Davieka, kita sama sama penat. Aku tak tahu apa masalah kau sampai kau jadi macamni. Kenapa kau jauhkan diri dari aku? Kenapa kau putuskan hubungan kita secara tiba tiba, aku langsung tak tahu. Tolong bagitahu aku apa masalah dan kita selesaikan benda ni sama sama." Ujar Hunter. Quinn Davieka memandang jejaka itu lalu bibir diketap.

"Macamana kita nak selesaikan kalau you tak ingat I? Sekarang ni cuba you tanya hati you kenapa you di sini. Sebab you cintakan I atau sebab you cuma curious untuk tahu siapa I di masa silam you?" soal Quinn Davieka dengan mata berkaca. Hunter meraup muka.

"Davieka, kalau aku di sini sebab curious, aku takkan duduk depan kau dan bincang untuk selesaikan masalah kita sama sama tau. Lepas masalah yang ada dalam kepala kau tu selesai, aku perlukan kau untuk bantu aku ingat balik siapa kau. After that, kita boleh jadi macam dulu. In love with each other badly." ujar Hunter. Wajahnya turut tertekan. Kenapa susah sangat untuk gadis itu faham bahawa dia inginkan gadis itu? Dia cuma nakkan Quinn Davieka!

"No. Kita tak boleh. Kenapa you tak boleh nak faham I?"

"Sebab kau yang tak cuba untuk faham aku! Tak susah kan kalau kau bagitahu je aku apa masalah kau sekarang ni? Kita sama sama selesaikan! Susah ke nak bagitahu aku?" soal Hunter. Quinn Davieka menoleh dan menyeka air mata.

"Jangan seksa aku, Davieka. Aku perlukan kau. Aku nak ingat kau balik sebab aku yakin hati aku takkan salah."

Quinn Davieka tersenyum nipis.

"Everyone makes mistake. Tak mustahil kali ni, hati you salah."

Hunter meraup muka.

"Davieka."

"Hunter, dengar cakap I. Dekat luar sana, ramai lagi gadis yang sesuai untuk you tapi bukan I. Percaya pada takdir. You dan I.. Takkan bersama." Bibir diketap menahan tangis.

"But why? Tell me why." ujar Hunter mendesak. Quinn Davieka menunduk.

"Just fucking tell me! Kenapa susah sangat?!" Tengking Hunter sambil menghentak meja. Quinn Davieka teresak. Hunter merenung gadis itu tajam sebelum perlahan lahan matanya berubah lembut memandang gadis yang sedang menangis itu.

"Okay." Hunter menghela nafas dan menenangkan dirinya.

"Aku bagi kau masa sampai lusa. Aku nak kau fikir baik baik sama ada kau pilih untuk terus hidup macamni atau kau nak hidup dengan aku. Kalau kau pilih untuk terus hidup macamni, kau takkan jumpa aku lagi." ujar Hunter sambil melangkah keluar. Pintu dihempas kuat. Quinn Davieka memekup muka dan melepaskan tangis tanpa henti.

1 |   QUEEN'S   [C]Where stories live. Discover now