"Lain kali nak buat apa apa bagitahu aku dulu. Jangan nak memandai keluar macamtu je sorang diri." Bebel Hunter sambil menyuapkan makanan kepada gadis itu. Quinn Davieka tersenyum kecil.
"Tengok tu, senyum pula." Jeling Hunter. Quinn Davieka tergelak. Macam orang tua je marah marah macamni.
"I minta maaf." Pinta Quinn Davieka. Matanya dikerdipkan beberapa kali. Hunter menghela nafas perlahan. Mangkuk bubur diletakkan di atas meja dan kepala yang bebalut gadis itu diusap lembut.
"Telefon tu, buang je lah kalau setakat nak buat silent." Ujar Hunter mendatar dan juga sinis. Quinn Davieka kembali tergelak dan mengensot ke tepi katil.
"Don't be mad at me." Pinta Quinn Davieka lagi sambil merenung Hunter dengan pandangan comel. Hunter menghela nafas. How can I resist this cutie?
"Lain kali jangan buat macam tu lagi. Nak pergi mana mana or nak buat apa apa bagitahu aku dulu. Faham?" Soal Hunter. Quinn Davieka pantas mengangguk. Hunter menarik hidung gadis itu.
"Geram lah aku dengan kau ni."
"Aku nak keluar settle kerja sikit. Jaga diri okey? Sekarang ni Leo boleh ada mana mana je. Apa apa call aku terus." Pesan Hunter apabila tautan bibir mereka dilepaskan. Quinn Davieka mengangguk laju.
"I nak burger." Pinta gadis itu tiba tiba. Hunter tergelak kecil.
"Kau ni makan banyak tapi tak gemuk. Yelah yelah. Aku beli. Tunggu sini, duduk diam diam."
Quinn Davieka hanya memandang sebelum dia mengambil telefon di atas meja. Taknaklah buat silent nanti kena marah lagi. Eheh.
Tiba tiba telefon ditangannya dirampas. Quinn Davieka mendongak.
"Tak mati lagi kau ni."
"Argh!!"
***
"Ambik je lah yang daging. Itu pun susah ke sial?" Soal Franky sambil berkerut dahinya memandang Hunter. Skyler di sebelah hanya diam dengan burger daging extra carrot di tangannya. Mata memerhati ke lantai.
"Tapi selalunya dia suka yang ayam."
"Dah yang ayam dah habis takkan kau nak pergi tangkap ayam yang hidup tu buat daging burger? Beli je lah yang daging pun!" Franky mengetap gigi.
"Tapi kalau dia taknak macamana? Bazirlah makanan ni! Kau bukan makan pun benda ni jadi diam boleh tak?" Marah Hunter pula.
Penjual burger itu menggaru kening melihat dua beradik berwajah barat itu bertengkar. Hunter meraup wajah dan mengeluarkan telefon. Whatsapp dihantar kepada Quinn Davieka.
"Dia tak online lah."
"Suka hati kau lah bodoh. Aku nak balik." Ujar Franky sambil berjalan pergi. Tangan Skyler ditarik pergi juga. Hunter menggigit bibir sebelum akhirnya dia membeli juga burger daging. Nak beli di kedai lain takut nanti Quinn Davieka tidak mahu. Kenapalah gadis terlalu cerewet? Tak apalah, kalau gadis itu tidak mahu dia akan memaksa Skyler menghabiskan makanan itu kerana Skyler sangat kuat makan tetapi badannya masih maintain. Skyler dengan Quinn Davieka sama je. Bela saka.
Selepas itu dia berjalan ke arah kereta. Kelihatan Franky sudah menyilangkan kaki di tempat duduk penumpang. Skyler pula elok menikmati burgernya sambil membelek telefon.
"Kenapa dia tak balas mesej aku eh?" Soal Hunter sambil mengerutkan dahi memandang telefonnya.
"Dia tidur lah tu. Bengap." Franky menjeling. Hunter mengangguk. Ye tak ye jugak.
ANDA SEDANG MEMBACA
1 | QUEEN'S [C]
Action"Because that evil man.. got a bitch, as a Queen." . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU
![1 | QUEEN'S [C]](https://img.wattpad.com/cover/244058598-64-k300331.jpg)