Stella mencemik apabila Hunter masih tidak datang ke pejabat. Ke mana lelaki itu pergi? Takkanlah busy sangat sampai balik ke rumah pun tak. Dia dah tanya Franky pun lelaki itu cakap dia tak tahu Hunter ke mana.
Kad ditangannya dipandang.
Hampir setengah jam, kelibat Hunter muncul. Lelaki itu terkaku memandangnya di dalam pejabat.
"Babe." Stella melangkah ke arah Hunter. Hunter hanya memberikan senyum nipis. Gadis itu melabuhkan duduk di atas riba Hunter.
"Ni, kawan I ada buat dinner. So dia ajak I. Can we go?" Soal Stella manja. Hunter memandang kad itu. Dibelek seketika.
"Alright you may go." Ujar Hunter.
"Me? Us! Kita pergi berdua." Stella berkerut dahi memandang jejaka itu. Hunter turut memandang Stella.
"I pun nak pergi tapi I ada banyak kerja disini, Stella." Ujar Hunter. Stella memeluk tubuh.
"Kerja lebih penting daripada I?" Soal Stella. Hunter mengangguk naif. Stella mendengus geram dan bangun dari riba Hunter.
"Jerky!" Bentak Stella dan berlalu keluar dari pejabat Hunter. Lelaki itu tergelak kecil memikirkan jika dia buat begitu pada Quinn Davieka pasti sudah mati dia dibaling heels oleh Quinn Davieka.
Hunter meraup wajah. Again, Hunter. You're dreaming about her. Focus on your work!
***
"Dinner?" Soal Quinn Davieka sambil memandang kad jemputan di tangannya. Franky mengangguk.
"Stella suruh I pujuk Hunter supaya pergi ke dinner ni dengan dia."
"What the hell!"
"Sabar, Davieka." Franky menarik Quinn Davieka yang bangun itu supaya kembali duduk. Gadis itu menghela nafas kasar.
"So tugas you..." Belum sempat Franky menghabiskan kata, Quinn Davieka memotong.
"Give me this and location of his office. Now!" Kad itu dirampas kasar dari Franky dan dia berlalu pergi. Franky tercengang. Sejak bila bakal kakak ipar dia jadi garang macamni?
Jarinya tetap juga menghantar lokasi pejabat Hunter kepada Quinn Davieka.
***
Pintu dibuka kasar dan dia melangkah masuk. Hunter mendongakkan kepala dan ingin melenting apabila ada orang masuk tanpa kebenaran ke dalam pejabatnya namun bibirnya mengukir senyum apabila melihat si gadis yang menceroboh.
Quinn Davieka mengerutkan dahi dan menghidu di pejabat itu.
"This ugly smell is not yours." Ujar Quinn Davieka sambil mengeluarkan minyak wangi miliknya. Hunter menggaru kening melihat Quinn Davieka yang anti-Stella itu. Bau pejabatnya memang ada bau Stella juga kerana gadis itu kerap masuk ke dalam pejabatnya.
Quinn Davieka menyimpan spray itu dan melangkah ke meja Hunter.
"Come here." Tubuh Quinn Davieka ditarik ke atas ribanya dan pinggang gadis itu dipeluk. Dagunya diletakkan di atas bahu Quinn Davieka.
"What's wrong?" Soal Hunter sambil meneliti wajah masam Quinn Davieka. Masam masam pun cantik. Hunter tersenyum apabila teringatkan betapa angaunya dia pada Quinn Davieka.
"This dinner." Kad yang diberi oleh Franky diletakkan di atas meja Hunter. Hunter merenung kad itu seketika dan kembali memandang wajah Quinn Davieka.
"Oh. You got it too? Stella pun dapat ta.. Auch!" Jerit Hunter apabila pipinya dicubit kuat oleh Quinn Davieka.
"Stop talking about her!" Marah Quinn Davieka. Hunter diam dan mengangguk.
"You pergi?" Soal Quinn Davieka. Hunter menggeleng.
"Tapi kalau kau nak pergi, aku free je." Kata Hunter. Quinn Davieka menggeleng.
"Taknak. Tapi tadi kan you kata Stella pun dapat kad ni? Kenapa tak pergi dengan dia?" Soal Quinn Davieka. Hunter mengemaskan pelukan dan merenung mata amber gadis itu.
"Can I talk about her?" Soal Hunter. Quinn Davieka mengangguk.
"Okay. Tadi dia ajak, tapi aku taknak pergi. So aku cakap dekat dia yang aku banyak kerja. Lagipun tak best pergi dengan dia. Tak boleh buat apa apa. Lainlah kalau pergi dengan kau. Kita boleh..."
Quinn Davieka menekup mulut Hunter. Suka cakap benda tak senonoh!
Quinn Davieka ingin bangun dari riba Hunter namun ditahan.
"Hmm duduklah sini. Temankan aku." Ujar Hunter sambil mengemaskan pelukan. Quinn Davieka tersenyum nipis dan menyandarkan kepalanya di kepala Hunter. Rambut lelaki itu diusap.
Akhirnya dia terlelap di atas riba Hunter. Hunter memandang wajah Quinn Davieka yang lena dan tersenyum nipis. Tubuh gadis itu diangkat ke sofa dibaringkan di situ. Blazernya diambil dan diselimutkan. Bibir Quinn Davieka dicium dan dia kembali melakukan kerja.
Pintu sudah awal awal lagi dikunci kerana bimbang jika Stella melihat Quinn Davieka dan memberitahu hal ini kepada daddynya.
His queen safety is his priority.
Lima minit dia menaip di komputer, Hunter kembali memandang Quinn Davieka di atas sofa. Kepala digelengkan lalu dia bangun dari kerusi. Kaki melangkah ke arah gadis yang sedang lena itu.
Under her spell.
Tidak berkelip Hunter memandang Quinn Davieka seolah olah dia tidak pernah berjumpa dengan manusia sebelum ini.
"How the fuck she can be so pretty and lovely?" soal Hunter bingung memikirkan sama ada dia sudah dibomohkan oleh Quinn Davieka atau apa sehinggakan dia tidak mampu membuat sesuatu kerja dengan fokus jika gadis itu ada berdekatan dengannya.
Kaki Hunter melangkah ke arah almari besar di dalam pejabatnya dan dibuka. Matanya mencari cari sesuatu di dalam almari itu namun tiada. Nafas berat terhela.
"What are you searching for?" soal Quinn Davieka tiba tiba. Hunter pantas menoleh dan kepalanya terhantuk pada almari itu.
"Auch!"
"Hunter!" Quinn Davieka terus bangun dari sofa dan berjalan ke arah lelaki itu. Kepala Hunter ditilik dan dia melihat dahi Hunter yang agak kemerahan akibat hantukan tadi.
"Sorry." ujar Quinn Davieka sambil menarik tangan lelaki itu ke sofa.
"Can you ask Franky to bring us ice?" soal Quinn Davieka. Hunter hanya akur. Tidak lama kemudian Franky muncul bersama cawan berisi ais. Berkerut dahinya memandang dua figura di dalam bilik itu.
"What's wrong?" soal Franky sambil memandang dahi Hunter.
"Nothing." Ujar Hunter. Franky memandang dua orang itu sangsi dan kemudian dia menjongket bahu. Kaki melangkah keluar.
Quinn Davieka meletakkan air yang dibalut dengan tisu ke dahi Hunter.
"You cari apa?" Soal Quinn Davieka kepada Hunter yang ralit merenung wajahnya. Ada bulu hidung terlebih ke apa pada wajahnya?
"Aku cari toto."
"What?" soal Quinn Davieka tidak percaya.
"Aku cari toto sebab aku nak tidur dengan kau. Atas sofa ni mana muat kita dua." ujar Hunter sambil mencebik. Quinn Davieka tergelak. Sejak bila jadi manja ni? Plaster kartun itik dikeluarkan dan ditampal pada dahi jejaka itu.
"Benda apa kau tampal ni?" Hunter menaikkan tangannya untuk membuang plaster itu namun tangannya ditahan oleh Quinn Davieka.
"Janganlah buang! Comellah!" Marah Quinn Davieka. Hunter berkerut tidak puas hati namun akur apabila gadis itu memberi renungan membunuh. Quinn Davieka tersenyum apabila Hunter menurut katanya kemudian dia naik menindih Hunter yang sedang berbaring. Tubuh Hunter dipeluk.
"Siapa cakap tak muat? Muat je dua orang." gumam Quinn Davieka sambil meletakkan kepalanya di dada Hunter. Hunter tergelak kecil dan membalas pelukan Quinn Davieka.
![](https://img.wattpad.com/cover/244058598-288-k300331.jpg)
YOU ARE READING
1 | QUEEN'S [C]
Action"Because that evil man.. got a bitch, as a Queen." . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU