CAPÍTULO ONCE 👠

17.3K 936 12
                                    

"Please.. Capo, let her go. She knows nothing I swear. Capo boleh bunuh saya tapi lepaskan dia." Rayu lelaki yang berada di dalam bilik besi itu. Kaki Hunter dipegang namun Hunter menyepak tangan itu menjauh.

"Tapi dia culik Queen. Dia racun bakal isteri aku juga. Patut kah aku lepaskan dia?" Soal Hunter dengan wajah bingung yang dibuat buat. Gadis yang sedang menunduk dengan tangan menggigil itu dipandang.

"Saya yang suruh dia. Tolonglah Capo.. Dia satu satunya adik saya, saya akan buat apa sahaja untuk Capo." akhirnya air mata lelaki itu gugur. Franky memegang bahu Hunter membuatkan lelaki itu menoleh. Matanya merenung Franky.

Satu satunya adik dia.

Perlahan lahan Hunter menghela nafas.

"Naikkan suhu sampai 80 darjah. Only give food to them. Jangan berani bagi air walau setitik pun untuk masa lima hari. Jika mereka masih hidup selepas ini, baru lepaskan mereka." ujar Hunter sambil melangkah keluar. Franky memandang dua orang itu.

"Thank you, Sir Franky." pinta lelaki itu. Franky hanya melangkah keluar. 80 darjah without water? Gilalah Hunter ni.

***

Quinn Davieka memandang ke pintu rumahnya. Sejak dua hari lalu, Hunter tidak memunculkan diri dihadapannya. Bibir digigit dan rasa bersalah mula menghantui dirinya.

Tapi untuk apa dia nak rasa bersalah? Entahla.

Quinn Davieka mengeluh. Dia pun tak tahu kenapa dia perlu rasa bersalah. Air milo dicicip perlahan. Bibirnya juga sudah sembuh. Kemudian kaki melangkah ke pintu apabila terdengar ketukan. Pintu dibuka dan dia melopong.

"Hunter!" Perasaan teruja mula timbul apabila melihat susuk tubuh lelaki itu. Namun dahinya berkerut apabila terbau sesuatu dari tubuh lelaki itu. Bau arak.

"Are you drunk?" soal Quinn Davieka. Hunter menggeleng kemudian dia tergelak kecil.

"Fuck it. You're here. Hahahahah."

Quinn Davieka mengeluh. He's drunk. Hunter dibawa masuk dan direbahkan di atas sofa. Dari tadi bibir lelaki itu masih dengan tawa kecil. Quinn Davieka berlalu ke dapur dan mencari cari sesuatu yang boleh menghilangkan mabuk namun tiada.

Kemudian matanya terpandang telur di dalam peti. Telur juga mampu mengurangkan mabuk tetapi boleh menyebabkan tidak sedap badan untuk seketika.

Quinn Davieka mengambil telur itu. lebih baik tidak sedap badan untuk seketika daripada hangover. Telur dimasak dan dihancurkan. kemudian dia membawa telur hancur itu ke sofa. Hunter masih membebel sesuatu yang mengarut dan pelbagai carutan keluar.

"Hunter makan ni. Ini boleh kurangkan mabuk awak. ujar Quinn Davieka. Hunter menolak pinggan itu dan tergelak. Tangannya mencubit pipi Quinn Davieka.

"Hunter!" Marah Quinn Davieka apabila lelaki itu tidak mahu makan dan sentiasa menolak sudunya. Pinggan diletakkan kasar di atas meja.

Namun dia tersentak apabila Hunter menjauh darinya. Wajah lelaki itu kelihatan takut dan tawa Hunter juga terhenti.

"Hunter." Quinn Davieka melembutkan suaranya dan mendekati Hunter. Lelaki itu semakin menjauh.

"Kau marah aku.. Kau nak pukul aku.. Aku nak balik." Hunter bangun dari sofa dan berlari ke pintu. Quinn Davieka pantas mengejar lelaki itu dan mengunci pintu. Dia tak boleh biarkan Hunter keluar dalam keadaan mabuk.

"Nak balik." gumam Hunter. Quinn Davieka merenung Hunter. Mata lelaki itu berair.

He's trauma.

1 |   QUEEN'S   [C]Where stories live. Discover now