CAPÍTULO TREINTA 👠

13.6K 803 32
                                    

QUINN Davieka memandang ke arah lain apabila mata amethyst itu merenung tajam ke matanya.

"You nak apa lagi Hunter? Tolonglah jangan ganggu I. I dah penat." Ujar Quinn Davieka perlahan. Hunter tergelak sinis.

"Aku takkan berhenti ganggu kau selagi kau tak jadi milik aku."

"Kita takkan pernah bersama faham tak? Tolonglah terima kenyataan. Kalau betul kita pernah bercinta dulu, itu kisah silam kita. Tak ada kaitan pun dengan sekarang. You bawa hidup you dan I akan bawa hidup I. Lagipun tak ada guna you berharap pada I sebab I akan kahwin dengan Leo." Ujar Quinn Davieka.

"You love him?"

"Yes."

"Kau tak pandai menipu, Davieka." Dagu Quinn Davieka dipegang dan dihadapkan ke arahnya. Matanya memandang Quinn Davieka.

"When I'm with you, aku rasa selesa. Aku rasa something yang.. I don't know how to explain. But.. Davieka, please? Kita sama sama bantu kita. If we're together, tak mustahil kau dan aku akan ingat balik semua tentang kita dulu." ujar Hunter. Quinn Davieka mengemam bibir dan menggeleng.

"Kalau pun I atau you ingat balik pasal kita, kita tetap takkan berjodoh." Ujar gadis itu perlahan. Hunter meraup muka.

"Tapi kenapa?!" Soal Hunter dengan suara meninggi. Quinn Davieka memejam mata lalu perlahan lahan mutiara jernih turun dari tubir matanya. Tangan Hunter di dagunya dilepaskan dan dia berlalu pergi.

"Davieka!" Panggil Hunter namun gadis itu tetap berjalan pergi tanpa menghiraukan panggilannya. Hunter mengacing gigi.

***

QUINN Davieka merenung kosong skrin komputernya. Perlahan lahan dia menghela nafas dan memekup muka.

"You love him?"

"Yes."

"Kau tak pandai menipu, Davieka."

Telefon yang berdering nyaring mematikan lamunannya. Quinn Davieka menjeling skrin telefonnya. Tertera nama Franky. Lelaki itu sememangnya mempunyai nombornya kerana mereka telah bertukar nombor semasa di kafe kali pertama mereka berjumpa dulu.

Panggilan itu dibiarkan. Hampir lima minit, telefonnya berbunyi kembali. Quinn Davieka menyeret ikon hijau ke tepi.

"Hello?"

"Are you busy?"

"Yes."

"Kejap je. I nak jumpa you."

Quinn Davieka menghela nafas kasar. Tadi abang, ni adik pula!

Akhirnya Quinn Davieka bersetuju untuk bertemu Franky apabila lelaki itu seperti mendesaknya. Mereka bertemu di bar milik Quinn Davieka.

"Hai." ujar Franky apabila gadis itu tiba. Quinn Davieka tersenyum nipis dan melabuhkan duduk di atas kerusi.

"You nak apa?" soal Quinn Davieka. Franky tersenyum dan memesan dua gelas air untuknya dan Quinn Davieka.

"Franky, I ada banyak kerja tau." Ujar Quinn Davieka apabila jejaka itu santai minum air yang dipesan tanpa mengeluarkan kata.

"You macam tak suka I je." ujar Franky. Quinn Davieka menghela nafas berat.

"Tak, bukan macamtu. I cuma..." Quinn Davieka mati kata. Kemudian dia memandang Franky.

"Boleh tak you pujuk Hunter supaya jangan ganggu I lagi?" soal Quinn Davieka. Franky mengerutkan dahi.

"Kenapa you mintak tolong I?" Soal Fraky.

"Sebab you kan adik dia. Mesti dia akan dengar cakap you."

Franky tersenyum lebar.

"That's it. You tak hilang ingatan kan? You pura pura je. Am I?" Soal Franky. Quinn Davieka terkaku. Matanya memandang Franky sebelum dia menunduk.

"Setahu I, I tak pernah cakap pun yang I dan Hunter adik beradik. Macamana you tahu? Hm?" Soal Franky. Quinn Davieka hanya diam dengan jantung yang berdebar debar.

"I.. I teka je. Sebab.. er.. Mata you dengan dia kan sama colour." ujar Quinn Davieka gugup. Franky tersenyum sinis.

"You tak pandai menipu, Davieka. Trust me."

"Kalau tak ada apa apa yang you nak cakap I balik ofis dulu." Quinn Davieka mencapai beg tangannya.

"Wait." Franky menunduk dan mengambil beg di kakinya. Beg itu dihulur kepada Quinn Davieka.

"Ni, beg untuk barang you yang Hunter jumpa sebelum dia hilang ingatan. I taknak tunjuk dekat Hunter sebab I taknak dia paksa diri dia untuk ingat you sedangkan you boleh tolong dia."

Quinn Davieka membuka beg itu dan pelbagai barangnya yang dibawa bersama semasa nahas kapal terbang dulu ada di dalam beg itu.

"Kenapa you nak pura pura hilang ingatan? You tak rindu Hunter?" soal Franky. Quinn Davieka mengetap bibir dan bangun. Kaki mula melangkah pergi meninggalkan Franky.

"Davieka." Panggil Franky. Gadis itu menghentikan langkah namun tidak menoleh ke arah Franky.

"I tak tahu apa motif you nak pura pura hilang ingatan tapi I nak pesan dekat you, Hunter memang ikhlas cintakan you. Even dia tak ingat pasal you, dia cuba untuk dekatkan diri dia dengan you supaya dia ingat you siapa. Tapi sebab cinta juga, macam macam boleh jadi pada dia. Kalau apa apa jadi pada abang I, disebabkan you.. I takkan maafkan you."

Quinn Davieka memandang beg ditangannya. Nafas ditarik perlahan dan dia melangkah pergi ke keretanya. Franky hanya memandang kelibat Quinn Davieka yang menjauh.

Quinn Davieka mengunci pintu keretanya dan dia menyandarkan kepala di stereng. Bibirnya diketap dan air matanya laju mengalir.

***

HUNTER mula gelisah.

"Hmm.. ma.. mammina.." gumam jejaka itu. Skyler yang sedang bermain telefon mengangkat muka.

"Hunter, are you okay?" Tubuh Hunter digoyangkan. Dia datang kesini untuk berbicara tetapi melihat Hunter yang lena membuatkan dia tidak sampai hati untuk mengejutkan majikannya ini.

Dan sekarang, Hunter bermimpi pula. Franky selalu beritahu untuk kejutkan Hunter jika dia bermimpi tentang ibunya.

"No, mammina.." Hunter mula merengek dan air mata mengalir dari tepi matanya membasahi bantal.

"Your mom is here. Open your eyes."

Hunter pantas membuka mata dan bangun dari mimpi.

"Are you okay?"

"Mammina.." Hunter mula ingin menangis. Skyler mengeluh. Mamai lagi la ni budak ni.

"Mammina!" Bentak Hunter sambil melempar bantal ke arah Skyler. Skyler mengurut kepala dan mengambil bantal yang dilempar. Kakinya berjalan ke arah Hunter.

"Stop crying. Kau masih mamai ni, tidur lah dengan tenang." Ujar Skyler sambil kembali meletakkan bantal di atas katil. Hunter menggeleng dan terus membebel kepada Skyler kerana menipunya.

"If you sleep, I'll give you anything you asked for." ujar Skyler sambil memandang wajah Hunter yang memerah akibat menangis.

"Anything?" Soal Hunter. Skyler angguk.

"I want Queen." gumam Hunter perlahan. Skyler mengerutkan dahi. Queen?

"Alright. But you need to sleep first." ujar Skyler. Hunter angguk laju dan terus membaringkan diri. Mata dipejam. Skyler memandang Hunter yang hanyut ke dunia mimpi sebelum dia melangkah keluar.

"Queen.."

1 |   QUEEN'S   [C]Where stories live. Discover now