"Pengsan ke mati perempuan ni?"
Satu suara menyedarkan Quinn Davieka dari lenanya. Terus mata dibuka dan dia melihat sekelilingnya mempunyai tiga orang. Seorang wanita dan dua lelaki. Wanita itu..
Lily.
Siapa dia?
Quinn Davieka menggerakkan tangannya namun tidak boleh kerana kedua dua tangannya diikat. Kaki juga digerakkan tetapi tidak berhasil.
"Hello Davieka." Sapa seorang lelaki sambil tersenyum.
"Who the fuck are you?" Soal Quinn Davieka.
"Woah chill, girl. Aku nak cerita lah ni." Lelaki itu membetulkan kotak suaranya dan kembali memandang Quinn Davieka.
"Apa hubungan kau dengan Hunter?" Soal lelaki itu. Quinn Davieka tersentak.
"Jika kau mengintip kami siang malam dan kau masih tak tahu hubungan kami, maknanya kau memang bodoh." Ujar Quinn Davieka sambil memandang tajam wajah lelaki yang tiba tiba tergelak itu.
"Wow! Lancang juga mulut kau ini. Kau ingat orang macam kau ni layak ke nak masuk ke dalam keluarga D'Ezekiel? Did you know how powerful we are? Dan, kau.. Gadis entah mana mana nak kahwin dengan Hunter? Haha." Ejek lelaki itu. Dagu Quinn Davieka dicengkam.
"Aku boleh buat apa sahaja dekat kau kalau kau berkeras nak masuk dalam keluarga kami. Especially Hunter! Dia tu pewaris utama D'Ezekiel! Dan kau langsung tak layak untuk dia!" Ujar lelaki itu sinis.
"Kalau macamtu, buat dia batalkan perkahwinan ni. That's not my problem. Dia yang nak kahwin dengan aku, bukan aku terhegeh hegeh nakkan dia." Jawab Quinn Davieka berani. Wajah lelaki itu sedikit berubah. Kemudian tangan diangkat dan serentak tamparan kuat diberikan ke pipi gadis itu. Quinn Davieka terteleng ke tepi dan bibirnya luka.
"Sial." Carut lelaki itu. Quinn Davieka tergelak sinis dengan cairan darah yang sedikit meleleh.
"Kau cederakan aku. Apa kau fikir Hunter akan buat bila dia nampak bakal isteri dia dipukul? I think you should hide now, boy." Provok Quinn Davieka.
"Hunter takkan peduli. Let's see, kau dah hilang hampir dua jam. But where's him? He doesn't give a fuck about you, Davieka!" Jawab lelaki itu yakin.
Quinn Davieka terdiam. Hampir dua jam? Hunter ialah seorang yang agak licik. Lihatlah bagaimana dia masuk ke dalam pejabat Quinn Davieka dulu. Jadi kenapa dia masih belum muncul? Mustahil Hunter masih belum tahu lokasinya sekarang.
"Heh." Lelaki itu tergelak sinis dan menarik rambut Quinn Davieka membuatkan gadis itu terjerit kecil.
"Jauhkan diri kau dari Hunter dan jangan pernah bermimpi untuk masuk dalam keluarga kami." Ujar lelaki itu serius.
"Kalau aku taknak?" Soal Quinn Davieka dengan nada mencabar.
"Taknak? Tak apa. I will give a present for you. There's a bomb under your chair. So.. do I need to push this button?" Soal lelaki itu sambil menekan butang merah di tangannya. Serentak bunyi detik bom kedengaran di bawah kerusi yang diikat padanya.
"You now have 30 seconds to live. Keep breathing." Mata dikenyitkan. Quinn Davieka cuba melepaskan diri apabila melihat tiga orang tadi mula menjauhkan diri dari kerusi itu.
"I can't wait!" Ujar lelaki itu teruja. Bom sudah hampir tamat detik.
5...
4...
3...
2...
1...
Quinn Davieka memejam mata.
ANDA SEDANG MEMBACA
1 | QUEEN'S [C]
Action"Because that evil man.. got a bitch, as a Queen." . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU
![1 | QUEEN'S [C]](https://img.wattpad.com/cover/244058598-64-k300331.jpg)