CAPÍTULO VEINTE 👠

15.5K 847 45
                                    

"PERLU ke balik?" soal Hunter sambil cemberut mukanya memandang bagasi yang dibawa oleh Quinn Davieka. Gadis itu tersenyum. Sejak semalam, Hunter tidak mahu melepaskan dia pulang tetapi dia perlu balik ke Malaysia kerana syarikatnya di sana tidak boleh ditinggalkan lama.

"Nanti kita facetime, okey?" soal Quinn Davieka sambil menggenggam tangan Hunter. Perlahan lahan kepalanya diangguk.

"I promise, lepas je aku uruskan hal Stella.. Kita kahwin." ujar Hunter serius. Quinn Davieka tersenyum dan mengangguk. Tangan Hunter dicium lembut.

"I pergi dulu. Jaga diri, jangan gedik sangat dengan Stella tu kalau tak I cincang you guna heels mahal I." ugut Quinn Davieka. Hunter tergelak kecil dan mencubit pipi itu geram.

"Sure. I love you. Take care of yourself for me, can you?" soal Hunter sambil merenung mata amber itu dalam. Quinn Davieka mengangguk. Bibir mereka bersatu apabila terdengar panggilan terakhir untuk berlepas. Quinn Davieka melepaskan tautan bibir mereka dan merenung Hunter.

"Bye." ujar Quinn Davieka sambil tersenyum dan berlalu pergi. Hunter hanya merenung gadis itu pergi. Sudah ditawarkan untuk gadis itu supaya pulang ke Malaysia menggunakan pesawat peribadinya, tetapi gadis itu menolak dan ingin pulang menggunakan penerbangan biasa.

Kaki Hunter berjalan pergi apabila melihat kapal terbang yang sudah berlepas itu.  Namun tiba tiba kakinya terpijak rantai emas milik Quinn Davieka di lantai.

Mungkin tertanggal sewaktu gadis itu berada di sini tadi. Bibirnya tersenyum nipis. Sekurang kurangnya rantai itu mampu mengubat rindunya pada si empunya rantai.

***

QUINN Davieka berkerut dahi apabila rantai di lehernya tiada. Kalut dia mencari di dalam beg namun tiada. Telefonnya dikeluarkan dan dia tersenyum nipis melihat gambar rantainya yang dihantar oleh Hunter.

"Shit, I already miss you." Ujar Hunter sebaik sahaja panggilan video mereka bersambung. Quinn Davieka tergelak.

"Eleh. I baru naik kapal terbang ni seminit tau. Membongak je." ujar Quinn Davieka sambil merenung wajah Hunter dari dalam telefonnya. Hunter mencebik apabila gadis itu tidak mempercayainya. Padahal dia memang rindukan gadis itu.

"Dah, pergi kerja lah sana. Nanti malam kita facetime balik, okey?" soal Quinn Davieka. Hunter mencebik namun keluhan dilepaskan.

"Whatever it is, I love you. Remember that." ujar Hunter serius. Quinn Davieka tersenyum dengan mata berkaca. Entah kenapa dia rasa sedih seolah olah mereka tidak akan berjumpa. Padahal malam ni mereka akan FaceTime lagi setelah dia sampai ke Malaysia.

"I love you more. Bye." ujar Quinn Davieka. Talian dimatikan dan dia meletakkan telefon di dalam beg. Mata dipejam.

Hampir tiga jam perjalanan, tiba tiba terasa kapal terbang yang dinaikinya bergoyang kuat. Quinn Davieka membuka mata yang terpejam kembali dan melihat keadaan sekelilingnya yang panik. Lampu merah menyala dan siren juga berbunyi. Quinn Davieka memandang pintu kecemasan yang tidak boleh dibuka oleh para staf di atas kapal terbang.

"Airplane system will be deactive in 5 seconds."

Quinn Davieka mengambil telefonnya untuk menelefon Hunter namun telefonnya jatuh apabila kapal terbang itu turun dengan sangat laju ke permukaan bumi. Quinn Davieka memeluk begnya kemas dan mata dipejam. Telinganya dipenuhi bunyi jeritan penumpang dan akhirnya satu dentuman kuat kedengaran.

Kepala Quinn Davieka terasa seperti terhentak di sesuatu yang keras dan matanya memandang ramai orang sedang terbaring dengan darah berlumuran. Kepalanya terasa memberat dan nafasnya semakin hilang.

1 |   QUEEN'S   [C]Where stories live. Discover now