CAPÍTULO CUARENTA Y TRES 👠

14.7K 780 39
                                    

"Eii jahat!" Jerit Quinn Davieka sambil memercikkan air ke muka Lily yang turut sama tergelak.

"Best kan?" Soal Lily. Quinn Davieka mengangguk lalu memandang Hunter yang dari tadi memerhati gelagatnya.  Dia berenang ke arah lelaki itu air dipercik ke muka Hunter. Lelaki itu tersentak dan lamunannya serta merta hilang. Matanya memandang Quinn Davieka memercikkan air padanya tadi.

"Jomlah mandi sungai. Tak terliur ke tengok kitorang main air?" Soal Quinn Davieka sambil tersengih. Hunter menggeleng.

"Ala jomlah." Gadis itu menarik tangan Hunter supaya masuk ke dalam sungai.

"No, Davieka." Hunter menarik tangannya kembali. Quinn Davieka tersentak. Dia memandang Hunter seketika.

Davieka?

"Oh. Sorry." Quinn Davieka kembali berenang ke tempat Lily sambil menyelamkan mukanya agar air mata yang baru sahaja turun tidak kelihatan oleh semua orang.

Davieka. That's.. Her name but it's really hurt when it comes out from Hunter's mouth.

"Eh, dah azanlah." Ujar Franky apabila azan maghrib mula berkumandang. Quinn Davieka memejam matanya sambil kepalanya masih di dalam air.

"Davieka, jom balik. Dah maghrib ni." Ujar Lily. Quinn Davieka mengangkat kepala.

"It's okay. Korang baliklah dulu. I tak puas mandi lagi." Ujar Quinn Davieka.

"Tak boleh, bahaya la Davieka. Sekarang dah maghrib." Ujar Franky sambil mengesat rambutnya dengan tuala yang dibawa tadi. Quinn Davieka tersenyum.

"Tak apa. Siapa je nak kacau I hah? Hahah. Korang baliklah. Kena solat kan? Nanti I balik. Janji tak lama." Ujar Quinn Davieka sambil mengangkat sebelah tangannya. Mereka semua terpaksa akur dan meninggalkan gadis itu.

Termasuk Hunter. Lelaki itu berjalan pergi.

Quinn Davieka memerhati semua yang sudah berlalu sebelum dia menghela nafas. Kepalanya kembali ditenggelamkan ke dalam air.

"Arghhh!" Jerit nya sambil melepaskan segala tangis yang dipendam di dalam air itu. Kepalanya diangkat kembali untuk mengambil oksigen. Esakannya mula keluar.

Why did you make we fall for each other if we're not meant to be together, god?

Quinn Davieka menerapungkan tubuhnya di atas air dan memejam mata. Air mata masih mengalir dengan laju. Malam mula menimbulkan diri menenggelamkan senja.

Quinn Davieka kembali menyelam ke dalam air.

Satu jam setengah kemudian..

DEBUSHH

Pantas gadis itu mengangkat kepala dari air dan memandang figura yang turut menyelam ke dalam air.

"Dari maghrib sampai isyak tak puas lagi berendam?" Soal Hunter sambil menarik gadis itu rapat kepadanya. Jari Quinn Davieka diangkat dan dia melihat jari si gadis yang kecut serta pucat kerana terlalu lama berendam di dalam air sungai yang agak sejuk ini. Jari itu dibawa ke mulutnya lalu dia menghembuskan nafas panas ke jari Quinn Davieka agar tangan itu kurang sejuk.

Quinn Davieka tersentak dan merenung mata jejaka itu yang tampak bersinar di dalam kepekatan malam.

"Jom balik. Nanti kau demam." Ujar Hunter sambil menarik Quinn Davieka keluar dari air namun gadis itu mengeraskan tubuh.

"You baliklah dulu. Kan I kata I okey je mandi lama lama?" Soal Quinn Davieka gugup sambil melepaskan tangan Hunter di tubuhnya.

Hunter melepaskan gadis itu sebelum dia turut berdiam diri di dalam sungai. Langit yang berbintang itu direnung.

1 |   QUEEN'S   [C]Where stories live. Discover now