"No."
"No."
"No."
"No!"
"Hunter! Baju ni dah elok, okey!" Ujar Quinn Davieka apabila hampir kesemua baju yang dipakai olehnya disuruh tukar oleh lelaki itu.
"Seksi sangat. Kau nak melacur ke apa ni?" Soal Hunter. Quinn Davieka mengetap bibir. Mereka cuma ingin keluar makan sahaja tetapi Hunter menyuruh dia memakai pakaian seperti mereka dalam musim salji!
"You tu cerewet! Baju I ni dah okey tapi you masih nak I tukar baju lain. You nak I pakai baju apa? Baju Kebaya? Ke baju kelawar?" soal Quinn Davieka geram. Ingin sahaja disumbat baju ke dalam mulut Hunter.
"Still, no." Hunter bangun dari kerusinya dan membuka wardrobe milik Quinn Davieka. Perangai.. Kemudian Hunter membelek belek pakaian di situ. Tangannya menyentuh laci.
"No! Those are my underwears." ujar Quinn Davieka sambil menghalang tangan Hunter di laci miliknya. Hunter tergelak kecil. Kemudian dia mengeluh. kakinya melangkah ke pintu dan tombol dipulas.
"Stay here. I'll come back." pesan Hunter sebelum dia keluar. Quinn Davieka mengeluh. Lelaki ini memang suka menaikkan darahnya. Akhirnya Queen Davieka kembali bersolek di hadapan cermin. Bunyi pintu terbuka mengalihkan perhatiannya.
"Apa tu?" soal Quinn Davieka sambil memandang beg di tangan Hunter. Hunter mengeluarkan hoodie berwarna putih dan dia melangkah ke arah Quinn Davieka.
"Ini aku punya, but you can wear since there is no fucking suitable clothes in your wardrobe." ujar Hunter sinis. Quinn Davieka merengus dan memeluk tubuh.
"Hoodie you ni besar! You nak I pakai dan jadi apa? Smurf?" soal Quinn Davieka tidak puas hati. Hunter tersenyum lalu mendekatkan bibirnya ke telinga Quinn Davieka.
"Sexiest smurf." bisik Hunter. Kemudian wajahnya kembali serius dan dia memandang Quinn Davieka. Hoodie itu dipakaikan di badan Quinn Davieka. Betul betul nampak seperti smurf cuma wajah Quinn Davieka tidak berwarna biru.
"Now we can go for a dinner." ujar Hunter sambil mengenyitkan mata. Quinn Davieka menjeling.
"Kenapalah nak complicated sangat, baju je pun." bebel gadis itu. Kemudian dia terjerit kecil apabila pinggangnya dipeluk. Pantas tangannya menahan dada Hunter.
"Kalau kau pakai baju tadi.. aku akan bunuh semua lelaki yang pandang kau dengan baju seksi itu dan semestinya kau akan susah kerana wajah kau dan aku akan masuk ke dalam media massa di seluruh Malaysia." bisik Hunter sambil matanya merenung wajah Quinn Davieka. Gadis itu menelan air liur.
"Now let's go." Tangan Quinn Davieka digenggam dan mereka mula keluar dari rumah gadis itu.
***
"It's quite fishy. I rasa macam ada orang tengah memerhatikan kita. Kan?" soal Quinn Davieka sambil memandang Hunter yang sedang tekun menikmati makanannya. Hunter mengangkat kepala.
"Hm? Perasaan kau je tu. Nah." garfu yang tercucuk udang dihalakan ke arah Quinn Davieka. Gadis itu membuka mulut.
"Tapi betul! I think someone is.." terbuntang mata Quinn Davieka apabila sebiji meatball besar disumbat ke dalam mulutnya. Hunter tersenyum kecil melihat pipi kembung gadis itu. Kemudian pasta disumbat ke dalam mulut sendiri.
"Lepasni kita nak dating ke mana?" soal Hunter sambil menjongket kening. Quinn Davieka memikir seketika.
"Its already late night. Kita balik je lah lepasni." ujar Quinn Davieka. Hunter mengangguk lalu mata amethystnya memandang seorang lelaki yang sedang membelek menu di meja belakang Quinn Davieka.
"Kenapa you tenung I macamtu? Ada comot ke?" soal Quinn Davieka sambil mengeluarkan cermin dari beg tangan untuk melihat mukanya. Pantas Hunter mengambil cermin itu dan digenggam kemas. Bibir mengukir senyum manis.
"You're just too cute tonight." Ujar Hunter sambil mengenyit mata. Quinn Davieka mencemik. Ada ada je dia ni.
"Betul, okey!" ujar Hunter apabila melihat riak menyampah yang ditunjukkan oleh Quinn Davieka. Gadis itu menjulingkan mata ke atas namun tiba tiba mukanya berkerut.
"Are you good?" soal Hunter. Quinn Davieka mengangguk namun tiba tiba tekaknya terasa mual.
"Queen.."
Tanpa sempat Hunter menghabiskan ayat, Quinn Davieka terus bangun dan menuju ke tandas. Hunter mengambil makanan Quinn Davieka dan meneliti makanan itu. Matanya meneliti minuman gadis itu pula. Rahangnya terketap rapat sebelum dia bangun. Kaki melangkah ke arah sebuah kaunter.
"Aku nak jumpa semua pekerja restoran ni." ujar Hunter sambil memandang pekerja yang berdiri di kaunter. Pekerja itu terkejut seketika sebelum mukanya berubah serba salah.
"Maaf tuan, kami tak boleh buat macamtu sebab...."
"Kalau aku cakap aku nak jumpa, maknanya aku nak jumpa! Kau nak mati?!" Jerkah Hunter sambil menghentak tangannya ke atas meja dan menarik perhatian seluruh pelanggan restoran itu.
"Tuan.."
"Jangan sampai aku ulang apa yang aku nak." ujar Hunter serius.
***
Quinn Davieka membasuh wajahnya dan bersandar di dinding. Tekaknya terasa mual kembali. Kemudian dia melihat seorang pekerja restoran itu membuang paket serbuk ke dalam tong sampah.
"Weh Lily! Bos panggil. Dia cakap dia nak semua pekerja berkumpul." ujar salah seorang yang baru tiba. Pekerja bernama Lily itu terus membuang sesuatu ke dalam tong sampah.
"Aku rasa nak buang air lah. Nanti aku datang." kata Lily. Quinn Davieka kembali membongkok ke sinki apabila rasa mual semakin kuat.
"Cik, are you okay?" soal Lily. Quinn Davieka mengangguk. Kepalanya dicengkam kemas.
"No you're not." ujar gadis itu sambil memapah Quinn Davieka yang hampir rebah.
***
"Capo, pekerja nama Lily tak ada dalam tandas. Kami dah periksa." ujar salah seorang anak buah Hunter. Hunter meraup wajah dan menyepak meja kecil di tepinya. Kemudian dia memandang semua pelanggan di dalam restoran itu.
Atas arahannya, pintu dan semua laluan keluar atau masuk ke restoran mewah itu terpaksa ditutup untuk menyekat walau seorang pun manusia keluar dari situ.
Lelaki yang membelek menu di meja belakang Quinn Davieka juga tiada.
Macamana dia boleh lari?
Hunter sambil menghela nafas kasar. Wajahnya berubah tegang sejak ada seorang pekerja melaporkan ketiadaan Quinn Davieka dari restoran itu bersama seorang pekerja.
"I'm sorry Capo Hunter, we'll find your girlfriend and our worker as soon as possible." Ujar pemilik restoran itu. Hunter merenung tajam mata lelaki itu.
"Pastikan kau tidak tipu aku. Jika aku tahu kau tipu aku dan kau bersubahat dengan pekerja kau untuk culik bakal isteri aku, aku bunuh kau dan keluarga kau." Ujar Hunter. Pemilik restoran itu meneguk liur dan mengangguk perlahan.
Dia tiada pilihan, kuasa seorang D'Ezekiel amat kuat.
"Silap besarlah kau cari pasal dengan aku." Bisik Hunter sambil giginya diketap kuat.
YOU ARE READING
1 | QUEEN'S [C]
Action"Because that evil man.. got a bitch, as a Queen." . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU