CAPÍTULO VEINTIUNO 👠

14.2K 827 73
                                    

AKTIVITI pencarian masih diteruskan namun kebanyakan mangsa yang hilang rata rata jika baru dijumpai, semuanya sudah meninggal. Hunter memerhati kawasan kemalangan itu dengan pandangan kosong. Beberapa pegawai keselamatan mencari mayat penumpang yang masih belum dijumpai.

"Are you okay?" Soal Franky sambil menepuk perlahan bahu Hunter. Lelaki yang sedang mengelamun itu tersentak dan mengangguk kecil.

"Ada mayat yang hancur dan tak dapat dicam oleh polis." Ujar Franky. Hunter tersenyum nipis. Fikirannya kosong. Seperti tidak mampu memproses apa apa dan dia hanya banyak diam dari bercakap.

Keadaan dia sama seperti waktu ibunya meninggal dahulu.

Kemudian Hunter berlalu pergi berjalan ke arah mayat yang baru dijumpai. Ada sebanyak 21 mayat yang baru dijumpai. Wajah mayat mayat itu dipandang tanpa perasaan. Hunter melangkah lagi ke arah serpihan kapal terbang yang terhempas. Dahinya berkerut melihat sesuatu di sebalik serpihan itu. Pantas serpihan itu ditolak menggunakan seluruh tenaganya walaupun serpihan itu agak besar dan berat.

Telefon bewarna putih itu diambil dan dia melihat skrin yang retak dan belakangnya yang sudah hancur. Telefon ini, mirip dengan telefon milik Quinn Davieka. Hunter pantas mencari cari di kawasan tersebut.

"Queen! Queen!" Jerit Hunter sambil menggenggam kemas telefon itu. Kakinya berjalan jauh ke dalam kawasan larangan kemalangan dan dia menolak segala serpihan yang menghalangnya.

Franky menoleh apabila Hunter sudah hilang dari pandangannya.

"Hunter?" Soal Franky sambil memandang sekeliling. Kemudian jantungnya seakan terhenti apabila kelibat Hunter tiada. Kakinya berlari laju mencari Hunter namun laungan seseorang membuatkan langkahnya terhenti.

"We found a new missing victim! A girl with amber eyes!" Laung anggota bomba itu. Franky menoleh seketika dan melihat mereka sedang menguruskan mangsa yang baru ditemui kemudian dia kembali berpaling pergi untuk mencari Hunter.

"Hunter! Hunter!" Laung Franky sambil mencari di segenap kawasan.

***

HUNTER mencari lagi di kawasan yang terdapat banyak serpihan itu. Giginya diketap apabila masih tiada kelibat Quinn Davieka di situ.

"Queen.. Please.. Kau sayang aku kan? Jangan buat aku macamni." Ujar Hunter dengan mata berkaca. Telefon Quinn Davieka cuba dihidupkan namun telefon itu sudah rosak dan mati.

Matanya memandang sebuah beg yang kotor dengan tanah lalu tangannya mengambil beg itu. Isi beg diperhati dan dia membulatkan mata melihat barang barang di dalam beg itu. Semuanya barang Quinn Davieka!

Hunter memandang sekeliling. Hatinya kuat mengatakan bahawa Quinn Davieka masih hidup.

Kaki melangkah lebih laju meneroka kawasan sunyi itu. Tangannya dan kaki yang luka akibat serpihan pesawat dan barang kaca di atas tanah tidak dipedulikan.

"Queen.." Bisik Hunter lagi. Bibir diketap.

"QUINN DAVIEKA!!" Jerit Hunter kuat sambil melepaskan tangis apabila hampir dua jam mencari, kelibat gadis itu masih tiada. Teresak esak dia keseorangan sambil memeluk beg yang kotor itu.

Kakinya terasa longlai dan dia terduduk. Matanya memandang langit dan tiba tiba tangisannya terhenti.

.
.

"You know what, my little hero? There's our god.. Up there, whenever you sad.. Or you in trouble, just seek a help from Him and He will help you." Ujar sang ibu kepada si anak.

"God? But daddy said god doesn't exist." Ujar si anak polos. Wanita itu tersenyum lalu menggenggam tangan anaknya.

"It exist. His name is Allah. Our god. The one and only." Ujar si ibu.

.
.

Hunter memandang langit biru itu.

"Allah.." Bisiknya perlahan. Perlahan lahan kepalanya memberat pandangannya mula gelap.

***

"HE'S exhausted. Bagi dia rehat yang cukup dan dia akan okey."

Suara itu menyedarkan Hunter dari lenanya yang panjang. Matanya memandang doktor dan Franky yang sedang berbual. Franky menoleh apabila terasa dirinya diperhatikan.

"Bro, kau okey? Ada rasa sakit mana mana?" Soal Franky. Hunter geleng dan duduk dari baringnya. Wayar di tangannya diperhati sebelum dia memandang Franky.

"Franky." Panggil Hunter. Adiknya pantas memandangnya dan menanti bicara darinya.

"Does Allah exist?" Soal Hunter. Franky terdiam. Ayahnya selalu menafikan kewujudan Allah sehingga dia dan Hunter dipaksa untuk mengikut ayahnya yang merupakan seorang atheist.

"I don't.. Know." Jawab Franky. Hunter tersentak lalu mencari cari sesuatu.

"Semua barang Davieka ada. Aku dah cuci beg dia." Ujar Franky. Hunter menghela nafas lega. Kepalanya disandarkan di kepala katil.

"la mia mammina ha detto che Allah ci aiuterà se siamo nei guai. (Mammina cakap Allah akan bantu kita jika kita ada masalah.)" Ujar Hunter kemudian dia menunduk.

"Do you want to learn about Him?" Soal Franky. Hunter mengangkat kepala dan merenung Franky. Perlahan lahan kepalanya diangguk.

"Okay." Ujar Franky.

"But daddy will be mad." Ujar Hunter takut seperti anak kecil.

"Fuck daddy." Jawab Franky bersahaja. Hunter tersenyum nipis.

***

"KAMU berdua dari Itali? Jauhnya?" Soal lelaki tua itu sambil memandang dua orang pemuda kacukan itu. Hunter dan Franky saling berpandangan dan tersengih.

"Iya, pekerja kami cakap uncle boleh bantu kami."

"Eh, naiklah. Maaf. Lupa pula nak jemput. Ha, masuk masuk. Rumah ni ada dua bilik je. Tak apa ke?"

"Tak apa uncle, kami tidur sebilik pun boleh." Ujar Hunter. Franky mencebik.

"Taknaklah aku." Gumamnya perlahan namun dia terjerit kecil apabila Hunter memijak kakinya.

"Sure. Kami boleh tidur sebantal." Ujar Franky. Lelaki itu tergelak kecil.

"Pakcik ni tak reti bahasa omputih sangat. Syukurlah kalau kamu berdua pandai Bahasa Melayu. Boleh panggil pakcik atuk je."

"Atuk?" Soal mereka berdua serentak. Lelaki itu angguk.

"Ye lah. Atuk. Lebih mesra sikit." Ujarnya. Anak muda dua itu perlahan lahan angguk.

"Kamu berdua pergi rehat dulu. Mandi mandi dulu lepastu nanti kita belajar sikit sikit, okey?" Soal lelaki yang ingin dipanggil sebagai atuk itu.

Hunter masuk ke dalam bilik kayu itu. Hanya terdapat sebuah katil besi dan almari. Itu sahaja. Franky turut memandang bilik itu.

"Are you serious?" Soal Franky tidak percaya. Kakinya teragak agak memijak lantai kayu bilik itu. Kalau runtuh macamana?

"Just get in, you asshole." Hunter menolak Franky yang menyekat laluannya lalu dia duduk di atas katil. Mata memandang sekeliling dan nafas dihela.

"Katil ni mungkin boleh roboh kalau kau dengan Davieka berhoneymoon di sini." Ujar Franky sambil tergelak kecil namun seketika kemudian dia terdiam.

"Sorry, aku.."

"Aku nak mandi dulu atau kau?" Soal Hunter memotong percakapan Franky kerana bilik air di rumah ini hanya ada satu.

"Aku dulu." Jawab Franky sambil mengambil tualanya dan berlalu pergi. Tanganya menampar perlahan bibir yang celupar. Hunter melihat kelibat Franky yang hilang sebelum nafas terhembus. Matanya tiba tiba berair mengingatkan Quinn Davieka.

Jauh di sudut hatinya, walaupun mustahil.. Dia akan tetap menunggu kepulangan gadis itu ke pangkuannya.

1 |   QUEEN'S   [C]Where stories live. Discover now