Mereka mula tiba di bumi Spain setelah 12 jam penerbangan. Quinn Davieka merenggangkan tubuh badannya.
"So, kita akan ke mana?" Soal Hunter sambil memandang Quinn Davieka. Gadis itu turut memandangnya.
"I dah call bodyguard. Kita duduk rumah I dulu. Tapi kalau you nak check in hotel, you pergilah."
Hunter tersenyum.
"I'm your boyfriend, remember? Jadi kenapa kita perlu duduk asing?" Soal Hunter dengan nada miang. Quinn Davieka mengulingkan mata ke atas dan berjalan pergi. Hunter tersengih.
Mereka tiba di mansion milik Quinn Davieka.
"And this you called 'rumah'?" Soal Hunter apabila melihat mansion itu. Mewah. Quinn Davieka tersenyum nipis.
"Bilik you belah sana."
"Bilik kau?" Soal Hunter. Quinn Davieka menunjuk ke arah bilik di sebelah bilik Hunter. Hunter angguk. Beg yang diberi oleh bodyguard diambil dan dia menutup pintu.
"Lepasni kita pergi shopping baju." Kata Quinn Davieka.
"Alright, Queen."
"Jangan panggil saya Quinn! We're in Spain." Ujar Quinn Davieka dengan nada geram sebelum dia masuk ke dalam biliknya. Hunter terdiam seketika.
"I guess I can but I can't, Queen." Gumam Hunter sebelum turut masuk ke dalam bilik Quinn Davieka.
"What the.. Fuck!" Ujar Quinn Davieka terkejut apabila melihat Hunter di dalam biliknya. Beg pakaiannya diletakkan di atas katil dan dia mencekak pinggang.
"Hunter D'Ezekiel, bilik you sebelah sana. Sini bilik I." Kata Quinn Davieka. Hunter memejam mata.
"But I'm your boyfriend."
"Yes, bukan suami."
"We don't need to marry to have a baby." Kenyitan dihadiahkan kepada Quinn Davieka. Gadis itu merengus dan membaling bantal kecil ke muka Hunter.
Namun tangan berurat keras itu nenyambut santai.
"Kau ni asyik baling barang je. I'm your boyfriend tau. Macamni ke cara kau layan bakal suami kau?" Soal Hunter sambil mengerutkan dahi.
"Okey fine. You tidurlah sini biar I pergi bilik sebelah." Kata Quinn Davieka sambil mengambil bagasinya. Tangannya memegang tombol pintu namun pergerakannya terhenti apabila ada tangan menolak pintu itu dari belakangnya.
"Where do you think you're going?" Soal Hunter dengan nada berbisik di tepi telinga Quinn Davieka.
"Kalau kau tidur bilik sebelah.. Aku balik Malaysia." Ugut Hunter. Quinn Davieka melopong. Kemudian dia berpaling ke arah Hunter.
"Mana boleh! You dah janji nak tolong I kan?" Soal Quinn Davieka mula geram dengan jejaka itu. Hunter tersenyum sinis dan dagu Quinn Davieka dipegang.
"Now tell me, where are you going?" Soal Hunter lembut. Quinn Davieka menepis tangan Hunter di dagunya dan dia mencampak bagasi ke atas katil. Hunter tersenyum dan rambut gadis itu dicium.
"Good girl."
Hunter kembali ke katil dan tubuhnya direbahkan di atas katil. Mata dipejam. Quinn Davieka mengeluh.
Tak apa Davieka. Lepas je majlis kahwin sepupu kau ni, it's all over!
***
Tangan Hunter ditarik masuk ke kedai Kiton. Liat sangat budak ini ingin memilih baju.
"Ini nampak sesuai dengan you." Kata Quinn Davieka sambil menunjukkan sut berwarna putih kepada Hunter. Lelaki itu mengerutkan dahi.
"I prefer black."
"Kita bukan nak berkabung!" Ujar Quinn Davieka sambil menepuk geram badan jejaka itu. Hunter tergelak kecil.
"Tapi baju kau berwarna biru. Jom cari sut biru juga." Kata Hunter sambil membelek beberapa tuxedo di situ. Kemudian tangannya mengambil satu tuxedo berwarna biru gelap.
"How about this?" Soal Hunter sambil menunjukkan tuxedo itu. Quinn Davieka memuncung seketika.
"Hmm boleh tahan, nampak elegan juga." Kata Quinn Davieka. Hunter tersenyum bangga lalu tuxedo berharga 328K euro itu dibeli.
At least, tuxedo ini tidak semahal dress Quinn Davieka yang baru dipilih tadi.
Setelah membuat pembayaran, mereka singgah makan di CEBO Madrid Restaurant yang terletak di Madrid, Spain. Hunter memerhati Quinn Davieka yang makan seperti orang kebuluran itu.
"Kita baru makan sarapan sebelum membeli belah tadi. Lapar lagi?" Soal Hunter pelik. Quinn Davieka memandang Hunter.
"Well, satu benda yang orang tak tahu pasal I adalah.. I kuat makan dan I selalu lapar." Kata Quinn Davieka. Terjongket sebelah kening Hunter.
"And you still got an ideal body. Bela saka ke?" Soal Hunter. Garfu dibaling ke arah Hunter namun pantas lelaki itu menyambut. Ada ke patut kata dia bela saka? Dia rajin bersenam okey!
Hunter tergelak menerima pandangan membunuh daripada Quinn Davieka.
"Okay, I won't tease you. Eat." Ujar Hunter sambil menyuapkan callos ke dalam mulut Quinn Davieka.
Si gadis kuat makan!
***
Quinn Davieka melopong seketika melihat jejaka yang berdiri di hadapan cermin itu.
Rambut perang yang messy tetapi masih terurus, tuxedo biru gelap dan kemeja putih. Anak mata amethyst miliknya kelihatan berkilau. Hidung mancung itu bagai memanggil dirinya untuk menggigit. Bibir pink itu pula mengukir senyuman sinis penuh pesona.
Sinis?
Quinn Davieka tersentak. Hunter tergelak kecil.
"Too attractive, huh?" Soal Hunter. Quinn Davieka menjeling.
"Tak pun." Kata Quinn Davieka sambil mengambil heels miliknya dari beg kertas Jada Dubai yang baru dibelinya.
Kasut yang berwarna putih bertatahkan berlian itu dipakai dengan tidak puas hati. Ini kerana, kos kasut itu dan segala pakaiannya pada malam ini ditanggung sepenuhnya oleh Hunter. Puas ditolak.
Sebab dia juga ada duit!
Tetapi Hunter yang memang anti penolakan itu tetap memaksanya untuk membenarkan lelaki itu menjelaskan bayaran. Acah acah gentleman padahal semakin menyusahkan dirinya kerana perlu terhutang budi dengan jejaka Italy ini.
Aci kerat jari pun dia jamin Hunter tidak akan bagi dia bayar balik harga semua hasil beli belah yang hampir mencecah satu juta euro itu. Itu baru barang dia, belum masuk barang Hunter lagi.
Tahulah kaya. Quinn Davieka berdecit.
"You know what?" Soal Hunter sambil tangannya memeluk pinggang Quinn Davieka. Gadis itu terkaku apabila haruman Clive Christian menerobos ke dalam deria bau nya.
"Kau nampak menggoda, dan itu buatkan aku rasa taknak keluar malam ni." Bisik Hunter sambil tangannya memegang zip dress Quinn Davieka.
"Hunter!" Quinn Davieka menolak tangan lelaki itu.
"Behave!" Marahnya lagi lalu berjalan ke cermin untuk membuat kemasan terakhir. Hunter tergelak kecil. Kemudian mereka mula bergerak ke majlis perkahwinan sepupu Quinn Davieka.
YOU ARE READING
1 | QUEEN'S [C]
Action"Because that evil man.. got a bitch, as a Queen." . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU