JAM sudah menginjak ke angka tujuh petang. Hunter memerhati Quinn Davieka yang masih sibuk menyelesaikan tugasnya yang terkoyak tadi.
"Banyak lagi ke?" Soal Hunter sambil menarik kerusi di hadapan Quinn Davieka dan melabuhkan duduk di situ.
"You baliklah. I bukan budak kecik sampai nak berteman bagai." Ujar Quinn Davieka. Hunter menongkatkan dagunya dan wajah gadis itu direnung.
"Let me see." Ujar Hunter sambil bangun dan melangkah berdiri di belakang gadis itu. Tangannya ditekapkan ke meja dan skrin komputer itu diperhati.
"Yang ni copy and then yang koyak tu kena reprint kan?" Soal Hunter. Quinn Davieka angguk. Hunter tersenyum.
"Biar aku buat. Kau pergi balik rehat." Ujar Hunter. Quinn Davieka tercengang lalu memandang lelaki itu.
"What?" Soal gadis itu tidak percaya.
"Aku buat. Senang je ni, copy je." Ujar Hunter. Quinn Davieka menggeleng.
"Tak apalah, I boleh buat. You tu yang kena balik. Ini bukan syarikat you sampai you nak risau pasal kerja I."
"Siapa kata aku risaukan kerja kau? Aku risaukan kau. Dah, tepi." Ujar Hunter mengarahkan gadis itu bangun dari tempat duduknya namun Quinn Davieka tidak berganjak.
"Jangan sampai aku dukung, Davieka." Ugut Hunter. Gadis itu mendengus dan bangun dari kerusi. Hunter tersenyum dan dia duduk di atas kerusi kerja Quinn Davieka. Tangan mula lincah menaip. Hanya mereka berdua sahaja di dalam bangunan ini kerana pekerja lain semuanya telah pulang.
Hampir tiga jam menaip dan mencetak akhirnya kerja yang terkoyak oleh Leo tadi sudah siap kembali. Hunter memerhati seluruh bangunan itu sebelum dia melangkah keluar dari pejabat.
Pintu bilik pejabat Quinn Davieka dikunci dan dia bersiul kecil sambil berjalan keluar.
"Sini kunci ofis I." Ujar Quinn Davieka. Hunter pantas menoleh.
"Terkejut aku. Aku suruh balik kan?"
"Suka hati I lah nak balik ke tak. Sini." Kunci itu dirampas dan dia berjalan keluar. Hunter menggeleng. Selama tiga jam gadis itu menunggu dia? Haih.
Hunter dan Quinn Davieka beriringan keluar ke tempat parkir.
Hunter mengerutkan dahi apabila terasa seperti ada sesuatu yang mengekorinya dari tadi. Pintu kereta dibuka dan terus dia terasa dirinya ditolak kuat.
POW
"Argh!" Mereka berdua terjatuh ke lantai. Hunter memandang Quinn Davieka yang menolaknya. Kemudian pandangannya jatuh ke arah keretanya yang meletup kemudian terbakar.
"Kereta you.." Quinn Davieka melopong. Nasib baik sempat nampak ada percikan api di kereta lelaki itu. Hunter mengetap rahang melihat Koenigsegg CCXR Trevita miliknya yang terbakar. Kemudian dia memandang Quinn Davieka.
"Kenapa tolak aku?" Soal Hunter dingin. Quinn Davieka memandang jejaka itu dengan riak tak percaya.
"I tolak you sebab taknak you mati! Kalau I tak tolak you, dengan you you sekali hangus faham tak?" Soal gadis itu geram. Hunter meraup wajah dan mereka bangun dari lantai.
"Auchh!"
Hunter memegang bahu Quinn Davieka yang tiba tiba ingin jatuh.
"Kaki I." Ujar Quinn Davieka. Mungkin kakinya terseliuh kerana ingin menolak Hunter. Bibir diketap rapat apabila sakit di kakinya membuatkan dia tidak boleh berjalan.
"Kunci kereta kau mana?" Soal Hunter. Quinn Davieka mengambil kunci kereta dari beg tangannya dan disua kepada Hunter.
Hunter mendukung Quinn Davieka sehingga gadis itu terjerit kecil ke kereta gadis itu. Quinn Davieka diletakkan di tempat sebelah pemandu dan dia mula memandu kereta gadis itu pergi meninggalkan kereta yang hangus terbakar.
![](https://img.wattpad.com/cover/244058598-288-k300331.jpg)
YOU ARE READING
1 | QUEEN'S [C]
Action"Because that evil man.. got a bitch, as a Queen." . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU