CAPÍTULO VEINTITRÉS 👠

13.5K 816 37
                                    

7 BULAN KEMUDIAN

Langit yang kebiruan itu direnung lembut kemudian dia tersenyum nipis. Kemudian tubuh kembali duduk di atas kerusi dan pen diambil. Tangannya mula melakukan kerja di pejabat.

Tiba tiba telinganya terdengar bunyi sorakan yang agak kuat. Hunter bangun dan melangkah keluar dari pejabat. Pintu bilik di tepi pejabatnya ditolak kasar.

"Aku dah kata dia mesti menang! Dia menang!!" Kelihatan Franky melompat di atas lantai diikuti tepukan dua pekerja lagi. Hunter mengetap gigi dan rambut Franky ditarik.

"Arghh! Bro! Apa ni!" Bentak Franky sambil melepaskan tangan Hunter di rambutnya. Bibirnya mencemik apabila rambutnya sudah serabai.

"Kau tu yang mengganggu aku! Tadi dah tiga kali aku bagitahu jangan buat bising!" Marah Hunter pula. Franky menjeling dan kembali duduk dengan sopan. Mulutnya dibuat gaya zip.

"Puas?" Sindir Franky.

"Sekali lagi kau buat bising, siap kau." Hunter memberi jelingan amaran dan melangkah keluar.

"Aku dah kata dia menang!"

Hunter mengetap bibir dan nafas dihela. That little shit really wanted to die. Namun seketika kemudian, bibirnya tersenyum nipis. Disebabkan little shit itu jugalah dia masih bernyawa.

Precious little shit brother.

Hunter melangkah ke pantry dan cawan diambil. Tangannya lincah menyediakan air kopi panas untuk dirinya.

"Babe!"

Terangkat bahu Hunter apabila dirinya disergah oleh suara itu. Dia menoleh dan mengerutkan dahi.

"Bukan you dekat China ke?" Soal Hunter kepada Stella. Gadis itu tersenyum.

"Surprise!"

Hunter kembali membuat airnya dan air itu dibawa ke dalam pejabat tanpa menghiraukan Stella. Gadis itu turut masuk ke dalam pejabatnya.

"Hunter, come on.. Cheer up. You tak suka ke I balik ni?" Soal Stella sambil memeluk leher Hunter namun ditepis.

"What's wrong with you? You masih teringatkan perempuan gedik yang dah mati tu ke?" Soal Stella lancang. Hunter merenung Stella. Gadis itu memeluk tubuh dan bergerak ke sofa.

"Poor you. Benda tu dah lama Hunter. Dah 7 bulan. Move on je lah dia tu dah aman dekat alam sana and you? Still ingatkan dia. For what? Dia tu bukannya berharga sangat pun sampai.."

PANG

Stella terjatuh ke sofa akibat tamparan Hunter. Bibir gadis itu sedikit memerah. Stella memandang Hunter dengan mata membulat.

"You.. Tampar I? Wow. Sebab perempuan yang dah mati you tampar I? Eh, apa hebat sangat perempuan tu hah?!" Bahu Hunter ditolak kasar.

"She is my Queen. Dan mulut kotor kau, tak layak berkata apa apa tentang dia." Ujar Hunter sambil merenung Stella tajam.

"Okay. Tapi your queen dah mati. Jadi I akan pastikan you kahwin dengan I by hook or by crook." Ujar Stella sinis. Hunter melangkah ke mejanya kembali. Malas mahu melayan orang gila.

Stella mendengus apabila Hunter sedikitpun tidak memberi perhatian padanya malah lelaki itu terus mendiamkan diri.

***

"BULLSHIT." Hunter meletakkan telefonnya. Franky yang sedang menghirup air mendongak.

"Why?" Soal Franky. Hunter menghela nafas.

"Stella. Dia bagitahu daddy supaya perkahwinan kami dipercepatkan." Ujar Hunter sambil meraup muka. Franky menjongket kening.

"Habistu? Kau setuju?" Soal Franky. Hunter merenung tajam adiknya.

"Hell no! Aku takkan kahwin dengan dia." Ujar Hunter sambil menjeling. Kemudian dia menongkatkan pipinya dengan tangan.

"But daddy.."

"How many times do I need to tell you, fuck daddy!" Ujar Franky. Kemudian dia merenung Hunter.

"Sampai bila kau nak duduk di bawah dia? Kita kena lawan dia. Kalau kau terus ikut je arahan dia, sampai bila bila tak akan ada apa apa berubah. Cuba kau tengok, disebabkan sifat pengecut kau tu siapa yang berada di sisi kau? No one! Your mom, Davieka, they're gone!" Ujar Franky. Hunter memejam mata.

Giovanni D'Ezekiel

"Susah. Daddy tu berpengaruh. Kalau kita tentang dia, dia lawan kita dengan kroni dia. Macamana kita nak lawan?" Soal Hunter.

"Habistu kau nak kahwin dengan Stella lah?" soal Franky. Hunter terdiam. Kahwin dengan Stella? No! Dia tetap akan tunggu Quinn Davieka . Jika benar gadis itu sudah meninggal sekalipun, tiada siapa yang mampu membuat hatinya tertawan. Hanya Quinn Davieka.

"Kalau disebabkan cinta boleh buat kau gila, then kenapa kau tak gunakan cinta tu untuk kau lepaskan diri kau dari semua ni?" Soal Franky. Hunter memandang Franky.

"Aku tahu aku bijak. Tak payah puji." Ujar Franky apabila si abang merenung ke arahnya. Hunter tersenyum.

"Aku boleh tunjuk gila aku. Kalau itu yang dia nak." Ujar Hunter sambil tersenyum lebar. Dia kemudian bangun dan melangkah pergi. Franky memandang abangnya sebelum bibirnya turut tersenyum.

"That's my brother." bisik Franky.

Hunter masuk ke dalam pejabatnya dan telefon diambil. Tangannya mendail nombor seseorang.

"Skyler, I need your help."

***

"Immagino tu sappia già del matrimonio di te e Stella, giusto? (Daddy rasa kamu dah tahu tentang perkahwinan kamu dan Stella, kan?)" Soal lelaki 50an sambil memandang anak sulungnya itu.

"." Jawab Hunter sepatah. Giovanni tersenyum.

"Good. Now I want you to prepare your wedding with her and I don't fucking accept any objection for this wedding. Do you get it?" soal Giovanni lagi. Hunter memandang ke lantai seketika sebelum kembali merenung lelaki tua dihadapannya.

"When is the wedding?" Soal Hunter.

"She didn't tell you?"

Hunter menggeleng.

"Wedding kita bulan depan." Ujar satu suara lembut. Hunter dan Giovanni menoleh dan mata melihat Stella yang melangkah masuk ke dalam pejabat itu. Punggung dilabuhkan di atas sofa ditepi Hunter dan lengan jejaka itu dipeluk. Bibir mengukir senyuman menggoda.

"Hi, pretty." Sapa Giovanni. Stella tersenyum manis.

"Hi, daddy." sapa Stella.

"I want to speed up this wedding." Ujar Hunter. Kedua dua pasang mata itu memandangnya.

"W..What?" Soal Stella. Hunter tersenyum dan bahu Stella dipeluk.

"Darling.. Sebulan tu lama sangatlah. What do you say if we get married next week? Oh, or kita boleh kahwin minggu ini? I excitedlah nak kahwin dengan you. We can have babies." Ujar Hunter menggoda. Stella terkedu apabila Hunter merapatkan wajah ke arahnya. Jantungnya juga berdegup laju. Bukan kerana cinta tetapi..

Takut.

Ya, dia tiba tiba rasa takut dengan Hunter. Renungan lelaki itu seolah olah mempunyai maksud lain. Bukan sekadar renungan menggoda. Hunter tersenyum sinis melihat wajah  gentar Stella namun lelaki itu kembali beriak tenang.

"What do you think, daddy? Perkahwinan ini patut dipercepatkan, betul tak?" soal Hunter sambil memandang Giovanni. Lelaki tua itu berfikir seketika.

"Why not."

Hunter melakarkan senyum lebar.

1 |   QUEEN'S   [C]Where stories live. Discover now