CAPÍTULO CUARENTA Y DOS 👠

13.8K 781 43
                                    

"Siapa je yang berborak masa naik motor?!" Soal Hunter dengan nada geram sambil menyapu ubat luka ke tangan Quinn Davieka yang tercalar kerana jatuh motor tadi.

Hampir luruh jantungnya apabila kereta yang dipandu olehnya sendiri melanggar motor yang dinaiki dua gadis itu.

Quinn Davieka hanya diam dengan muka cemberut. Hunter menoleh pula pada gadis yang turut bersama Quinn Davieka tadi.

"Saya minta maaf." Pinta Lily apabila gerun melihat mata amethyst itu memanah matanya. Hunter mengeluh perlahan.

"Excuse us." Tangan Quinn Davieka ditarik masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dikunci lalu dia melihat Quinn Davieka yang berpeluk tubuh.

"Kenapa keluar tak bagitahu aku?" Soal Hunter. Nasib baik Luke, iaitu abang Lily memberitahunya bahawa Quinn Davieka tersesat ke rumah atuk mereka. Franky juga tidak dapat mengesan kedudukan Quinn Davieka kerana di kampung ini tiada akses untuk mendapatkan kedudukan Quinn Davieka.

"Kenapa nak kena bagitahu you? You bukan peduli pun pasal I." Tubuh Hunter ditolak dan dia duduk di atas katil.

"Kalau aku tak peduli, aku tak datang sini tau. Tinggalkan kerja aku lagi." Hunter turut melabuhkan duduk di sebelah Quinn Davieka. Dagu gadis itu dipaut dan dihadapkan agar memandang wajahnya. Bibirnya tersenyum nipis.

"Don't cry." Pujuk Hunter sambil mengelap air mata Quinn Davieka yang luruh dengan laju ke pipi gadis itu.

"You tu, jahat! I dah pujuk tau tapi you still marah I!" Dada Hunter dipukul berkali kali sebelum tangan kecilnya ditangkap oleh tangan Hunter. Hunter mencium lembut tangan Quinn Davieka.

"Ye, aku salah. Aku minta maaf, okey? Tapi.. Kau pun salah tau. Kau minta putus macamtu je. Memanglah aku terasa." Cebik Hunter.

"Kan I dah mintak maaf." Ujar Quinn Davieka tidak puas hati.

"Dahtu kau ingat aku terpujuk ke?" Soal Hunter mendatar. Quinn Davieka memuncung.

"I mintak maaf. You janganlah marah I lagi. Okey, I janji lepasni I tak buat dah." Ujar gadis itu sambil mengangkat tangannya sebelah.

"Don't leave me again." Ujar Hunter. Quinn Davieka mengangguk pantas dan mereka berbalas senyuman manis

***

"Sedaplah atuk." Ujar Franky sambil mencedok nasi lagi ke dalam pinggan miliknya. Lelaki tua itu tersenyum.

"Kita dah pernah datang sini, kan?" Soal Hunter sambil mengerutkan dahi. Franky angguk.

"Kita datang lepas Davieka hilang dulu. Dekat sini lah kita belajar serba sikit pasal Islam." Ujar Franky. Quinn Davieka terdiam.

"Are you a muslim?" Soal Quinn Davieka sambil memandang Hunter. Lelaki itu turut memandangnya.

"Yes we are." Jawab Franky. Quinn Davieka terdiam sebelum mengerutkan dahi.

"Bukan muslim tak boleh kahwin dengan kristian ke?" Soal Quinn Davieka. Serta merta suasana berubah sepi. Masing masing hanya diam termasuk Hunter.

"Makanlah." Ujar Hunter sambil tersenyum nipis. Nasi disuapkan ke mulut sambil memberi pandangan pada Quinn Davieka untuk tidak membangkitkan soal ini sekarang. Quinn Davieka hanya akur sambil kembali menyuap nasi ke mulut.

1 |   QUEEN'S   [C]Where stories live. Discover now