CAPÍTULO OCHO 👠

18.2K 1K 85
                                    

Quinn Davieka mengeluh melihat Hunter yang sedang menonton televisyen di dalam pejabatnya. Lelaki ni memang dah tak ada kerja ke apa? How can he be so calm sedangkan perniagaannya lebih besar dari perniagaan Quinn Davieka.

"Queen.. Lama lagi ke?" Soal Hunter sambil menongkatkan dagunya di atas tangan sofa. Matanya memandang Quinn Davieka yang sedang menyemak beberapa fail dan data di dalam komputer.

"Kan I dah cakap I banyak kerja! Yang you sibuk nak ganggu I ni kenapa?" Soal Quinn Davieka geram.

"I wanna go for a date!" Bentak Hunter sambil memeluk kusyen sofa. Quinn Davieka menggeleng kecil. Lelaki itu memang berubah. Sejak bila jadi macam budak budak ni pun dia tak tahu.

"Are you serious?" Soal Quinn Davieka tiba tiba. Hunter memandang gadis itu.

"Apa?"

"About us. Betul you nak kahwin dengan I? Hunter, I tak tahu kenapa tapi I rasa benda ni macam cepat sangat. Kita baru jumpa and then you tiba tiba dah nak kahwin dengan I." Ujar Quinn Davieka. Hunter bangun dari baringnya dan berjalan ke arah gadis itu. Kerusi Quinn Davieka dipusing berhadapan dengannya dan kedua dua tangan diletakkan di tangan kerusi. Mata amethyst merenung mata amber itu.

"I don't have a time for joking. We will get married, it is. And.." Dagu Quinn Davieka diangkat dan wajah mereka dirapatkan.

"I will make sure this marriage be permanent. Forever." Ujar Hunter serius. Quinn Davieka terkedu. Bibir Hunter perlahan lahan menindih bibir Quinn Davieka.

Mata dipejam.

***

Franky mengerut dahi bersama tawa kecil.

"Kahwin?" Soal Franky sambil memandang Hunter. Lelaki itu mengangguk. Tawa Franky menjadi lebih kuat.

"You can't, D'Ezekiel."

"Itu keputusan aku!" Bentak Hunter.

"Oh. Then make daddy agree with your decision and you can fucking marry her peacefully." Ujar Franky. Matanya merenung tajam wajah abang tirinya. Berlainan ibu, bapa sama.

"I will." Ujar Hunter nekad.

"You can't, Hunter. Trust me." Ujar Franky. Hunter bangun dari kerusi dan berjalan ke arah tingkap. Mata memandang ke langit.

"Kalau aku nak, aku akan dapat." Tekad Hunter. Franky menghela nafas. Degil. Keras kepala. Bangang. Semua tu ada pada Hunter.

"Yang kau nak sangat kahwin dengan dia ni kenapa? She's a mafia, kau pun mafia. Eloklah tu nanti lagi senang nak masuk neraka." Bidas Franky. Hunter memandang Franky. This little shit.

"Tak fahamlah aku kenapa dapat abang bengap macamni." Franky mengoyakkan plastik lolipop dan terus menyuap manisan itu ke dalam mulut. Kemudian dia membuka pintu dan melangkah keluar.

Hunter mengeluh. Kepala disandarkan di tingkap dan dia memandang ke luar tingkap. Kesibukan bandar Kuala Lumpur.

"Quinn Davieka. No, not Quinn Davieka. She's Queen Davieka." Bebel Hunter sendirian. Kemudian dia tergelak kecil. Bagaimana hatinya yang selama ini dijaga penuh rapi untuk tidak jatuh cinta, jatuh pada seorang gadis yang layak digelar..

Bitch.

Haih. Hunter menggeleng dan kembali ke meja kerjanya. Fail dibuka dan dia mula memokuskan minda pada kerja.

"Capo, ada tetamu yang nak berjumpa dengan Capo." Ujar pembantu Hunter. Lelaki itu pantas mendongak.

"Who?"

"I don't know. She said she didn't make an appointment but...."

"Lamanya minta izin! I nak cakap dengan bakal suami I pun kena mintak izin dulu ke?" Tiba tiba suara gadis itu bergema sekaligus pintu dibuka kasar. Hunter dan PA nya serentak menoleh.

Hunter tersenyum nipis.

"Let her be. You may continue your work." Ujar Hunter. Lelaki itu menunduk hormat dan berlalu keluar. Quinn Davieka menghadiahkan jelingan tajam ke arah PA Hunter sebelum dia melangkah dan duduk di atas kerusi depan meja Hunter.

"What brings you here, Queen?" Soal Hunter sambil memandang skrin komputernya. Kemudian kepala diangkat memandang gadis itu apabila Quinn Davieka hanya diam.

"Fuck!" Hunter terus menunduk apabila heels Quinn Davieka hampir melayang ke kepalanya.

PRANGGG

Kaca tingkap pecah akibat balingan heels Quinn Davieka. Seluruh pekerja pejabat dan orang berdekatan syarikat mula terkejut dan riuh. Ada juga yang merakam tingkap pecah itu untuk diviralkan.

Tingkap pejabat pemilik EZEKIEL INVEST HOLDING pecah semestinya akan dijadikan tajuk.

Hunter melopong. Nasib baik dia sempat menunduk. Jika tidak, sudah pasti kepalanya sudah pecah akibat heels gadis itu. Heels yang dibaling tadi masih berada di dalam pejabatnya.

"Apa masalah kau?"

"You tu yang bermasalah! Perlu ke suruh adik you intip I?!" Marah Quinn Davieka. Hunter mengerutkan dahi seketika. Kemudian dia tersedar.

"Franky."

"Yes! Kenapa nak intip I? Nasib baik I tak bunuh dia tau sebab ingatkan dia tu musuh?" Ujar Quinn Davieka. Hunter meraup wajah.

"Just kill that little shit for me." Bisik Hunter geram.

"What?"

"Nothing. Dia masih stalk kau?"

"Of course! I siasat siapa dia dan I dapat tahu dia adik you. Apa motif you sebenarnya hah nak intip intip I? Apa, you ingat I akan berdating dengan lelaki lain dan tak akan kahwin dengan you?" Soal Quinn Davieka geram.

Hunter tergelak kecil dan bangun. Heels Yves Saint Laurent Quinn Davieka yang dibaling tadi diambil lalu dia berjalan ke arah gadis itu. Lututnya mencecah lantai dan kasut itu dipakaikan di kaki licin Quinn Davieka. Setelah kasut itu disarungkan, Hunter kembali berdiri dan dia memerangkap Quinn Davieka di sofa menggunakan tangannya.

"First, I'm not stalking you. Second, I don't have any little time for stalking you. Third, I don't want to stalk you. Fourth, I don't even know that little shit stalked you." Ujar Hunter sambil wajah mereka dirapatkan. Quinn Davieka memandang bibir pink jejaka itu yang hampir dengannya.

"Oh.." Quinn Davieka berkata perlahan. Hunter tersenyum sinis.

"Sekarang ni siapa nak ganti tingkap pejabat aku yang pecah?"

Quinn Davieka menolak Hunter darinya dan membetulkan rambutnya.

"That's not my fault. Itu semua salah you. Kalau you tak mengelak masa I baling heels tadi mesti tingkap tu takkan pecah." Ujar Quinn Davieka selamba.

"Yes. Tingkap tu takkan pecah dan kepala aku yang akan pecah." Sindir Hunter. Tingkap pejabatnya merupakan tingkap yang berkualiti tinggi. Serta kalis peluru. Tapi dengan heels Quinn Davieka sahaja sudah mampu memecahkan tingkap itu.

Dua sebab je, kasut itu mahal dan tenaga perempuan.

1 |   QUEEN'S   [C]Where stories live. Discover now