CAPÍTULO QUINCE 👠

15.7K 913 44
                                    

JEMARI halus yang menyelak rambutnya sangat membuatkan dia hanyut di dalam dunianya dan empunya jemari itu.

"Hey, wake up." Bisik suara itu lembut. Perlahan lahan Hunter membuka mata dan memandang wajah gadis yang berada di hadapannya. Perlahan lahan tawa Hunter terletus.

"Bullshit this dream." Carut Hunter sambil memejam kembali matanya.

"Hunter! Bangunlah. You kena makan ubat." Ujar Quinn Davieka geram sambil mencubit pipi Hunter. Lelaki itu membuka mata kembali.

"What the fuck? Apa kau buat di sini?" Soal Hunter sambil duduk dari baringnya. Wajah Quinn Davieka direnung tidak percaya. Gadis itu mencekak pinggang.

"You tanya I apa yang I buat disini? Tanya diri you tu, kenapa cuai sangat?! Nasib baik tak jadi apa apa!" Marah Quinn Davieka. Tangannya mengambil ubat di atas meja.

"Balik." Arah Hunter. Quinn Davieka tersenyum sinis.

"Kalau I taknak?" Cabarnya. Hunter mengetap rahang.

"Makan ubat ni." Ubat itu dihulurkan pada Hunter dan lelaki itu menolak.

"Mana Franky."

"Makan ubat."

"Mana Franky?"

"Makanlah!"

"Taknak! Aku nak Franky kau faham bahasa ke tak?!" Meninggi suara Hunter sambil merenung tajam Quinn Davieka. Franky membuka pintu dengan pantas apabila mendengar mereka berdua bertelagah.

"Kenapa korang ni?" Soal Franky sambil mengerutkan dahi.

"Mana Stella?" Soal Hunter kepada Franky. Franky menghela nafas.

"Dekat rumah dia lah." Kata Franky sebal.

"Panggil dia jaga aku dan bawa perempuan ni keluar." Kata Hunter sambil menyelimutkan tubuhnya. Quinn Davieka kembali merentap selimut Hunter.

"Davieka..."

"You keluar, Franky. Dan jangan berani panggil Stella ke sini." Ujar Quinn Davieka. Franky menelan liur. Abangnya dipandang dan dia memandang Quinn Davieka kembali.

"Keluar!"

Franky mengangkat kedua dua tangannya dan berlalu keluar. Gerun dia melihat wajah Quinn Davieka yang bagaikan ingin menerkam manusia itu.

"Now explain, pengecut!" Hambur Quinn Davieka geram.

"Apa motif you nak malukan I macamtu? You left me on our wedding! What the fuck is in your mind?! Lepastu tiba tiba you nak benci I macam I dah buat salah yang besar. Kalau betul pun I buat salah then bagitahu! Cakap!" Marah Quinn Davieka. Air matanya mengalir tanpa sedar. Hunter menghela nafas dan bersandar di katil.

"Apa guna kahwin kalau atas dasar kesian?" Soal Hunter.

"Hah?"

"Kau nak kahwin dengan aku sebab kau tahu aku ada penyakit. Bila Franky cerita semua pasal aku dekat kau, kau jatuh kesian pada aku dan kau nak kahwin dengan aku sebab kau simpati dengan aku. Tu je kan and for your information, I don't need your sympathy." Ujar Hunter sambil menyilangkan tangannya. Quinn Davieka tergelak sinis lalu mengelap air matanya.

"I kahwin dengan you sebab kesian? Eh kalau I nak kahwin sebab kesian bukan dengan you lah! You bukannya nak mati! I terima you sebab I sayangkan you. Kalau I terima you sebab I kesian, habistu I ni siapa yang nak kesiankan?" Soal Quinn Davieka sambil merenung Hunter tajam.

"I can't believe you will be like this. I ingatkan you dah cukup matang untuk I bergantung tapi I silap. Lelaki tak pernah anggap benda ni serius kan? Semua tahu mempermainkan hati I je. I dah penatlah Hunter." Ubat Hunter diletakkan di atas meja dan dia mengambil beg tangannya.

"Queen."

"Queen!" Hunter berlari mengejar Quinn Davieka dan tangan gadis itu dipegang. Tubuh Quinn Davieka dipalingkan menghadap dirinya dan air mata gadis itu dilap menggunakan jarinya.

"Sorry." Pinta Hunter. Quinn Davieka tergelak sinis.

"Pergi mati." Dada Hunter ditolak kasar dan dia terus berlalu pergi. Hunter memandang Quinn Davieka yang menjauh dan wajahnya diraup.

***

Franky tersenyum lebar memandang wajah cemberut Quinn Davieka. Akhirnya, gadis ini tiba di bumi Italy.

Demi Hunter

"Biar dia rasa. Sesuka hati je buat keputusan bodoh dan tak bincang dengan I dulu. Ei geramnya aku!" Sudu dicucuk kasar ke atas udang. Franky tergelak.

"You still sayangkan dia?"

Quinn Davieka terhenti.

"Kalau I sayangkan dia pun, dia dah ada Stella. I tak boleh buat apa. Maybe I kena move on. Lagipun I datang sini sebab nak selesaikan salah faham dan its done." Senyum pahit diukir.

"Davieka.."

"Apa je yang I boleh buat? Nothing. I tak boleh terima Hunter lagi. He's an irresponsible."

"So you sanggup lah lihat dia dan Stella bersama sama dan bukan dengan you? You sanggup lepaskan Hunter pada Stella? Davieka, listen. Yes, Hunter salah sebab dia tinggalkan you pada hari perkahwinan korang. Tapi dia sayangkan you. You sorang je."

Quinn Davieka tergelak sinis dan menggeleng.

"No. I tak kisah kalau dia bersama Stella sebab kami takkan boleh bersama. Dan I rasa Leo lagi layak untuk I bergantung." Ujar Quinn Davieka nekad. Tas tangannya diambil kerana seleranya sudah mati.

Baru sahaja berpaling, dia terkaku melihat manusia di tepinya. Franky turut membulatkan mata melihat Hunter. Wajah lelaki itu kosong.

"Bro.."

Hunter mengangkat tangannya pada Franky menyuruh adiknya diam.

"Go on with your life. Aku nak tengok sejauh mana kau mampu berlindung di bawah Leo. And don't be too happy because you escape from me. Setapak kau lari dari aku, aku akan pastikan kau melutut di kaki aku. Masa itu, tiada seorang pun mampu selamatkan kau termasuk Leo. Alright, sweetie? May the best man wins."  Hunter mencium pipi Quinn Davieka. Bibirnya menyungging senyum sinis dan bersiul sambil berlalu pergi.

Quinn Davieka terkaku.

"Dia nak buat I melutut pada dia?"

"No. He won't. He loves you."

"He didn't! Cinta ke macamtu? Dia nak hancurkan hidup I!" Bentak Quinn Davieka geram.

"He told you that because you upset him,  Davieka. You poke the tiger from his sleep."

Franky terkaku seketika.

"Wait. Siapa lelaki yang you cakap dapat gantikan Hunter dalam hidup you tadi?" Soal Franky tiba tiba.

"Leo." Jawab Quinn Davieka perlahan.

"Dia dekat Malaysia?" Soal Franky lagi. Gadis itu angguk. Franky meraup muka.

"Jom, Davieka. Kita balik Malaysia. Hunter might kill him if we late." Ujar Franky sambil melangkah pergi. Quinn Davieka terdiam seketika.

Masa itu, tiada seorang pun mampu selamatkan kau termasuk Leo.

Mata Quinn Davieka membulat dan dia turut berlari keluar. Leo!

1 |   QUEEN'S   [C]Where stories live. Discover now