Srivilla School
Langkah kakinya menuju ke pejabat sekolah. Dia sempat mengibaskan rambutnya sebelum tiba di hadapan pejabat.
Belum sempat Vera menolak pintu pejabat, kelihatan empat pelajar perempuan bergaya keluar. Langkah vera terhenti.
"You ni Vera kan?" soal si ketua kumpulan yang bernama Jasmine. Diana, Aeya dan Anna disebelah cuma berpeluk tubuh.
Vera tidak menjawab sebaliknya mendengus kasar. Dia menolak pintu pejabat sekolah lalu menghampiri meja pengetua Srivilla School.
"Ada apa Mrs Jane nak jumpa saya pagi-pagi ni?" Soal Vera berpeluk tubuh. Mrs jane memandang pelajar dihadapannya itu.
"I nak inform yang you, Vera terpilih dalam program pertukaran pelajar selama 3 bulan di New York. I dah inform parents you and they agreed about it" terang Mrs Jane sambil tersenyum.
"Seriously? Omgg! I'm so excited about it!" Jawab Vera memang mengimpikan terlibat dalam program pertukaran pelajar. Lagi-lagi ke New York. Kota shopping!
"Yup, you and seorang lagi pelajar. So get ready your things. Flight you hari isnin" terang Mrs Jane lagi. Vera gembira tidak terkata. Dia mengucapkan terima kasih sebelum beredar dengan perasaan teruja.
Mrs jane cuma mampu tersenyum penuh agenda.
St. Elizabeth Highschool
Kringggg...kedengaran bunyi loceng sekolah yang menandakan perhimpunan yang akan diadakan setiap minggu.
"Pada hari ini kita akan mulakan dengan ucapan daripada guru besar kita iaitu Encik Azim." Ucap pengacara perhimpunan pagi itu.
"Baiklah assalamualaikum semua pagi ini saya nak ucapkan hal penting. Pada hari ini saya akan memilih dua orang pelajar untuk program pertukaran pelajar selama tiga bulan dan pelajar tu nanti saya pilih..ada apa-apa soalan?"ucap Encik Azim dan diakhiri dengan soalan.
Seorang pelajar perempuan berdiri dan mengangkat tangan. Perempuan tersebut bernama Asya. Ketua kepada Troublemaker,kumpulan paling nakal disekolah.
"Kenapa pihak sekolah pulak yang kena pilih?"tanya Asya. Rakan-rakan sekutunya yang bernama Nad,Arl,Aria dan Dania hanya mempamirkan riak bosan. Yelah siapa je nak pergi perhimpunan kan..
"Sepatutnya orang yang akan serah dirilah!"jerit Nad.
Adellia tersenyum sinis. 'Nak proteslah tu' kata Adellia dalam hati.
"Saya nak Adellia Natasha dan Qayyum untuk ke pejabat saya selepas perhimpunan ni" kata Encik Azim.
Adellia terkejut.
Seperti yang ditetapkan,selepas perhimpunan Adellia dan Qayyum pergi ke pejabat Pengetua.
"Saya dah pilih kamu berdua untuk menyertai program pertukaran pelajar di sekolah...nanti selama tiga bulan."kata-kata pengetua mereka sangat mengejutkan Adellia.
"Why me?!"bantah Adellia.
"Saya taknak dan tak akan"sambung Adellia lagi. Qayyum yang berdiri di sebelah cuma mendiamkan diri.
"Tolonglah demi sekolah,kamu sahaja harapan sekolah ni"kata Encik Azim separuh merayu.
"Kenapa tak orang lain?"
"Sebab kamu dan Qayyum adalah pelajar harapan sekolah"
"Takkan kitaorang je yang pergi nanti"kata Adellia dengan hati yang separuh rela dan separuh tak.
"Nanti ada tiga orang perempuan dan tiga orang lelaki termasuk kamu berdua yang akan pergi dan mereka dari sekolah lain-lain..like partner"terang Pengetua Azim dengan mesra apabila Adellia seperti mahu mengikuti program tersebut.
"Oklah kalau macam tu"kata Qayyum setelah sekian lama berdiam diri.
SMK Laurent
Seorang pelajar perempuan berjalan keluar dari kawasan sekolah menuju ke sebuah kereta mewah.
"Hai papa!" Sapa Mya tersenyum manis melihat wajah encik harith duduk menunggunya di dalam kereta.
"Hai Mya, so how's school?"
Kelihatan Mya tersengih sebelum menjawab.
"Doing fine, jarang papa ambil mya pulang sekolah ni. Ni mesti ada apa-apa"
Tergelak kecil Encik Harith mendengar ayat anak tunggalnya.
"Pengetua sekolah Mya call papa and bagitau yang sekolah akan adakan program pertukaran pelajar nanti"ujar Encik Harith.
"Oh"balas Mya nak taknak.
"Papa nak Mya join program tu-"belum sempat Encik Harith mahu berkata,kata-kata nya pantas dipintas oleh mya.
"Mya taknak"
"Kalau mya join program tu papa akan bagi hadiah"pancing encik harith.
"Apa hadiah tu?"
"vacation to japan"
Mata Mya terbuntang dan mulut yang terlopong akibat terkejut.
"Betul ke ni pa?"tanya mya sekali lagi sambil mengoncang tangan Encik Harith.
"Iye iye"kata Encik Harith.
"Oklah kalau macam tu Mya setuju!"ujar Mya gembira.
Encik Harith tersenyum senget apabila tawarannya mengena.
YOU ARE READING
3 in 1 (COMPLETED)
Teen FictionApakah yang akan terjadi sekiranya tiga buah sekolah yang berbeza, berlainan perangai bergabung dalam Program Pertukaran Pelajar ke Terengganu selama tiga bulan? Vera, seorang yang pentingkan diri sendiri dan kurang ajar berjumpa dengan Adellia, seo...