4

63 9 0
                                    

Keesokan paginya, mereka mengenakan pakaian rasmi sekolah mereka masing-masing. Mereka sedang menunggu Cikgu Nora yang sibuk bersiap kesekolah.

Selepas Cikgu Nora bersiap mereka semua berdiri dan menunggu arahan daripada Cikgu Nora.

"Eh cepat-cepat nanti lambat"gesa Cikgu Nora.

"Eh cikgu kita nak naik apa ni?"tanya Vera.

"Mestilah jalan kaki takkan nak guna kapal terbang pulak!"ujar Cikgu Nora sambil mengenakan kasut.

"JALAN KAKI?!"jerit Vera,Mya dan Adellia.

Qayyum mendekati Vera lalu berkata.

"Takpe kau boleh bakar lemak kau yang ehemm-"

"Kau diam! I tak gemok kay.."balas Vera geram.

"Hey cepatlah nak borak lah apa lah"kata Cikgu Nora kearah mereka semua. Dia sudah berjalan meninggalkan mereka berenam di belakang.

"Kalaulah aku tahu pergi sekolah jalan kaki macam ni, baik aku tidur kat rumah" bebel Adellia mendengus.

"Sepatutnya i'm in New York right now! Bukannya dekat Terengganu jalan kaki pergi sekolah!" Giliran Vera mengeluh. Siap memasamkan muka.

"Bencilah macam ni!" Rungut Mya menghentakkan kaki. Qayyum, Adrian dan Danish yang berjalan di belakang cuma mampu meneruskan langkah.

Selepas beberapa ratus meter berjalan, Cikgu Nora memberhentikan langkah. Yang lain turut berhenti.

"Kita dah sampai ke cikgu?" Soal adrian hairan. Mata mereka meliar melihat sebuah bangunan di hadapan mereka.

Dengan senyuman Cikgu Nora memusingkan badan lalu berkata.

"Ini lah sekolah kita!"

*****

"Selamat datang ke SMK Kampung Petai-"kata-kata pengetua yang sedang berucap dipotong oleh Vera.

"WHAT?! that means nama kampung ni kampung petai-"kata-kata Vera di potong oleh Danish

"Oh Kampung Petai rupanya nama kampung ni"sampuk Danish.

Mata Vera terbuntang tidak percaya. Adellia berasa mahu melarikan diri. Begitu juga dengan Mya.

"Nama saya Farouk, pengetua SMK Petai. Saya berasa berbesar hati apabila beberapa wakil dari sekolah-sekolah kluster elit sudi bersekolah selama tiga bulan di sekolah kami yang tidak seberapa ni" ucap Cikgu Farouk yang berbadan gempal itu. Cikgu nora membalas senyuman cikgu itu.

"Jangan risau cikgu, saya cikgu nora wakil pembimbing program ni" cikgu nora memperkenalkan diri. Suasana bilik pengetua itu agak kecil dan sempit. Berbeza sungguh dengan di sekolah mereka dahulu.

*****

Sebaik loceng waktu rehat berbunyi, pelajar mula berpusu-pusu keluar ke kantin. Qayyum, Adrian dan Danish sudah beredar ke kantin untuk mengisi perut.

"Hai!" Sapa seorang pelajar perempuan bercermin mata bernama Shikin. Terdapat seorang perempuan disebelahnya.

"Hai!" Sapa Mya kembali sambil tersenyum. Vera dan Adellia pula sedang mengemas buku ke dalam beg.

"Nama saya Shikin, yang ni Mira. Tak sangka sekolah kami menerima tetamu yang bergaya macam korang" ujar Shikin tersenyum dan ternyata menyukai cara pemakaian Vera, Adellia dan Mya dari sekolah bandar.

"Korang ni cantiklah!" Puji Mira pula. Shikin dan Mira teruja melihat mereka bertiga.

"Aww thankyou!" Jawab Mya seperti sudah lali mendengar pujian. Vera disebelah pula sibuk memerhati wajah sendiri di dalam cermin. Adellia pula sibuk membaca buku ditempatnya.

"korang nak join kiteorang rehat tak? Bolehla kiteorang kenalkan kawan-kawan" pelawa Mira bersungguh-sungguh.

Mya mengangguk lalu memandang Vera dan Adellia.

"Awak nak ikut tak Vera?"

Vera menutup cermin nya lalu melibaskan rambut sambil tersenyum plastik.

"No thanks!" Vera segera berjalan keluar dari kelas. Mya memandang Adellia yang seperti tidak berminat untuk keluar.

"Biar saya je lah ikut" kata Mya. Shikin dan Mira tersenyum. Mereka berjalan ke kantin.

*****

"awak tahu tak kenapa sekolah kita nama SMK Kampung Petai?" Soal Shikin semasa mereka bertiga berjalan di kantin. Masing-masing sudah membeli mi kari semangkuk. Ramai pelajar memandang Mya kerana pemakaian uniform sekolah yang berbeza.

"Kenapa?" Soal Mya. Nanti tak layan, nampak sombong pulak.

"Sebab kampung kita ni banyak petai!" serentak Shikin dan Mira menjawab. Mereka berdua ketawa sesama sendiri. Mya cuma mengangguk melihat kepelikan mereka berdua.

Sedang Mya melangkah, seseorang merempuhnya dari tepi. Mi kari yang enak rasanya sudah terbang dan hinggap di kepala seseorang.

"OH MY GOD!"

3 in 1 (COMPLETED)Where stories live. Discover now