8

59 10 0
                                    

"Cikgu perlu ke kita join perkhemahan tu?"

Mata Cikgu Nora terbuntang mendengar soalan Vera, Adellia dan Mya. Mereka berdiri memandang Cikgu Nora di padang sekolah.

"Awak ulang balik soalan tu" pinta Cikgu Nora.

"Perlu join ke?" Ulang Mya. Qayyum, Adrian dan Danish cuma mendiamkan diri memandang.

"Mestilah join! Awak semua pelajar SMK Kampung Petai. Semua pelajar tingkatan 3 wajib ikut serta" jawab Cikgu Nora geram dengan pelajar perempuan.

Vera mengeluh. Adellia membuat muka malas. Mya terdiam. Patutlah pengetua ingin berjumpa mereka pagi tadi.

"Kamu yang lelaki ni join tak?" Cikgu Nora memandang Qayyum, Adrian dan Danish.

"Mestilah join cikgu!" Jawab mereka bertiga semangat mengalahkan pasukan bola sepak yang bermain di padang. Vera, Adellia dan Mya menjeling.

"Semangat begini yang kita mahukan!"

Nampaknya Vera, Adellia dan Mya terpaksa mengikuti perkhemahan yang dianjurkan pihak sekolah minggu hadapan. Oh no!

*****

Sehari sebelum perkhemahan ke air terjun, para pelajar diarahkan untuk mendengar taklimat petang itu dahulu.

Sebaik pukul 3 petang, pelajar sudah berkumpul di padang sekolah. Kelihatan Qayyum, Adrian dan Danish melilau mencari Vera, Adellia dan Mya. Namun tiada kelibat.

"Hi boys!"

Kepala mereka bertiga menoleh pada suara yang menegur. Kelihatan Erin berseorangan tersengih gatal.

"Kiteorang ke?" Tanya Danish untuk kepastian. Erin mengangguk.

"Nama i Erin" ujar Erin ingin berkenalan. Namun Qayyum, Adrian dan Danish buat tidak berminat. Memang tidak minat pun!

"Oh yea, kau kenal Vera, Adellia dan Mya kan?" Tanya Adrian. Laju Erin mengangguk.

"Mestilah kenal, kawan i tu" jawab Erin agar rancangan mendekati tiga jejaka itu berjaya.

Qayyum membuat muka 'ada-aku-tanya-?'.

"Ada nampak diorang tak?"

"Takde, diorang belum join ke?" Soal Erin ingin tahu. Dasar!

"Mmm never mind, nanti kiteorang cari" jawab Qayyum mahu erin meninggalkan mereka.

"Okay semua duduk ikut kelas masing-masing!" Suara Cikgu Azrul yang mengetuai taklimat itu.

Para pelajar berpusu-pusu duduk mengikut kelas masing-masing. Erin pamit sambil tertawa gedik. Qayyum, Adrian dan Danish pula masih risau dengan ketiadaan Vera, Adellia dan Mya.

*****

Kelihatan Vera keluar dari teksi dengan wajah mencuka. Teksi tersebut meluncur laju meninggalkan Vera di tepi jalan. Vera menghentakkan kakinya.

Dia ponteng taklimat petang itu kerana mahu ke pusat membeli-belah untuk membeli keperluan untuk perkhemahan esok hari. Namun usai melabuhkan punggung di dalam teksi, dia baru tersedar dompetnya tinggal. Kesannya? Dia ditinggalkan di tepi jalan di tengah cuaca panas.

Mahu tidak mahu, Vera terpaksa berjalan kaki pulang. Dia menahan malu apabila kereta melintasi jalan raya. This is the worst thing ever!

"Cik adik kepanasan?"

Suara seseorang berbasikal menghentikan langkah Vera. Dia menoleh dan kelihatan Syakif tersenyum sumbing.

"Amboi sombong nya berjalan kaki" sakat Syakif lagi mengikut vera di belakang. Vera menahan geram lalu memandang syakif.

"You nak apa lagi?"

"Kau tak join taklimat ke? Ponteng?" Soal Syakif ingin tahu.

"Kalau i ponteng pun kenapa? Nak report? Ada aku kisah?" Balas Vera geram. Syakif tertawa.

"Aku pun tak join taklimat"

Vera terdiam mendengar kata-kata Syakif. Rupanya bukan dia seorang ponteng. Kemudian dia mendapat idea.

"Tolong i"

"Tolong apa?"

*****

Kenikmatan aiskrim memang tiada tandingan. Mya berjalan keluar dari kedai runcit. Dia malas mengikuti taklimat kerana taklimat sekolah amatlah bosan. Lebih baik dia jalan-jalan.

Sedang dia berjalan kaki, dia perasan seperti seseorang mengikutinya. Apabila dia berhenti, langkah di belakangnya juga berhenti.

Namun Mya menyedapkan hatinya. Dia sambung memakan aiskrim.

"ABANG JAGO!"

Mya terkejut mendengar jeritan dibelakangnya. Kelihatan seorang lelaki tua berbaju compang-camping beserta rambut kusut-masai tersenyum ngeri ke arahnya. Rupa-rupanya Mya diikuti orang gila.

"ORANG GILAAAAAA!" jerit Mya lalu berlari. Aiskrim nya tidak tahu terjatuh di mana. Yang penting dia mahu menyelamatkan diri dari orang gila yang sedang mengejarnya.

"ABANG JAGOOOO!" Jerit orang gila itu mengikut Mya. Mya berlari dengan laju.

Dia terpandang taman permainan yang terletak tidak jauh. Mya mengambil keputusan untuk ke taman permainan menyembunyikan diri.

"Kau ni dah kenapa?" Soal Adellia yang sedang berehat di bawah pokok rendang. Dia berehat sambil membaca buku. Tiba-tiba Mya datang dengan muka dikejar hantu.

"Diam!" Mya menutup mulut Adellia sekali. Adellia memandang tidak faham. Apehal ni?

"ABANG JAGO?!" jerit orang gila itu mencari Mya disekeliling taman permainan. Sesekali dia ketawa seorang diri. Memang gila!

"Kau lari dari orang gila tu ke?" Soal Adellia menangkap sebab Mya ketakutan. Mya mengangguk.

"Eleh tu pun takut" kutuk Adellia sinis. Mya menjegilkan mata untuk diam.

Namun suara mereka terlalu kuat menyebabkan orang gila tersebut menjumpai mereka berdua yang menyorok di bawah pokok.

"DAH JUMPA ABANG JAGO!" orang gila itu mempamerkan wajah gembira. Terpamer giginya yang rongak serta kehitaman.

Apalagi? Adellia dan Mya menjerit sehingga satu Terengganu dengar.

"AAAAA"jerit mereka berdua serentak.

Adellia dan Mya berlari berpegangan tangan dari ditangkap si orang gila abang jago. Tiba-tiba mereka direntap masuk ke dalam sebuah teksi.

"Chill, dia tak nampak korang" kata Vera yang telah menarik Adellia dan Mya ke dalam teksi. Adellia dan Mya mengatur pernafasan mereka sebelum menyambung kata.

"Kau buat apa kat sini Vera?" Tanya Adellia hairan. Namun bersyukur si Vera menyelamatkan mereka dari orang gila.

"I nampak korang berlari satu taman, kena kejar dengan orang gila eh?" Soal Vera. Mya mengangguk.

"Gilalah orang tu, dikejarnya kiteorang. Asyik ter'Abang Jago' dari tadi" kutuk Mya geram. Trauma pun ade.

Vera tergelak mendengar cerita mereka berdua. Adellia dan Mya memandang sekeliling. Teksi tersebut dipandu ke bandar.

"Memandangkan korang terikut i sekali, so kena teman i shopping, okay" kata Vera tersengih. Dia berjaya menjalankan rancangannya mahu e pusat membeli-belah. Nasib baik Syakif mahu meminjamkan duit. Vera memang bijak.

"Shopping pulak" rungut Adellia. Mya terdiam di sebelah. Hari yang memenatkan!

3 in 1 (COMPLETED)Where stories live. Discover now