"Ye, anak nak beli apa?" Soal makcik penjual gerai keropok lekor yang terletak di tepi jalan.
Adellia menggaru kepalanya tidak tahu menjawab atau tidak. Sebenarnya dia mempunyai masalah.
"Nak beli keropok lekor?" Tanya makcik itu hairan melihat anak dara dihadapannya ini seperti ragu-ragu.
Mahu tidak mahu, Adellia terpaksa bersuara. Hari sudah semakin petang.
"Sebenarnya makcik, saya sesat" ujar Adellia. Selepas meninggalkan Cikgu Nora dipantai tadi, dia mengambil keputusan berjalan kaki pulang ke rumah. Namun dia lupa jalan pulang. Jadi, dia cuma melangkah tanpa arah tuju.
"Sesat?!" Soal makcik tersebut memandang Adellia. Punyalah kecil Kampung Petai, boleh sesat.
"Boleh tak makcik hantar saya pulang?" Pinta Adellia berharap. Mata makcik itu terbuntang.
"Boleh tapi lepas gerai makcik tutup, anak boleh tunggu tak?" Tanya makcik itu. Adellia cuma mengangguk bersetuju.
Adellia diarahkan makcik tersebut duduk di salah sebuah kerusi. Suasana gerai itu meriah dengan kehadiran pelanggan mahu menjamah keropok lekor.
"Nama anak ni apa?" Tanya makcik itu menyediakan sepinggan keropok lekor serta air sirap bandung di atas meja.
"Adellia" jawabnya sambil memandang hidangan tersebut. Perutnya berkeroncong namun dia malu.
"Makanlah Adellia, makcik belanja" ujar makcik itu. Adellia tersengih lalu menjamah keropok lekor.
*****
"Ish mana Adellia ni?"rungut Vera.
Kini mereka semua masih berada di pantai kerana disangka bahawa Adellia akan balik tapi setelah setengah jam menunggu Adellia masih juga tak kembali. Itu yang membuatkan Cikgu Nora risau.
"Koranglah ni. Kalau korang ada dengan dia,dia takkan kemana punya"tuduh Qayyum kearah Vera dan Mya. Walaupun mereka tidak pernah nak serasi tetapi mereka tetap risau kalau sesuatu jadi.
"Apahal kitaorang pulak"ujar Vera dan Mya serentak dengan nada sedikit tinggi.
"Kitaorang bukan rapat dengan dia pun. Memang taklah nak teman dia"kata Vera lagi tidak mahu dipersalahkan.
"Habis tu kau dengan Mya tak rapat ke?"tanya Adrian.
"Tak!" Jawab Vera dan Mya serentak. Mereka berjelingan sesama sendiri. Qayyum, Adrian dan Danish menggeleng kepala melihat karenah mereka.
"Habistu kita nak cari si adellia dekat mana?" Tanya Cikgu Nora kebingungan.
Mereka semua kebingungan. Nak ditelefon, tiada nombor.
"Hok aloh, apo yang masam-masam semua ni? Dah cubo kopok lekor makctik timah yang famous tu?" Sampuk Syakif dalam loghat Terengganu.
"Dekat mana kopok lekor famous tu?" Ternyata Cikgu Nora lebih tertarik dengan keropok lekor yang dikatakan famous itu dari kehilangan Adellia.
"Dekat sebelah surau" jawab syakif tersenyum. Sempat mengerling ke arah Vera dan Mya. Vera dan Mya menjeling geli.
"Cikgu nak tanya pasal keropok lekor masa Adellia hilang?!" Soal Qayyum, Adrian dan Danish geram dengan sikap Cikgu Nora.
"Yelah, kita cari Adellia dulu. Kamu berenam boleh pulang, biar cikgu settle kehilangan Adellia" arah Cikgu Nora. Mereka bersetuju lalu bergerak pulang.
*****
Dalam perjalanan pulang mereka ternampak sebuah gerai yang sederhana di tepi jalan.
"Eh tu ke kedai yang Syakif cakap tu?"tanya Danish menunjuk ke arah gerai dimaksudkan.
"Yang keropok lekor tu?"tanya Adrian untuk kepastian.
"Yelah.."ujar Qayyum sambil memandang datar ke arah Adrian. Sudah tahu bertanya pula.
"Hoi cepatlah jalan!"jerit Vera ke arah mereka.
"Ish dahlah panas ni lambat pulak tu jalan"rungut Mya.
Mereka berjalan sehinggalah melintasi gerai keropok lekor yang di kata Syakif tadi.
"Jom kita try keropok lekor dia" ajak Adrian. Qayyum dan Danish bersetuju.
Vera dan Mya menunggu di sebelah sambil mengipaskan muka. Kata nak balik tapi beli keropok lekor pulak!
"Eh tu bukan Adellia ke?"kata Vera sambil menundingkan jari kearah seorang perempuan yang sedang sedap makan keropok lekor dan meminum air sirap bandung. Ish waktu panas macm nilah sedap minum air sejuk.
"Eh yelah. Adellia tu"kata Mya mengejutkan yang lain.
"Apa dia buat dekat sini?"tanya Adrian yang tadinya sibuk memilih keropok lekor.
Qayyum dan Danish menunjal sedikit kepala Adrian. Ada ke patut tanya soalan tu.
"Dah terang-terang dia tengah makan keropok lekor dengan sirap bandung yang sejuk tukan. Aku dahlah panas ni tengok lagi dia makan dengan berselera memang mohalah aku" bebel Qayyum lalu mula melangkah ke arah Adellia. Yang lain turut mengikut dengan ragu-ragu.
"Eh korang buat apa dekat sini?"tanya Adellia hairan melihat mereka tiba-tiba sahaja datang dengan muka masam.
"Eh buat apa konon. Kau tahu tak kitaorang risau tau bila kau takde tadi"ujar Adrian memandang Adellia dengan pandangan gerun.
"Bukan kitaorang. Kau orang je"kata Mya dan Vera serentak ego.
Qayyum,Adrian dan Danish mencebik.
"Eh anak semua ni kawan Adellia ke?"tanya makcik itu apabila melihat mereka berbual seperti sudah lama kenal.
"Ah? Ha ye kitaorang kawan dia"kata Qayyum laju.
"Haa ka-kawan" ujar Mya dan Vera dengan muka nak tak nak. Kini Adellia pula mencebik.
"oh janganlah bergaduh, nak makcik sediakan keropok lekor"pelawa makcik tersebut. Mata pelajar lelaki bersinar.
"Eh yeke? Terima kasihlah makcik eh. Dahlah tolong jagakan kawan kitaorang, lepastu belanja pulak kitaorang keropok lekor. Buat susah susah je"ujar Danish malu-malu kucing. Orang kata, rezeki jangan ditolak.
"Takdenya susah. Makcik ok je. Rezeki pun banyak masuk kalau makcik bersedekah"balas makcik itu tersenyum.
"Oklah kalau macam tu" kata Adrian.
Makcik tersebut lalu menyediakan keropok lekor untuk mereka. Mereka semua makan dengan berselera. Tadi rasa nak marah dengan si Adellia tu tapi nampaknya tahun depan jelah sebab lepas minum air, hati pun mula sejuk.
YOU ARE READING
3 in 1 (COMPLETED)
Teen FictionApakah yang akan terjadi sekiranya tiga buah sekolah yang berbeza, berlainan perangai bergabung dalam Program Pertukaran Pelajar ke Terengganu selama tiga bulan? Vera, seorang yang pentingkan diri sendiri dan kurang ajar berjumpa dengan Adellia, seo...