Hari yang ditunggu telah pun tiba. Pagi itu, Vera menarik bagasinya masuk ke dalam lapangan terbang. Penampilannya mengalahkan makcik datin pergi ke New York.Danish yang mengikut di belakang merupakan pasangan Vera yang mewakili Srivilla's school menyertai program pertukaran pelajar. Dia menggeleng melihat telatah Vera yang terlampau teruja.
"Hey you cepatlah nanti kena tinggal flight!" Panggil Vera. Danish melajukan langkah kearah Vera yang terlalu teruja.
Sedang Vera menarik bagasi, dirinya terlanggar seseorang. Tercampak beg tangan nya di atas lantai.
"Auch! Siapa pula langgar i ni? Buta ke?" Tengking Vera ke arah seorang perempuan yang memakai airpod.
Adellia yang dilanggar, membetulkan pakaiannya. Dia sebenarnya mencari Qayyum yang tiba-tiba menghilangkan diri dari tadi.
"You dengar tak? Ke pekak?" Marah vera menjeling Adellia. Macam anti-social!
Adellia malas melayan lalu meneruskan langkah. Vera memandang dengan geram. Dia mencapai beg tangannya sebelum melangkah masuk ke balai perlepasan. Danish mengikut dari belakang.
*****
"apalah nasib aku kena join program sekolah" bebel Mya sendiri sambil memandang boarding pass. Disebelahnya kelihatan Adrian duduk sambil bermain game di telefon bimbit.
Mya mengeluh. Ikutkan hati, dia tidak mahu mengikuti program ini namun dia telah berjanji dengan Encik Harith.
Sedang Mya mengelamun, suara nyaring seseorang mengalih pemerhatiannya. Kelihatan seorang perempuan dan seorang lelaki melangkah sambil berdebat.
"Asal ticket i tulis Terengganu? Kita salah flight ke ni?" Vera panik melihat boarding pass nya.
"Manada salah, betul la. Kita pergi Terengganu lah" jawab Danish geram dengan Vera.
"Bukannya program kita ke New York ke?" Soal Vera tidak mahu tersalah flight.
"New York abah kau" kata danish berlalu meninggalkan Vera keseorangan di belakang.
Mya mencebik melihat adegan itu. Mungkin pasangan bergaduh.
Kedengaran pengumuman penerbangan ke Terengganu akan berlepas tidak lama lagi.
"Jom lah masuk" ajak Adrian berdiri menarik bagasinya. Lagi sekali Mya mengeluh mengenang hidupnya sepanjang program berlangsung. Sad life!
*****
Sudah sejam penerbangan berlangsung, Adellia yang dari tadinya membaca buku menutup bukunya. Dia meregangkan badan akibat terlalu lama duduk.
Mya yang kebetulan duduk di sebelah adellia terfikir mahu menegur. Adrian yang duduk disebelah kanan sibuk melelapkan mata.
"Hai! Nama saya Mya! And yours?" Penuh manis senyuman Mya dilemparkan ke arah Adellia yang duduk disebelah kirinya.
Adellia cuma menjeling perempuan disebelahnya yang tiba-tiba bertegur sapa.
"Awak suka baca buku ke?"tanya Mya sekali lagi.
Adellia masih diam.
"Berapa umur awak eh? Saya 15, awak?"tanya Mya lagi. Dia berusaha mahu berbual dengan orang disebelahnya.
"Awa-" tiba-tiba kata-kata Mya dipotong oleh Adellia.
"Eh kau tak pandai diam ke?"jerkah Adellia tiba-tiba. Dia cukup rimas apabila ada yang 'mengacau' moodnya mahu membaca buku.
"Eh saya nak berkenalan je,takkan tu pun salah!"balas Mya bengang apabila Adellia marah terhadapnya.
Adellia kembali diam dan membaca bukunya kembali. Mya yang melihat muka Adellia yang seperti tiada apa-apa berlaku juga hanya diam.
Adrian yang pura-pura tidur di sebelah Mya menjeling ke arah muka Mya yang sedang masam.
'Macam budak-budak' getus Adrian dalam hati.
*****
'Selamat datang ke Terengganu Darul Iman'
Terbuntang mata Vera sebaik melihat papan tanda itu. Dia menggoncang badan Danish di sebelah. Mereka sekarang berada di luar Lapangan Terbang.
"Buat apa kita kat Terengganu?? I nak balik!" Jerit Vera menyesal. Rupanya dia ditipu Mrs Jane. New York konon!
"Kita kan dah sampai, buat apa nak balik?" Balas Danish selamba.
"Sekarang ni kita tunggu siapa kat luar ni?" Tanya Vera sambil mengibaskan rambutnya. Rimas.
Adellia yang sedang membaca buku dengan Qayyum yang sedang sibuk memerhati sekeliling tiba berdekatan Vera dan Danish.
Vera menjeling ke arah Adellia. Dia tahu Adellia yang melanggarnya tadi di lapangan terbang.
"Mana cikgu bimbingan program kita ni?" Tanya Qayyum memandang sekeliling.
Tiba-tiba bahu Adellia dilanggar seseorang dari belakang. Dia berasa geram lalu memusingkan badan.
"Oops sorry" ujar Mya tersenyum sengaja melanggar adellia. Adrian disebelah tidak berani ikut campur.
Adellia mahu memarahi Mya namun tidak jadi apabila mereka berenam didatangi seorang wanita tersenyum ke arah mereka.
"Tahniah! Anda berenam terpilih dalam program pertukaran pelajar di Terengganu selama 3 bulan!"
Mulut Vera ternganga. Adellia mengeluh. Mya menjerit kesukaan.
YOU ARE READING
3 in 1 (COMPLETED)
Teen FictionApakah yang akan terjadi sekiranya tiga buah sekolah yang berbeza, berlainan perangai bergabung dalam Program Pertukaran Pelajar ke Terengganu selama tiga bulan? Vera, seorang yang pentingkan diri sendiri dan kurang ajar berjumpa dengan Adellia, seo...