"Asal korang tak bagitau awal-awal?"
Vera bercekak pinggang memandang Mya, Qayyum, Adrian dan Danish yang duduk di atas sofa. Mya baru menceritakan dan menunjukkan rakaman di dalam kameranya tentang pencuri sebenar gelang milik Adellia.
"aku dah cuba bagitau dekat kau, kau taknak dengar" jawab Mya tidak mahu dipersalahkan. Vera meraup rambutnya.
"manalah aku tahu"
"kiteorang ada plan nak rapatkan korang tapi korang yang taknak!" celah Danish geram. Terbuang masa je.
"habistu sekarang macam mana?" tanya Adrian. Mereka juga tahu Adellia lari dari rumah.
"i dont know! Bukan salah aku pun" jawab Vera meluahkan rasa sakit hati.
Qayyum yang tidak selesa dengan situasi itu, mengambil langkah untuk meredakan pergaduhan ini.
"kita cari Adellia" kata Qayyum. Mya pantas berdiri.
"biar aku dengan Vera cari Adellia. Jom Vera" ujar Mya sudah ke pintu. Namun Vera masih tidak berganjak.
"malaslah aku, nanti dia tak percayakan aku"
Qayyum, Adrian dan Danish terdiam mendengar jawapan Vera. Mya menghampiri Vera lalu menarik tangan Vera.
"we have to do this! Aku tahu apa aku patut buat" dengan semangat Mya mula berjalan kaki mencari Adellia. Nak tak nak, Vera cuma membuntuti langkahnya.
*****
Hempasan ombak laut meraih perhatiannya. Syakif baru pulang selepas perbincangan panjang mereka tadi. Hatinya baru tersedar sesuatu.
Sedang Adellia mengelamun, suara Erin menjengah telinganya.
"hi Adellia! Seorang ke? Mana yang lain?" soal Erin tiba seorang duduk di sebelah Adellia. Tidak cukup dengan itu, bahu Adellia dirangkul.
Adellia menahan geram melihat wajah Erin dihadapannya ini. Namun dia harus bersabar.
"aku nak tanya kau something" kata Adellia.
"tanya apa?" soal Erin tidak tahu bala yang menanti.
"apa reaction bila kau tahu kawan kau berpura-pura depan kau dan buat benda jahat belakang kau?" soal Adellia memandang Erin. Wajah Erin berubah.
"err.. asal kau tanya aku?"
"jawab je lah" kata Adellia memandang Erin dengan tajam. Kelihatan Erin seperti gelisah.
"siapa...buat...kau? Vera ke Mya?" tanya Erin tidak mahu mengaku. Dia agak terkejut dengan soalan Adellia seperti mahu menjeratnya.
Adellia tersenyum sinis lalu berdiri. Dia menarik rambut Erin sehingga terdongak wajah Erin.
"kau ingat aku tak tahu apa yang kau dah buat belakang aku?"
Erin tidak menjawab sebaliknya mengarah Adellia melepaskan rambutnya.
"Adellia!"
Mata Adellia melilau apabila namanya dipanggil. Dia terlihat di seberang jalan terdapat Mya dan Vera memandangnya.
"kau tengoklah apa aku buat nanti" ujar Adellia sebelum melepaskan rambut Erin. Dia meninggalkan Erin dengan hati yang puas.
"Mya! Vera!" laung Adellia tersenyum memandang mereka berdua di seberang jalan. Adellia memandang ke kanan dan ke kiri memastikan tiada kenderaan melintas.
Mya melompat kegembiraan melihat Adellia. Vera yang dari tadinya mendiamkan diri menjadi risau apabila melihat Erin berdiri di belakang Adellia dengan wajah tidak puas hati.
Tanpa disangka, Erin menolak badan Adellia ke tengah jalan. Vera pantas berlari ke arah Adellia sebelum menolak Adellia ke tepi jalan.
"VERA! ADELLIA!"
YOU ARE READING
3 in 1 (COMPLETED)
Teen FictionApakah yang akan terjadi sekiranya tiga buah sekolah yang berbeza, berlainan perangai bergabung dalam Program Pertukaran Pelajar ke Terengganu selama tiga bulan? Vera, seorang yang pentingkan diri sendiri dan kurang ajar berjumpa dengan Adellia, seo...